Bab 2 - TEMPAT KELAHIRAN SAYYIDAH FATIMAH

56 2 0
                                    

🌷Indahnya Perjalanan Hidup Fatimah Az-Zahra Ummu Abiha🌷

Bab 2 - *TEMPAT KELAHIRAN SAYYIDAH FATIMAH*

🌹 Rumah Sayyidah Khadijah Binti Khuwailid Ummul Mukminin r.a, terletak di lorong Al-Hijr di Mekah al-Mukarramah. Ia juga disebut dengan lorong Attharin (penuh wewangian) sebagaimana disebutkan oleh al-Azraqi. Ia merupakan tempat Fatimah dilahirkan, anak Khadijah daripada Nabi Muhammad ﷺ.

🌹Al-Azraqi menyebutkan bahwa Nabi ﷺ hidup bersama Khadijah di rumah tersebut dan Khadijah pun wafat di dalamnya. Disebabkan kewafatannya Khadijah membuatkan Nabi ﷺ tidak berasa tenang sampailah baginda berhijrah ke Madinah. Rumah tersebut diambil oleh Uqail pada masa kekhalifahannya, dan dia membina masjid di situ serta menunaikan solat. Rumah tersebut sekarang tidak dikenali lagi kerana telah tertimbun tanah.

🌹Secara kebetulan ketika projek pengalian yang dilakukan di sekitar Mekah untuk melakukan perluasan di Mekah, ditemui bahagian-bahagian bangunan yang masih tertinggal dan diketahui sebagai rumah Khadijah dan pengukuran pun telah dilakukan. Sebahagian besar foto-foto rumah itu akan ditunjukkan di dalam buku ini. Itu semua terwujud atas bantuan dan kerjasama yang baik Dr Sami’ ‘Anqawi, semoga beliau dimuliakan atas segala bantuannya dan bimbingannya dalam mempelajari daerah tersebut. Dengan itu saya mengucapkan terima kasih yang banyak kepada beliau.

🌹Rumah tersebut telah ditinggikan serta dibuatkan jalan sehingga ia boleh dituruni sampai beberapa dalam serta dapat berhubung kepada beberapa tempat. Di sisi rumah tersebut terdapat tempat duduk yang diperbuat dari batu bata. Ukuran tingginya sekitar 30 cm dan panjang 10 meter dan lebar 4 meter. Di situ juga terdapat ruangan tempat untuk anak-anak membaca Al-Quran dan sisi kanannya pula terdapat pintu kecil dengan melalui dua anak tangga. Pintu tersebut mengarah ke jalan kecil berukuran 2 meter.

🍃 Rumah Siti Khadijah memiliki tiga pintu di dalamnya. Pintu pertama terletak di sebelah kiri yang merupakan ruangan tempat Nabi ﷺ beribadah kepada Allah s.w.t. Ruangan ini memiliki panjang 3 meter dan lebar kurang dari 1 meter. Di ruangan ini juga Rasulullah ﷺ menerima wahyu daripada Allah s.w.t., dan di sebelah kanan bahagian dalam merupakan tempat Rasulullah mengambil wudhu. Pintu kedua adalah pintu yang mengarah ke depan, dengan menelusuri lorong kecil terdapat ruangan yang lebih luas yang panjangnya mencapai 6 meter dan lebar 4 meter. Ruangan ini adalah bilik tidur Nabi ﷺ dan Khadijah r.a. Sedangkan pintu ketiga yang berada di sisi kanan adalah ruangan yang memiliki lebar 5 meter dan panjang 7.5 meter. Di tengah ruangan tersebut terdapat tanda yang menyatakan bahawa di situlah Sayyidah Fatimah lahir. Pada dinding bilik sebelah timur terdapat rak yang ada di atasnya potongan pengikat rambut yang dikatakan milik Sayyidah Fatimah yang dipakai selama hayatnya. Di ruangan ini juga terdapat ruang yang tinggi sekitar 1.5 meter, memiliki panjang sekitar 16 meter dan lebar 7 meter. Ruangan ini berada di luar rumah, di dalam ruangan ini juga terdapat tempat duduk dan di sebelah selatan ruangan tersebut terdapat jalan kecil. Ruangan ini diduga sebagai ruangan tempat Sayyidah Khadijah melakukan transaksi jual beli.

