“Morning, mummy..” sapa Qaireen ramah kepada Datin’ Sofia yang sedang sibuk menghidang lauk-pauk untuk sarapan pagi.
“Qaireen? Awalnya menantu kesayangan mummy ni bangun..” Datin’ Sofia sedikit terkejut. Namun, senyuman tetap terpahat di bibir wanita itu.
“Memandangkan mummy dah masak sarapan untuk pagi ni. Qaireen tak payah dah masak lagi. Eh, Fayyad mana? Dah kejutkan ke?” Qaireen terdiam kaku saat nama lelaki itu disebut.
“Kejap, mummy. Saya pergi tengok dia dulu.” kata Qaireen lalu bergegas menuju ke bilik.
Dengan berat hati, digegaskan juga tangannya untuk memulas tombol pintu bilik tersebut. Perlahan-lahan, Qaireen menolak daun pintu tersebut lalu memboloskan diri ke bilik tersebut. Dilihatnya Fayyad yang masih lagi terlena di atas katil bersaiz king itu. Serentak itu, automatik kepalanya menggeleng.
‘Bertuah punya lelaki! Orang lain dah bangun nak sarapan, dia boleh pulak tidur sampai tak bangun-bangun!’ gerutu Qaireen dalam hati.
Lantaran itu, Qaireen mendekati Fayyad yang masih tidak tersedar daripada mimpi indahnya lalu menarik kasar selimut tebal berbulu-bulu yang menyelimuti tubuh sasa itu. “Fayyad! Bangunlah!”
Suara Qaireen berjaya membuatkannya terjaga dari lena. Fayyad menggeliat kecil. “Nantilah saya bangun. Masih mengantuk ni, mummy..”
Membulat mata Qaireen mendengar bicara Fayyad. Sambil bercekak pinggang, dia menggeleng kepala. Mummy dikatanya aku? Amboi..
Bantal peluk disebelah Fayyad dicapai lantas memukul tubuh sasa lelaki itu menggunakan bantal peluk tersebut. “Aku bukan mummy kaulah, Fayyad! Bangun atau aku siram kau dengan air panas!”
Fayyad terus terbangun sebaik sahaja mendengar ugutan Qaireen yang ingin menyiramnya dengan air panas. Lantaran itu, kelopak mata Fayyad terbuka luas. Dipandangnya Qaireen yang sedang berdiri dihadapannya dengan mimik muka bengis. Fayyad tersengih macam kerang busuk!
‘Uish.. Ganas betullah bini aku ni!’ monolognya dalam hati. Namun, sengihan masih menghiasi bibirnya.
“Aku tak nak tengok kau sengih! Baik kau bangun sekarang. And then, turun bawah. Sarapan!” tegas Qaireen tanpa memandang wajah Fayyad.
“Awak ke yang masak?” duga Fayyad lembut. Qaireen terdiam seketika. Pipinya memerah tiba-tiba.
“Mummy yang masak. Jangan harap aku nak masak untuk kau!” katanya angkuh. Namun, Fayyad sekadar tersenyum mendengar bicara isterinya.
“Atau awak memang tak pandai memasak ni?” duga Fayyad lagi seolah-olah ingin mencabar kebolehan isterinya itu dalam kerja dapur.
“Kau jangan rendahkan akulah, Fayyad. Ingat aku ni kolot sangat ke?” balas Qaireen mempertahankan dirinya.
“Selagi saya tak nampak bukti yang awak tu pandai memasak, selagi tu jugalah saya akan anggap yang awak tu tak reti memasak. But, saya tak anggap awak kolot ye..” Fayyad turun dari katil lantas mencapai tuala mandinya. Tanpa menghiraukan Qaireen lagi, dia terus melangkah menuju ke bilik mandi.
Qaireen yang masih terbakar dek kata-kata suaminya menghenyak punggung ke bibir katil dengan kasar. Kedua belah tangannya disilangkan memeluk tubuh. Mulutnya pula sudah muncung seperti itik.
“Ingat aku tak pandai masak ke? Kau tu tak kenal aku lagilah! Suka hati aje nak mengata aku ni tak reti nak memasak..” rungut Qaireen perlahan.
Tidak berapa lama kemudian, kedengaran bunyi air di kamar mandi. Qaireen lantas menjuih bibir.“Tengok ajelah nanti. Aku akan buktikan pada kau yang aku ni bukan seperti yang kau fikirkan!” kata Qaireen lagi. Dia memang seorang yang pantang dicabar.
***
Melihat susuk tubuh Fayyad di hadapan mata, Qaireen pantas memaling muka ke arah Datin’ Sofia yang sedang menikmati sarapan pagi. Qaireen pula, hilang seleranya sebaik sahaja terpandang wajah lelaki dihadapannya. Tambahan pula, Fayyad duduk di kerusi berhadapan dengannya sambil buat muka selamba. Qaireen mengetap bibir geram.
‘Sakit pula hati aku ni!’ bisik hati kecilnya.
“Qaireen, kenapa tak makan lagi tu?” tegur Datin’ Sofia apabila menyedari menantu kesayangannya itu sedari tadi masih tidak menyentuh sikit pun makanan dalam pinggan tersebut.
Qaireen tersedar lantas menggenggam sudu di pinggannya sambil tersengih. Kemudian, dipandangnya Fayyad yang ternyata juga sedang memandangnya “Asal tak makan?”
Qaireen terus menggeleng, “Tak ada seleralah.”
“Kenapa pula tak ada selera?” tanya Datin’ Sofia sambil mengerutkan dahinya. Qaireen mengangkat bahu.
“Entahlah, mummy. Tiba-tiba aje tak ada selera.” ujar Qaireen sambil menjeling Fayyad yang masih lagi memandangnya.
‘Dia pandang akulah pulak!’ monolog Qaireen lagi. Melihat pandangan lelaki itu membuatkannya tidak senang duduk.
“Biasalah tu, mummy. Dia saja tu nak berlakon supaya Fayyad suapkan untuk dia.” usik Fayyad sambil tersenyum nakal. Qaireen pula sudah membulat mata memandang senyuman lelaki itu.
‘Amboi.. Nak kena cili ke mulut tu?’ kata Qaireen. Namun, ayat itu hanya terluah dalam hati sahaja. Malas mahu melayan kerenah Fayyad. Semakin dilayan, semakin menjadi-jadi pula perangai tak betul Fayyad itu.
“Betul tak sayang?” Fayyad menjongket-jongket keningnya kepada Qaireen.
Qaireen buat-buat tersengih. Terpaksa juga dianggukkan kepala mengiyakan kata-kata Fayyad. Datin’ Sofia pula hanya tersenyum melihat telatah anak dan menantunya itu.
‘Mummy akan sentiasa doakan kebahagiaan kamu..’ bisik hati Datin’ Sofia berkata.
YOU ARE READING
Meraih Kasih..
Romance#18 in fiksyen Fayyad dan Qaireen disatukan atas dasar percaturan orangtua masing-masing tanpa mengenal antara satu sama lain. Namun begitu, Fayyad mencuba untuk mengenali isterinya lebih dalam lagi. Tetapi, Qaireen pula sekadar mengendahkan setiap...