♡ 86

624 57 0
                                    

KALAU KITA SUKA SESEORANG, NAK BUAT APA?

Bila kita dah suka seseorang misalnya, apa kita nak buat? Nak couple? Nabi saw bersabda:

"Tidak ada yang lagi patut bagi dua orang yang saling mencintai selain dari berkahwin!"
(HR Ibn Majah)

So, kalau kita rasa yang kita ni tak layak lagi nak kahwin, jangan buang masa fikir pasal crush, suka dia ni, suka dia tu, entah berapa kali tukar orang. Apakah?

Kalau rasa dah sedia nak kahwin, baru cari orang. Tu pun, gunalah orang tengah. Kalau ada kakak, suruh kakak risikkan.
Kalau ada orang yang dah kahwin boleh tolong kita untuk risikkkan, suruh dia tolong. Simple je. Beberapa banyak orang yang tak fikir pasal cinta sangat time belajar lantaran sibuk dengan dakwah dan tarbiah, tapi boleh je kahwin. Anak ramai pulak tu. Bahagia gila...

Kalau kau just nak suka-suka, bak kata orang cinta monyet, ketahuilah bahawa kau dah termasuk dalam perangkap tipu daya syaitan.

Bila kita mula terdetik untuk suka seseoranf secara tiba-tiba, apa yang perlu dia lakukan ialah usaha sedaya upaya dengan segala kemampuannya untuk MELUPAKANNYA, jika dia sedar bahawa cintanya itu hanyalah cinta monyet, dan langsung tiada jalan dan seakan-akan agak mustahil untuk berkahwin(bab macamana nak kahwin dengan beradab dan mengikut syarak, saya akan hurai pada masa yang lain).
Contohnya, cinta time sekolah, dan Universiti misalnya. Maka, Ibn Qayyum suruh lupakan saja cinta itu!!

Kalaupun kita suka dia, jangan sesekali meluahkan perasaan itu! Bak kata Ibn Qayyim, orang yang meluahkan cintanya kepada seseorang, padahal belum tiba masa nak kahwin, maka, orang tu telah menganiayai orang yang dia cinta itu! Dan penganiayaan ini adalah sangat kejam, lebih kejam dari penganiayaan kepada harta.

Tiada jalan lain, melainkan, usaha untuk lupakan. Bukan membiarkan ia tersemat dalam hati, pendam lama-lama.

Hadis yang kata :"Sesiapa yang bercinta, dan menahan dirinya untuk tidak melakukan perbuatan terlarang dan menyembunyikan cintanya itu lalu dia matj maka dia termasuk sebagai syahid", adalah hadis palsu.

Ibn Qayyim berkata, orang yang Allah redha adalah orang yang lupakan orang yang dia cintai lantas mengutamakan cinta Allah dan memburu redhaNya.

crush.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang