1

903 55 2
                                    

Viana duduk di hadapan televisyen sambil menukar siaran.Bosannya dia hanya Tuhan yang tahu.Sudah dua bulan dia menggangur.Dua bulan itu jugalah dia menyusahkan makciknya.
Ada kerja kosong tetapi dia tidak diterima dan ada juga pekerjaan yang hampir penuh.Dalam surat khabar juga kesemuannya hampir penuh.Tiba-tiba makciknya, Eun Hee yang berusia 24 tahun itu duduk di sampingnya.

"Kenapa makcik dari tadi tengok Viana tukar-tukar siaran?," tanya Eun Hee yang hairan dengan sikap Viana.

Viana memasang muka cemberut "Pasal kerja itulah.Viana dah lama tak kerja.Takkan Viana nak susahkan makcik pula,"ujar Viana sambil menutup televisyen.Tiada mood dia untuk menonton rancangan sekarang ini.

"Oh,pasal kerja tu Auntie dah dapatkan kerja untuk Viana,"ujar Eunhee sambil tersenyum.

Muka Viana yang tadinya cemberut bertukar ceria.Berita yang Eun Hee beritahu tadi cukup untuk melegakan hatinya.

"Betul ke, Auntie?,"tanya Viana untuk mendapatkan kepastian.

"Betul.Baru tadi Auntie turun untuk beli makanan,Auntie terjumpa kawan Auntie.Macam biasalah kami tanya khabar.Lepas tu dia tanya ada tak orang yang tengah cari kerja.Auntie pun fikirlah dan Auntie teringat kat Viana terus Auntie cakap yang Auntie ada anak buah yang tengah cari kerja.Kawan Auntie pun setuju dan dia cakap syaratnya ialah orang yang tak minat k-pop.Auntie pun pelik dengan apa yang kawan Auntie cakap tapi Auntie tak kisah sebab Auntie tahu yang Viana ni jenis tak minat K-pop," Jelas Eun Hee panjang lebar.

"Ouhh,tapi kerja apa tu Auntie?,"tanya Viana.

"Kawan Auntie cakap maid.Sebab mereka yang punya rumah tu kadang-kadang ada masa ada kat rumah ada masa takde.Jadi tak menentulah masa mereka.Auntie nak terangkan pun Auntie sendiri tak tahu, jadi Auntie rasa lebih baik Viana sendiri yang jumpa.Auntie ada simpan nombor kawan Auntie tadi.Nanti Auntie bagi,okey?,"ujar Eun Hee sambil menepuk paha Viana.

Viana hanya mengganguk dan bangun dari sofa.Dia masuk ke bilik dan beberapa minit kemudian Viana keluar dengan baju lain di badannya.Serasanya hari ini dia ingin keluar jalan-jalan untuk menghirup udara segar.Moodnya menjadi baik sebaik sahaja dia mendengar berita yang menggembirakan dari Eun Hee.
Dia menuju ke dapur dimana Eun Hee berada.

"Auntie,Viana nak keluar jalan-jalan sekejap,tak lama kat Hangang (Han River) je,"Viana meminta keizinan daripada Eun Hee.

"Okey tapi jangan lama sangat sebab dah nak petang.

"Okey, Auntie,"ujar Viana sambil tersenyum. Dia memasang kasut pada kakinya lalu keluar dari apartment tersebut.

Skip.....

Viana tiba di sebuah coffee shop.Dia membeli coffee Americano, burger beserta french fries.Apabila sudah selesai Viana menuju ke Hangang.Waktu petang keadaan angin agak sepoi menyenangkan hati Viana.Lagipula ramai yang datang hari ini memandangkan waktu petang agak sejuk dan sesuai untuk bersantai.Beberapa minit kemudian, Viana tiba di Hangang.Dia duduk di sebuah bangku sambil menghirup udara segar.kemudian matanya tertancap pada pada sepasang kekasih yang sedang menyuapi sesama sendiri.

"Alangkah baiknya kalau aku pun ada boyfriend,mesti dia suap aku macam tu juga.Sweetnya,"mulalah si Viana ni nak berangan-angan.

Oh sebelum aku lupa nak perkenalkan diri.Annyeong readers, nama aku Nur Deviana Riesya bt Hafiz Mukmin.Boleh panggil saya Viana.Aku berumur 18 tahun di sini tapi kat Korea ni sistem umur dia lain sikit iaitu naik setahun jadi kat Korea ni umur aku 19 lah. Aku melayu asli takde campur-campur punya. Mesti korang  pelik kan apasal aku panggil Eun Hee tu auntie aku.Actually, aku rasa satu dua hari satu malam pun tak cukup untuk aku ceritakan.So aku singkatkan je.Nak dijadikan cerita, kakak aku yang sulung ni dia sambungkan pengajian kat kota Seoul ni.Jadi setelah beberapa tahun kakak aku kat sini, jadi jumpalah jodoh dia iaitu mamat korea kat sini weyh.Handsome pula tu.Bertuah kakak aku tu.So my brother in-law( pakai bahasa orang putih pula) ni dia ada adik and adik dia adalah auntie aku tadi iaitu Park Eun Hee.Aku tinggal dengan auntie aku ni sebab my parents meninggal dunia masa tak lama selepas kakak aku kahwin. Kemalangan jalan raya.Okey, umur aku masa 16 tahun, kira-kira dua tahun yang lalu.Jadi dengan susah payahnya aku ni belajar bahasa hangul ni akhirnya aku dah hampir fasih.Aku pindah kat sini dan tinggal dengan my lovely auntie.The end of my story.

Tiba-tiba Viana terdengar bunyi kecoh entah dari mana.Viana mengatur sedikit cermin matanya dan melihat sekeliling.Dia melihat kerumunan di sana.

"Apa hal pula yang jadi kat sana tu," dengan rasa ingin tahu Viana bangun dari kerusi itu dan dia menuju ke arah kerumunan tersebut.

Bersambung...

Annyeong readers...sorry ye kalau ff yg author buat ni kurang memuaskan hati reader2 yg baca ff ni.Mungkin pendek ke ataupun panjang ke or maybe agak membosankan sikit maafkan author.Sbb ni ff pertama author.Kalau ada typo salah pun maafkanlah author ni.Kepada yg minat Bts and Nct sebab dua boygroup ni bias author.Mereka dah comeback happynya author.Bts Idol mmg best and Nct Dream we go up wow sangat best.Tak sangka mereka dah besar and Mark dah garaduate.Huhuhu sedihnya.Hihi anyway selamat membaca.Pyong.


Being Nct Dream Maid ? (Jaemin)Where stories live. Discover now