"Aku nak balik rumah mama!" kata Qaireen sebaik sahaja tubuh sasa Fayyad berada dihadapannya.
Fayyad yang baru sahaja berniat hendak ke kamar mandi terbantut dengan kata-kata isterinya. Fayyad berpaling memandang Qaireen yang sedang duduk dibirai katil dengan muka ketat.
"Maksud sayang?" tanya Fayyad ingin kepastian. Berkerut seribu dahi Fayyad.
"Eh, takkan kau tak dengar. Aku nak balik rumah family akulah!" tengking Qaireen tanpa memikirkan perasaan lelaki dihadapannya tika itu.
Fayyad mengeluh perlahan. Didekatinya Qaireen yang jelas kelihatan tidak menyenangi akan dirinya. Benci sangatkah dia padaku?
"Sayang.. kita baru aje kot kahwin. Takkan nak balik rumah mama dah? Mummy pun tak puas lagi nak sembang dengan sayang." kata Fayyad dengan nada memujuk. Namun, dia tahu isterinya itu tetap dengan keputusannya ingin pulang ke rumah orangtuanya.
"Suka hati akulah! Kau tu tak payah menyibuk hal aku, bolek tak?!"
Fayyad menelan air liur mendengar tengkingan Qaireen. Qaireen merengus kasar lalu menyilangkan tangannya.
"One more.. Aku tak nak kau sebut perkataan 'sayang' tu kat depan aku! Kau tak layak Fayyad Hidayat!" sinis Qaireen membuatkan Fayyad terpana.
"Kita dah jadi suami-isteri. Kenapa saya tak boleh panggil awak sayang? Sampai bila kita nak jadi macam ni?" tanya Fayyad bertalu-talu. Qaireen memandangnya sinis.
"Sampai kau lafazkan cerai ke atas aku! For your information Encik Fayyad Hidayat bin Dato' Ahmad Amar, aku takkan pernah cintakan kau! Jangan haraplah aku akan layan kau sebagaimana orang lain layan suami dia! Kalau kahwin dengan aku dapat buat kau bahagia, kau silap Fayyad! Dalam perkahwinan ni, tak akan pernah ada istilah 'bahagia' antara aku dan kau!"
Qaireen bingkas bangun dari katil lalu melangkah keluar dari bilik itu.
Fayyad terduduk di birai katil. Tidak pernah dia mengharapkan rumahtangga yang baru sahaja ingin dibinanya akan jadi seperti ini. Diakah yang bersalah kerana bersetuju dengan perjodohan itu? Tetapi, Fayyad sikitpun tidak pernah menyesali dengan perkahwinan ini. Kalau dia boleh menerima takdir, kenapa tidak wanita itu?
***
Qaireen menekan malas remote control. Sudah berkali-kali dia menekan punat kecil itu namun tetap juga tiada cerita yang menarik. Asyik-asyik benda yang sama sahaja yang ditayangkan dilayar kaca televisyen itu. Sangat membosankan! Akhirnya, punat merah ditekan. Seketika skrin yang tadinya berwarna-warni bertukar gelap-gelita.
Qaireen mengeluh perlahan. Bidang belakangnya disandarkan pada sofa. Tangannya disilangkan di belakang kepala. Matanya melekap ke arah skrin televisyen yang kini gelap-gelita. Kakinya ikut disilangkan. Kaki kiri diletakkan di atas kaki kanan.
Sekali lagi dia mengeluh. Baru dua hari dia berada di rumah milik orangtua Fayyad, dirasakannya sunyi. Sepi!
"Awak dah makan ke?" tegur satu suara garau tiba-tiba.
Qaireen tersentak. Pantas menurunkan kakinya sambil merenung tajam ke muka Fayyad. Melihat lelaki itu yang sudah siap memakai baju kemeja-T, Qaireen pantas membetulkan duduknya.
"Saya tengok, awak tak sentuh sikitpun makanan dekat dapur tu." ujar Fayyad yang sedang menyinsing lengan bajunya.
"Suka hati akulah nak makan ke tak! Sibuk aje!" balas Qaireen seraya bangun dari sofa lalu mengatur langkahnya meninggalkan Fayyad yang terpinga-pinga.
Namun begitu, Fayyad hanya membiarkan wanita itu menghilang dari pandangannya. Fayyad mengeluh perlahan. Terbit perasaan kesal dihatinya dengan layanan yang diberikan oleh isterinya. Namun, dia tidak akan tunduk mengalah dengan ego Qaireen yang menggunung itu.
***
"Tahniah bro! Tak sangka aku, kawan baik aku dah jadi suami orang dah sekarang ni.." Sayf menepuk bahu Fayyad perlahan sambil tersenyum nakal.
"Apa macam malam pertama kau?" usik Sayf sambil menjongket-jongket keningnya kepada Fayyad.
Namun, Fayyad sekadar tersenyum apabila diusik sebegitu oleh Sayf.
"Macam biasa ajelah. Ah.. Kau tak payahlah nak tahu hal peribadi kitaorang. Kang kau juga yang jealous." sindir Fayyad dengan nada gurauan. Kelihatan segaris senyuman dibibir nipis lelaki berdarah melayu campuran itu.
"Asal pulak aku nak jealous kan kau? Kalau aku nak kahwin, memang dah lama dah aku hantar rombongan meminang sepupu kau tu." balas Sayf tanpa segan-silu.
Fayyad tersenyum. Sudah masak benar dia dengan perangai kawan baiknya yang seorang itu. Dia tahu, Sayf sudah lama menaruh perasaan terhadap sepupunya iaitu, Yasmin. Namun, Sayf hanya memendam perasaannya terhadap gadis itu.
"Bila kau nak pergi merisik dia? Jangan lama-lama bro. Melepas kau nanti." kata Fayyad pula.
"Tak apa ke kalau aku pergi meminang dia ni? Kang kau tak setuju, aku juga yang sakit hati." ujar Sayf. Wajah kacak Fayyad ditenung tepat.
"Asal pulak aku tak setuju? Aku setuju aje tapi sebelum tu kau kena tanya tuan punya badan dulu. Barulah macam ni.." kata Fayyad sambil menjempol ibu jarinya dihadapan Sayf.
YOU ARE READING
Meraih Kasih..
Romance#18 in fiksyen Fayyad dan Qaireen disatukan atas dasar percaturan orangtua masing-masing tanpa mengenal antara satu sama lain. Namun begitu, Fayyad mencuba untuk mengenali isterinya lebih dalam lagi. Tetapi, Qaireen pula sekadar mengendahkan setiap...