Viana memeriksa alamat yang dihantar oleh Jun Hyuk kepadanya melalui sms.Setelah meneliti bahawa alamat yg diberikan oleh Jun Hyuk itu betul, Viana membuka pintu bilik itu dengan berhati-hati.Takut nanti dia akan mengganggu tidur si pemilik rumah ini.
Oh kalau korang fikir mana si Viana ni dapat kunci sebenarnya Jun Hyuk ni patah balik lagi sebab kunci tu dia lupa nak bagi kat Viana so dapatlah Viana kunci tu..Get it? Let's get it,bak kata pepatah Markeu.
Author Pov
Viana melangkah perlahan-lahan atau lebih tepat tip toeing menuju ke ruang tamu.Nampak sunyi je rumah ni...desis hati Viana.Dia kemudiannya menuju ke dapur untuk memulakan tugasnya.Lampu dipasangkan dan dia terkejut apabila melihat seseorang sedang duduk di meja sambil menghirup air kopi.
Lelaki itu pun terkejut kerana lampu tiba-tiba sahaja dipasang. Viana ni memang macam tu,suka hati dia sahaja main redah sampai tak sedar orang sekeliling."Omo.. Omo... terkejut aku.., "latah Viana dalam Bahasa Melayu.Dia menutup matanya menggunakan kedua-dua belah tapak tangannya.
Lelaki yang mendengar latah Viana yang agak kuat itu pun terkejut lalu membuka mata dan fon telinga yang sedang dipakainya.Dihadapannya kini seorang perempuan yang berdiri sambil menutup mukanya dengan kedua-dua belah tangannya.
"Eh, awak tak apa-apa ke?", tanya Jaemin pada Viana.
Viana yang mendengar kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu segera mengalihkan tangannya dari wajahnya.Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Jaemin, lelaki yang telah memberikan cermin mata pecahnya pada dua hari yang lalu.Jaemin pun sama terkejut dengannya.
"Awak ? ",serentak mereka berdua menjerit sambil menunjuk sesama diri.
"Apa bising-bising pagi ni, Jaemin. Orang nak tidur pun tak senang....",percakapan Renjun terhenti di situ apabila dia terlihat seorang perempuan berdiri di depan Jaemin."Eh siapa pula awak ni,"tanya Renjun bingung.
"Wah cutenya dia..."desis hati Viana.Viana yang menyedari bahawa Renjun bertanya kepadanya segera memperkenalkan dirinya.Jaemin yang yang berada di tepinya tidak dipedulikan.
"Oh annyeonghaseyo...jeoneun Viana imnida.Saya maid baru awak semua.Mannaseo bangawo," ujar Viana sambil membongkokkan sedikit badannya sebagai tanda hormat kepada Renjun.Sebenarnya Viana ni tak tahu bahawa Renjun sebaya dengannya dan juga Jaemin.
"Oh, maid baru rupanya.Annyeong, jeoneun Renjun imnida dan saya dari China.Gembira berkenalan dengan awak,"ujar Renjun sambil memperlihatkan senyuman manisnya membuatkan Viana terpana seketika.
"Ehem, ehem...", suara itu menghentikan angan-angan Viana yang sudah mencapai langit terhenti begitu sahaja gara-gara lelaki yang beberapa kali dijumpainya itu. Padahal baru sahaja dua kali mereka berjumpa.
"Haih,takkanlah awak dah lupa orang sini",kata Jaemin yang menghirup perlahan air kopinya.
"Hehe...", Viana hanya mampu tertawa kecil sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal."Mianhae," ucapnya.
"Tak apalah saya gurau je,jangan ambil hati dengan apa yang saya cakap tadi," ucap Jaemin dengan senyum lebar di wajahnya.
Seketika Viana terpana melihat senyuman di wajah Jaemin tetapi cepat dia menyedarkan dirinya agar tidak jatuh pada pesona di hadapannya.Ingat dia itu idol.
"Err...saya masak sarapan untuk awak semua dululah.Korang teruskanlah kerja korang eh,"ucap Viana pada Renjun dan Jaemin.Dia menuju ke arah refrigerator yg terletak di sudut dapur tersebut lalu mula mencari bahan untuk sarapan pagi empunya tuan rumah ini.
Ok,go to Jaemin and Renjun part
"Injun-ah..."panggil Jaemin pada Renjun yg ingin melangkah masuk ke dalam biliknya semula tetapi terhalang apabila mendengar panggilan Jaemin tadi.
"Ne?
"Bangunkan mereka semua.Suruh mereka sarapan pagi.Aku nak tolong Viana masak kejap.
"Ok. Jaeminie.Masak sedap-sedap sikit tau.Aku tengah lapar.
"Yelah ijunie,nanti aku letak racun dalam makanan kau biar rasa lebih sedap lagi,ujar Jaemin bergurau dengan Renjun.Renjun hanya tersenyum mendengar gurauan Jaemin.Dia berbalik lalu melangkahkan kakinya ke biliknya dan Jeno.
Setelah Renjun menghilang dari pandangannya, Jaemin bangun dari kerusi dan menuju ke sinki untuk mencuci gelas yang dipakainya. Kemudian dia berdiri di tepi Viana yg tengah memotong bawang untuk memasak nasi goreng kimchi.Viana yg menyedari Jaemin yang tengah memerhatikannya menoleh ke arah Jaemin.Viana jadi malu bila seseorang melihatnya melakukan kerja.
"Kenapa Jaemin-ssi?'',tanya Viana dengan muka blurnya.
"Saya tolong awak masak eh," ujar Jaemin sambil menyediakan kuali lalu mengisikan sedikit minyak ke dalamnya.
"Eh tak apalah, saya boleh buat sendiri. Lagipun saya kan maid kat sini.Ini dah jadi tugas saya.Awak duduk je kat situ," ujar Viana sambil menghalang Jaemin daripada berbuat lebih lagi.
Jaemin memandang wajah Viana lama-lama sehingga Viana berasa rimas.Tetapi Viana tidak berani mengatakannya kerana di hadapannya adalah tuannya.Jaemin kemudiannya kembali duduk di kerusi tersebut lalu kembali memerhatikan Viana melakukan kerjanya kembali.
Suasana masih hening seketika dengan bunyi masakan dari Viana.Sejujurnya Viana tidak suka dengan suasana yg sunyi.Tiba-tiba dia teringat sesuatu.
"Ermm...awak, saya nak tanya sesuatu boleh tak?",tanya Viana pada Jaemin yang masih memerhatikannya.
"Hmm...tanyalah,'' jawabnya singkat.
"Sebenarnya saya ni tak tahu lagi nama awak, macam mana saya nak panggil awak nanti.Lupa pula saya nak tanya nama awak tadi.
"Oh,nama saya Na Jaemin.Fans saya panggil saya Nana.Kalau awak nak panggil Nana pun tak apa sebab ni nama yang fans beri, jadi saya sangat suka dengan nama Nana ni.Dan saya berumur 19 tahun.Umur awak berapa pula?
"Jadi maknanya kita ni sebayalah ya?",ucap Viana dengan nada terkejut.Tidak sangka bahawa dia seumur dengan lelaki dihadapannya.
Bersambung.....
Hehe. sorry, Author baru nak update, sebab mood author nak baca ff je..habiskan masa dengan ff yg mungkin author ada baca korang punya ke? Sorrylah kalau cerita Author tak best...Tapi enjoy2 lah membaca yerr...
YOU ARE READING
Being Nct Dream Maid ? (Jaemin)
FanfictionViana yang tengah mengganggur selama dua bulan mendapat satu pekerjaan dari kawan auntie nya iaitu menjadi maid.Kira okey juga sebab kerja tu halal and Viana pun dah terbiasa kemas rumah.Tapi dia tidak tahu bahawa pemilik rumah atau dorm itu ada kum...