Bab 1

711 40 3
                                    


"Oh my God. Mika!!" Naik seoktaf suara Cleris menjerit marah akibat perbuatan Mikayla ketika ini. Habis kertas kerjanya menjadi tempat Mikayla melukis.

Mikayla tersengih. Tahu dia tersilap besar kali ini. Tadi tu dia khusyuk melepaskan gian untuk melukis sampaikan dia tidak tsedar yang dia telah menconteng kertas kerja Cleris. Habislah dia.

"Sorry Cle.." Ucap Mikayla sambil cuba membuang senyum kepada Cleris.

Yalah.. Senyuman dia kan mampu meredahkan marah Cleris. Senyum sajalah.

"Kau tak payah tunjuk kat aku senyuman manis kau tulah Mika. Kali ini aku tak kan terpedaya dengan taktik kau tu. Habis kertas kerja aku, kau pi lukiskan. Hesy. Salah tetap salah!" Panjang lebar Cleris membebel.

Mikayla tarik muka masam. Ceh! Cleris tahu kelebihan dia. Memang payah sikit nak pujuk dia dengan senyuman aku.

"Kau nak aku buat apa? Kalau kau nak aku taip balik kertas kerja kau tu, sorry eh.. Aku malas nak taip."

Cleris menjeling tajam. Tahu buat salah tapi malas nak betulkan!

"Apa ajelah yang kau rajin, Mika? Tahu buat aku naik angin ajelah kau ni."

"Cle.. Kau marah aku ke?" tanya Mikayla bersama mimik mukanya yang seperti mahu menangis.

"Habis tu, ada kau nampak aku gembira ke?" Bidas Cleris sinis. Sabar Cle, sabar. Jangan pandang Mikayla sekarang. Dia dah mula tu.

"Aku minta maaf kalau aku buatkan kau marah kat aku. Aku tak sengaja Cleris. Aku minta maaf." Pohon Mikayla mendayu dan dia mula menangis. Airmata mula mengalir di pipi mulus itu.

Cleris mengeluh berat. Arghh.. Dia memang tak boleh mendengar suara tangisan Mikayla. Apalagi bila melihat airmata gadis itu. Mulalah dia berasa kasihan melihatnya.

Kalau senyuman Mikayla, dia boleh tepis lagi...

Untuk airmata Mikayla, dia tak boleh nak tepis.

Cleris pandang wajah Mikayla. Habis muka cantik itu menjadi kemerahan akibat menangis. Kesiannya lahai.

"Dah la tu Mika. Berhentilah nangis. Aku dah tak marah kau dah..." Pujuknya sambil memegang bahu Mikayla.

Mikayla angkat muka. Bersinar-sinar matanya memandang Cleris.

"Betul ke?"

"Betullah. Lap airmata kau tu. Kasihan pula aku tengok."

Mikayla tersenyum. Yesss.. Menjadi juga taktik dia. Tak sia-sia nak menangis. Ingatkan Cleris ni dah kebal sangat. Rupanya tak!

Hanya seorang saja yang akan kebal pada kebolehan Mikayla.

Seseorang yang digelar putera kebal.

"Kau dah tak marah aku kan?" Soal Mikayla lagi.

"Tak haih. Pernah ke aku marah kau lebih 10 minit? Tak pernah Mika oii. Sebab kau tu ratu memujuk." balas Cleris sambil berseloroh.

Mikayla ketawa kecil. Dia mempersetujui pendapat Cleris. Tak akan ada siapa yang bertahan untuk memarahi dia.

Asal senyum dan nangis, leburlah orang tu.

Jujurnya Mikayla bosan juga.

Bilalah dia nak jumpa dengan putera kebal dia tu.

Haih.. Where are you, putera kebal?


Support, vote and comment

In every situation ALLAH never leave u alone. He is always with us we just have to put Trust on him.. 🖤

See you next bab!💞

Dia... Putera KebalWhere stories live. Discover now