Hani Safiya keluar dari kediamannya, dia dapati ada satu nota kecil di hadapan pintu rumahnya. Dia melihat di sekeliling, tiada apa-apa dan tiada siapa-siapa.Dia mengambil nota itu dan membacanya.
Hani Safiya..
Satu kebenaran akan kau ketahui melalui surat ini. Kau yang memintaku untuk melakukan ini semua dan kau pura-pura tidak mengetahui puncanya. Pandai kau membuat helah sedangkan ramai orang tersiksa dengan penipuan kau. Kau yang telah membunuh ibumu sendiri. Anak jenis apa kau ini Hani Safiya, kau bunuh ibumu dengan tanganmu. Cukuplah untuk semua penipuan yang telah kau lakukan. Kau sama sahaja seperti ombak dilautan, yang datang hanya untuk mengempas karang dan pergi tanpa rasa bersalah.
Suruhanmu.
“Tak mungkin! Tak mungkin! Agrhh!.”Jerit Hani Safiya.Hani Safiya tersedar dari mimpi buruknya.
“Mimpi rupanya. Aku tak akan buat semua benda itu pada ibuku sendiri. Tak akan! Aku sayang pada ibuku. Aku rindu kepadanya.” Ucap Hani Safiya.
Dia menafikan apa yang telah dimimpikan tadi. Mimpi hanya mainan tidur yang boleh membuatkan manusia terbuai.
Rindu kadang-kala terlambat untuk datang. Sampai engkau sedar, seseorang yang engkau anggap sebagai rumah telah pergi dan menghilang. Seketika engkau rasa gusar menanti khabar dalam resah.
Hani Safiya keluar dari kediamannya untuk melanjutkan misi mencari ibunya, dia dapati ada satu nota kecil di hadapan pintu rumahnya. Dia melihat di sekeliling, tiada apa-apa dan tiada siapa-siapa.
Dia mengambil nota itu dan membacanya.
Hani Safiya..
Jalan Krister Ampang, no 06. Lot 017 batu 22. Disitu kau akan temui orang yang kau cari selama ini. Disitu juga kau akan capai satu-satunya impian yang dihajati. Selamat berjaya.
L.R.M.
“Ibu..”Hani Safiya cepat bergegas ke alamat yang diberikan. Akhirnya, sekian lama dia mencari, dia akan temui tidak lama lagi.
Aku rindu ibu.
Setibanya dia di alamat itu, Hani Safiya terus melulu masuk ke dalam rumah usang itu. Segala perasaan di campak tepi demi ibunya.
Setelah setapak dia memasuki rumah itu, satu perasaan yang pernah dirasai dulu, kini datang kembali. Sama seperti perasaan yang datang ketika ayahnya ditikam di hadapan matanya.
“Tak! Tak mungkin! Ibu, Hani dekat sini. Ibu buat apa baring depan pintu ni. Dekat rumah siapa ibu baring ni. Jom ibu, ikut Hani balik rumah kita. Hani beli rumah untuk ibu.” Kata Hani Safiya pada sekujur mayat yang terbaring kaku di hadapan pintu masuk itu.
Hani Safiya meraung sendiri di situ. Kecewa yang dirasai kini. Dia berhasrat ingin berjumpa ibunya tapi bukan dalam keadaan sebegini. Terbaring kaku tanpa nyawa lagi.
Kejam, orang yang melakukan ini memang kejam. Tidak berhati perut sedikit pun.
Akhirnya, Hani Safiya membuka hati menerima ketentuan yang tertulis.
Ye, dia amat merindui kedua-dua buah hatinya, ibu dan ayah. Ibu yang memperkenalkan kita kepada dunia dan ayah yang memperkenalkan dunia kepada kita.
Dia rindu pada orang yang memberi dia erti kehidupan. Ibu membawa kita kepada kehidupan dan ayah membawa kehidupan kepada kita. Kasih ibu diketahui semenjak kita lahir dan kasih ayah diketahui bila dia sudah tiada.
Lambat laun aku sedari beberapa rindu memang harus disembunyi bukan untuk disampaikan tapi hanya untuk di kirimkan melalui doa.
Beberapa rasa memang harus dibiarkan menjadi rahsia. Tetapi bukan untuk diutarakan tapi hanya untuk disyukuri keberadaannya di sisi.
Tuhan tidak pernah mengambil tapi hanya menukarkannya dengan yang lebih baik yang mungkin belum kita sedari saat ini.
Terima kasih ibu, terima kasih ayah kerana mengajar Hani tentang sebenarnya kewujudan dunia.
Tamat.
![](https://img.wattpad.com/cover/160453208-288-k128144.jpg)
YOU ARE READING
Untuk 7 hari
Cerita PendekNak ke tak nak, aku memang harus pergi tempat itu. Hanya dengan satu bukti perjalanan dimula. Kerana tujuannya untuk mencari ibunya, Hani rela melalui setiap cabaran dan dugaan yang datang. Namun, tanpa sedar setiap yang dilalui penuh dengan kejutan...