🍃Gambaran di atas merupakan hasil dari perjalanan Al-Batanuni dan itu juga sebagaimana yang kami lihat. Batanuni berkata, “Jika saya perhatikan kepadanya tidak terlihat padanya kecuali kesederhanaan.”  Rumah tersebut terbahagi kepada 4 bilik iaitu untuk anaknya, bilik tidurnya (Nabi ﷺ dan Khadijah r.a), bilik tempat dia beribadah dan ruangan bagi tamu-tamunya dan manusia sekalian.

🍃Di dalam Syifa' al-Gharam karangan al-Fasi menggambarkan rumah Khadijah r.a tidak seperti di atas, dikatakan, kemungkinan rumah ini memiliki gambaran seperti masjid kerana di dalamnya terdapat serambi yang memiliki 7 kubah yang ditampung oleh lapan tiang. Pada dinding yang mengarah ke kiblat terdapat tiga mihrab, terdapat di dalamnya 26 salasilah keturunan yang dibahagi kepada 2 deretan. Di depan mihrab terdapat serambi dengan empat kubah yang ditampung oleh 5 tiang dan di antara dua serambi tersebut terdapat ruang tengah. Serambi yang kedua lebih kecil ukurannya dari serambi yang pertama dan ia dekat dengan ruangan yang diperuntukkan bagi peziarah yang datang, dan ruangan ini memiliki tiga bahagian tempat.

🌸 Tempat yang pertama adalah tempat Fatimah dilahirkan dan tempat itu dinamakan sebagai “Qubbat al-Wahyu,” adalah tempat yang berdekatan dengan tempat Fatimah dilahirkan, dan tempat itu disebut dengan Al-Mukhtaba’. Tempat yang dikatakan Al-Mukhtaba’ memiliki panjang 4 hasta dan berjarak 3 hasta dari dinding yang terdapat mihrab ke dinding yang berada di hadapannya.

🌸Tempat yang dikatakan sebagai “Qubbat Al-Wahyu”;  dari dinding yang terdapat pintunya ke dinding yang berada di hadapannya berjarak 8 hasta dan memiliki panjang 3 hasta, dan lebar 8.5 hasta dengan ukuran panjang baru (1 hasta =  57cm).  Tempat yang dikatakan sebagai tempat lahirnya Fatimah panjangnya 4.2 hasta dan lebar dari kedudukan tengah dindingnya 3 hasta dan 3 1/8 hasta. Di tempat ini terdapat lingkaran kecil yang menyerupai bulatan yang terhampar di dalam bangunan dan di tengahnya terdapat batu yang berwarna hitam. Ini adalah tempatnya Fatimah dilahirkan.

🌸 Jarak serambi depan dari rumah ini dan dihitung dari tengah dinding secara lurus memiliki panjang 38 hasta dan lebar 7 ¼ hasta, dan jarak antara dua tiang adalah 5 ¼ hasta. Jarak serambi belakang  dari rumah ini, dari dinding kubah wahyu ke dinding yang berada di hadapannya memiliki panjang 23 hasta dengan lebar 10 hasta. Di atas pintu rumah terdapat nota (pesan) yang mengatakan bahawa terjadi pembaikan pada masa Khalifah Nasir Al-Abbasi dan pada masa Khalifah al-Malik al-Asyraf dan seterusnya.

🌸 Di samping rumah ini terdapat halaman yang luas dan pintunya yang diperbuat dari batu tertulis bahawa ini adalah tempat Sayyidah Fatimah dilahirkan. Nasir Al-Abbasi merawatnya dan mewakafkan tempat tersebut kepada orang yang tinggal di sebelahnya pada tahun 604. Pada waktu sekarang ini rumah itu adalah sebagai peninggalan sejarah yang sangat penting dan terkenal di Mekah al-Mukarramah. Semoga Allah memuliakannya.

Sekian ~~🌷

🍃Rujukan :  Buku Indahnya Perjalanan Hidup Fatimah Az-Zahra Ummu Abiha

Semoga bermanfaat🌹🙏
.
.
.
.

Tetap utamakan baca Al-Qur'an🌹🌹🌹

Cahaya Ilmu Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang