13 2 0
                                        


“Kau tak pergi seorang diri. Aku teman kau okay?.” Nor Syafni memberi semangat kepada Hani Safiya.

Hari ketiga.

     Waktu, kenapa lajumu hanya ke hadapan? Tak adakah niat untukmu kembali ke belakang walaupun sesaat.

Hari keempat.

     Entah mengapa, selalu saja bayangan senyumanmu yang ada dibenakku.
Entah mengapa, hatiku ini selalu tertuju pada dirimu.
Entah mengapa, sejauh apa pun aku berlari, kaki ini selalu membawaku pada dirimu.

     Mungkin, kasih sayang darimu adalah anugerah dari sang pencipta untukku, Ibu.

Hari kelima.

     Hari ini Hani Safiya dan Nor Syafni akan pergi ke satu tempat yang dimana disitu manusia kelihatan seperti tidak tentu arah, hilang hala tuju, tidak keruan dan penuh dengan kegembiraan. Kelab malam yes kelab malam. Disini kita akan tahu bahawa dunia ini sebenarnya kecil dan penuh dengan kebebanan.

     Lepaskan semua bebanmu, kerana engkau hidup bukan untuk memikul masalah. Berbagi waktulah dengan dunia, engkau akan tahu siapa dirimu yang sebenarnya.

“Hani, aku takut.” Jelas riak muka Nor Syafni yang ketakutan akan situasi mereka berada sekarang.

“Kalau macam itu, engkau tunggu aku dekat luar. Kalau ada apa-apa aku telefon engkau.” Suruh Hani Safiya kerana risau melihat reaksi ketakutan temannya itu.

“Aku minta maaf, hati-hati.” Ucap Nor Syafni lalu beredar dari situ.

     Kini, disitu hanya tinggal Hani Safiya sendiri kerisauan. Jikalau berlaku apa-apa dia hanya boleh menyelamatkan dirinya sendiri. Hani Safiya selamatkan Hani Safiya. Dia akan bergantung kepada dirinya tanpa pertolongan orang lain.

“Kalau kau nak jumpa ibu, kau kena hadap semua benda ni yang kau susah nak lalui untuk dapat hasilnya. Ini baru satu kejayaan yang kau boleh tunjuk dekat ayah. Yakin Hani yakin!.” Hani Safiya memberi semangat kepada dirinya.

     Dia berjalan mencari orang yang sepatutnya dia cari. Orang yang menyimpan segala rahsia tentang kehilangan ibunya.

     Setengah jam berlalu, akhirnya dia temui.

“Hani Safiya.” Kata seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

“Mungkin dia orang yang aku cari.” Detik hati Hani Safiya.

“Saya Lee Ryn Mei. Kamu mahu cari ini perempuan kan?.” Kata lelaki tadi dengan nada cinanya sambil menunjukkan foto Puan Rita.

     Hani Safiya hanya mampu berdiam dan mengangguk. Dia terkedu saat gambar ibunya itu ditunjukkan kepadanya. Dia berharap ibunya dalam keadaan yang baik.

     Sementara itu, Nor Syafni diluar.
“Encik, tolong kawan saya. Dia dekat dalam seorang diri.” Kata Nor Syafni kepada orang yang lalu lalang.

     Tapi tiada seorang pun yang mahu menolongnya sehingga datanglah seorang lelaki yang memakai kot dan berkaca mata hitam. Dia kelihatan seperti baru pulang dari kerja.

“Kenapa ini?.” Tanya lelaki yang memakai kot itu.

“Encik tolong, kawan saya dekat dalam. Dia seorang diri, penakut pula tu.” Pinta Nor Syafni.

“Dia buat apa kat dalam? Suruhlah dia keluar. Dah takut, pergi masuk lagi buat apa?.” Tanya lelaki tadi seakan menyindir.

     Nor Syafni menceritakan segalanya. Dia risau akan keadaan Hani Safiya didalam. Dia berfikir mungkin lelaki ini dapat membantu mereka. Mereka berdua masuk ke dalam tempat itu untuk mencari Hani Safiya.

“Mana kawan kau tu?.” Tanya lelaki itu sambil matanya melilau ke serata tempat. Irman, nama lelaki itu Irman.

     Nor Syafni masih mencari kelibat rakannya itu. Dia takut jika ada yang membawa rakannya itu lari dari situ.

Tiba-tiba..

“Tolong! Tolong!” Jerit Hani Safiya.

     Nor Syafni dan Irman terus berlari ke arah orang yang meminta tolong itu.

     Berlaku pergaduhan besar antara Lee Ryn Mei dan Irman. Lee Ryn Mei cuba memperkosa Hani Safiya.

     Mujurlah, Nor Syafni dan Irman cepat menemui mereka. Berlaku sedikit pertelikahan besar sehinggalah Irman menarik Hani dan Syafni keluar dari tempat jahanam itu.

     Lee Ryn Mei menyimpan dendam kepada mereka dan berhasrat akan melakukan sesuatu.

“Kau okay?.” Tanya Irman kepada Hani Safiya. Jelas lebam-lebam di mukanya.

“Okay.” Jawab Hani Safiya dengan termengah-mengah tanda penat berlari.

“Terima kasih.” Sambung Hani Safiya lagi.

“Dah, mari balik Hani. Tak fasal-fasal dia cari kita sampai luar.” Ajak Nor Syafni.

     Mereka berdua terus beredar dari situ meninggalkan Irman keseorangan.

Hari keenam.

     Hani Safiya masih memikirkan cara untuk mencari ibunya. Sudah lima hari berlalu dan pelbagai cara yang telah dilakukannya sehingga merbahayakan diri sendiri. Dia betul-betul buntu sekarang.

     JalanMu belum tentu tercepat, bukan juga yang termudah tapi sudah pasti yang terbaik. Biar waktu yang menjawab. Apa lagi yang harus dia lakukan dan apa lagi yang belum dia lakukan?

“Aku tidak pernah berharap lebih padaMu, aku hanya menikmati apa yang KAU berikan. Dan aku pun tidak ingin memberi harapan yang tidak pasti. Aku hanya ingin menunjukkan tindakan nyata padaMu, mencintai dan menyayangiMu dengan caraku sendiri. Aku tidak mahir untuk rela mati tapi aku tahu cara hidup bersamaMu. KAU tolonglah temukanku dengan ibuku. Aamiin.”

Hari ketujuh.

     Patutkah di saat ini Hani Safiya berasa kecewa? Kerana DIA tidak pernah salah menerbitkan perasaan kecewa.

     Kecewa membuat kita menjadi lebih tabah dari sebelumnya, membuat hati lebih sabar untuk hal yang akan datang. Selalu ada hikmah yang akan diambil dari setiap kekecewaan.

Untuk 7 hariTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang