🌷Indahnya Perjalanan Hidup Fatimah Az-Zahra Ummu Abiha🌷
Bab 3 - *SEBAB DINAMAKAN FATIMAH AZ-ZAHRA*
🌴 Sesungguhnya nama yang diberikan kepadanya adalah Fatimah¹ dengan berlatar belakang ilham daripada Allah, kerana Allah telah memisahkannya dengan api neraka ! Telah diriwayatkan oleh Ad-Dailamy daripada Abu Hurairah r.a dan Al-Hakim r.a daripada Ali r.a, Rasulullah ﷺ berkata, “Sesungguhnya aku menamakannya Fatimah kerana Allah telah memisahkannya dari neraka.” Fatimah berasal dari kata “الفطم ” yang bererti pemotongan/pemisahan. Sebagaimana yang dikatakan Ibnu Duraid seperti kalimah فطم iaitu pemutusan dalam hal menyusui bagi anak.
🌴 Dikatakan لآفطمنك عن كذ اي لآمنعك عنه (aku akan memutuskan kamu dari ini / aku akan melarang kamu darinya).
Nota kaki
¹ - Nama Fatimah bukanlah nama yang asing bagi orang Arab. Isteri Abi Talib yang merupakan ibu Ali karamallahu wajhah bernama Fatimah, terdapat juga Fatimah binti Utbah. Rasulullah telah dihadiahi bakal pakaian dari sutera tebal, lalu Rasul berkata, “buatlah ia sebagai penutup (baju dll) bagi para Fatimah”. Maka dipotonglah kain tersebut menjadi empat bahagian. Satu bahagian untuk Fatimah az-Zahra r.a, satu bahagian bagi Fatimah binti Asad (ibu Ali karamallahu wajhah), satu bahagian bagi Fatimah binti Hamzah dan satunya lagi bagi Fatimah binti UtbahNama-nama dan sifat Fatimah Az-Zahra 🍃
🌱 Nama yang paling terkenal yang diberikan kepadanya adalah Fatimah Az-Zahra, akan tetapi dia juga memiliki sembilan nama.²
🌱 Bagi kita untuk memisahkan antara nama-nama dan sifat-sifat (yang disifati bagi Fatimah). Dia dinamakan dengan Fatimah tetapi dia memiliki gelaran yang banyak. Dalam ilmu nahu termasuk ke dalam kategori “الآعلام” yang terbahagi kepada tiga jenis, nama, gelaran dan julukan. Semuanya membuat seorang insan yang memiliki kedudukan menambah nama-namanya.
1) Az-Zahra
♥Dikatakan dia dinamakan dengan Az-Zahra kerana dia merupakan bunga bagi Nabi ﷺ, dikatakan juga kerana dia memiliki kulit yang putih. Diriwayatkan dari Ja'far bin Muhammad bin Ali r.a dari ayahnya berkata, “Saya bertanya kepada Abu Abdullah (Rasulullah ﷺ ) tentang Fatimah, “Kenapa kamu menamakannya dengan Fatimah?” Baginda menjawab, “Kerana jika dia berdiri di mihrabnya dia akan memancarkan cahaya bagi penghuni langit sebagaimana bintang menyinari penghuni bumi.”2) Ash-Shadiqah
♥Fatimah digelar dengan Ash-Shadiqah (jujur), juga al-mubarakah (diberkati), atthahirah (suci), az-zakiyah (yang cerdik), ar-radhiah (yang meredai) dan mardhiahi (yang diredai). Terdapat alasan-alasan tersendiri tentang nama tersebut kerana kejujuran, keberkatan, kesucian, keredaan serta kedamaian.Nota kaki
² - Dia dinamakan dengan Fatimah, shadiqah, mubarakah, thahirah, zakiah, radhiah, mardhiah, muhdatsah dan az-Zahra. Nabi memberikannya kepada Ummu Abiha, dan telah disebutkan di dalam beberapa kitab sirah bahawa dia digelari dengan al-batul.4) Ummu Abiha (ibu dari ayahnya)
♥ Fatimah juga disebut dengan Ummu An-Nabi atau Ummu Abiha (ibu dari ayahnya). Para penulis mencuba mengeluarkan kemampuan mereka untuk mentafsirkannya dan kita mengambil beberapa pentafsiran tersebut.🌷 Kerana dia anak Rasulullah yang paling kecil dan dia adalah seorang yang berada di sisi Rasulullah tatkala ibunya wafat. Fatimah juga seorang yang membantu nabi, mengurus dan menjaganya.
🌷Memang sudah menjadi kebiasaan bahawa Az-Zahra akan menjadi ibu Rasul dalam perjalanan hidupnya dan bukanlah yang melahirkannya. Fatimah juga adalah keturunan Rasul dan seorang yang membawa cahaya Rasul di mana pun dan pada bila-bila masa sahaja. Fatimah memiliki cahaya Rasulullah dari perawakannya dan kerana itu juga Rasulullah sangat menyayanginya.
🌷 Nabi ﷺ lahir dalam keadaan yatim. Baginda lahir tanpa hadirnya wajah ayah yang dicintainya. Pada waktu ibunya wafat baginda masih kanak-kanak. Dengan begitu Rasulullah bergaul dengan Fatimah laksana seorang anak dengan ibunya. Begitu juga ketika ibu Rasul meninggal dunia. Rasul tinggal bersama dengan Abi Talib. Isteri Abi Talib adalah seorang wanita yang bernama Fatimah Binti Asad. Nabi sangat bersimpati akannya dan hatinya pun sangat dekat dengan bapa saudaranya tersebut. Pada waktu itu Rasulullah memanggil Fatimah Binti Asad dengan panggilan ummahu (ibunya). Ketika Fatimah Binti Asad wafat dan Rasulullah sangat bersedih. Oleh kerana itu baginda juga dikurniakan seorang Fatimah pula. Berinteraksi dengan Fatimah mengingatkan Rasul akan Fatimah Binti Asad, isteri dari bapa saudaranya yang pernah mengasuhnya. Dengan alasan tersebut Fatimah digelar Ummu Abiha (ibu dari ayahnya).
3) Al-Batul³
♥ Dinamakan dengan Al-Batul kerana Allah memutuskan darinya kecantikan, keutamaan dan keagungan (duniawi) atau tidak terputus hubungannya dengan Allah s.w.t. Di dalam kitab Taj Al-‘Arus, dia dijuluki dengan al-batul yang merupakan penyamaan darjat Fatimah dengan Maryam di sisi Allah. Tsa’lab berkata, “Tiada wanita yang dapat menandinginya di zamannya dan para wanita sekalian dari segi kemuliaan, ketaqwaan, keturunan dan kesucian.” Dia adalah Sayyidah bagi para wanita dan dia digelari dengan al-batul juga kerana dia seorang wanita yang terputus dari kemewahan dunia untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Fatimah juga digelar sebagaimana yang terdapat di dalam Taj Al-‘Arus, dinamakan bagi Maryam dan Fatimah dengan Al-Batul, tiada yang dapat menandingi mereka berdua pada zamannya dari segi kemuliaan dan ketakwaan, dan terputus dari (kemewahan) dunia untuk (beribadah) kepada Allah.Nota kaki
³ - Dikatakan bahawa ia diputuskan, atau ia diputuskan, memisahkannya, dan meninggalkan kehidupan dunia untuk beribadah kepada Allah, atau mencurahkan (tenaga, fikiran dan waktu kepada Allah) dan memutus hubungan dengan dunia. Dan البتول, ia dibaca dengan fatah pada huruf ba’ dan dhommah pada huruf ta’.🌴Rasulullah ﷺ tidak akan memberikan gelaran dengan sia-sia dan tidak pula bersamaan dengan yang lain. Fatimah adalah seorang yang dipenuhi dengan hikmah dan seorang yang meletakkan sesuatu pada tempatnya. Muhammad adalah seorang Rasul yang mulia yang baginya segala kebaikan dan keselamatan.
Sekian ~~🌷
🍃Rujukan : Buku Indahnya Perjalanan Hidup Fatimah Az-Zahra Ummu Abiha
Semoga bermanfaat:)
.
.
. Jangan lupa vote yaTetap utamakan membaca Al-qur'an
KAMU SEDANG MEMBACA
Cahaya Ilmu
EspiritualAssalamu'alaikum... saya mendapatkan ilmu ini dari berbagai sumber terutama dari grup yang saya ikuti :) . . . * menulis apapun yang dia tulis bukan berarti dia yang paling benar dan yang paling tau ataupun yang paling pintar, sederhana saja saya...