Aku sunyi. Tak tahu nak buat apa. Aku mengambil rokok dan macis dan berjalan keluar untuk mengambil angin.
Aku terlihat ayah yang duduk di luar selepas pulang dari kebunnya.
" Ayah ambil apa dekat kebun?" Tanyaku.
" Ambil pisang ni, nak di goreng untuk nanti malam."
Aku mengagihkan rokok ke Ayah.
" Ayah tak merokok lagi." Aku terdiam.
Rokok yang baru ku ambil, ku letakkan semula.
" Ayah masih marah dengan Az ke?"
Ayah menatap aku.
" Ayah mana tak marah bila anak lelakinya berubah. Ayah nak lihat kamu jadi anak yang taat, anak yang soleh. Ayah tak tahu lah, kalau ayah tak benarkan kamu jadi pilot, ayah akan berasa bersalah seumur hidup sebab tak wujudkan mimpi anak ayah. Bila ayah biarkan kamu, begini lah jadinya. Hidup kamu terlampau bebas sampai ayah langsung tak nampak azeez yang dulu. Bertatu, rambut berwarna, apa ni az. Selama kamu jadi pilot, sehari pun susah kamu nak luangkan untuk keluarga kamu. Bila ayah lihat gambar gambar kamu yang akak kamu tunjukkan, bukan main bahagia kamu. Padahal kami disini menunggu kehadiran kamu. Yang ada pun, duit kamu yang sampai bukan kamu. "
Aku terdiam. Dalam diam aku menitiskan air mata lelaki ku. Aku duduk dibawah. Bersujud ke ayah.
" Ayah ampunkan Az ayah.. " kataku sayu.
"Az tak perlu hiraukan untuk meminta kemaafan dari ayah. Ayah sentiasa maafkan kamu. Kamu hanya meminta ampun dari yang maha esa. Sujud pada dia. Bukan pada ayah. Entah dah beberapa lama kamu tak sujud kepada dia."
Aku berdiri semula.
"Az perlukan ayah untuk bimbing az."
Ayah memelukku.
"Baiklah"
Tanpa sedar, orang yang ada sedang melihat kami. Semua menangis. Aku jadi malu melihatnya.
---
Aku mengambil wudhu kerana sekejap lagi kami akan bersembahyang maghrib jemaah dan diteruskan dengan tahlil untuk arwah ibu.Disini bermula lah cabaran istiqomahku bila aku teringat perbuatan perbuatan zina yang telah aku lakukan. Berulang kali aku terberhenti untuk melupakannya.
Lalu ada Kak Nuha menepukku dari belakang.
" Istighfar Az. In Sha Allah kamu dapat"
Aku beristighfar beberapa kali. Bila aku tenang, aku menyambung semula.
Bila aku sampai di ruang tamu, semua sudah sedia.
" Az.. az azan ye. " kata ayah.
Dulu, aku lah orang yang paling beria-ia nak mengazankan. Harap harap aku masih ingat.
Aku berdiri tegak, kedua tangan aku naikkan separas dengan telingaku. Aku laungkan azan dengan sepenuh hatiku.
Semua terkelu. semua tahu aku dah berubah dan tidak lama sama seperti azeez yang dulu. Kini aku berdiri untuk memperbetulkan apa yang silap.
---
Tanpa aku sedari, rupanya Mar.. Maw entah siapa kah nama dia yang penting dia jururawat peribadi ibu yang aku jumpa tadi petang.
" Eh awak pun ada lah juga Mawar" aku menegurnya dengan penuh keyakinan.
Dia ketawa. Aku hairan.
" Saya Marwa lah. Hu'uh saya dah anggap keluarga awak macam keluarga saya sendiri. lagipun rumah saya bukannya jauh mana pun. hujung simpan tu je."
" Um susah lah nama awak. Boleh tak kalau saya panggil Rose. Senang saya ingat."
Dia ketawa.
"Terpulang awaklah. Um btw merdu suara awak laungkan azan."
Mukaku bertukar merah.
" Hmm Hehehe biasa je.. terima kasih"
" Kak Awa.. Kak Nuha panggil. " Syifa memanggil Rose.
Aku melihat Rose berlalu pergi.
Aku menarik tangan Syifa.
"Syifa subahat dengan Kak nuha kan."
" Apa?!!" Syifa tertanya-tanya.
" Korang nak cancel plan abang nak pikat Rose kan?"
"Rose mana lagi ni?!"
" Tuu Kak Mawra !" aku tunjuk kedepan.
" Kak Marwa lah abang. Mana ada! Kak nuha panggil dia sebab nak beri dia makanan lepas tu nak hantar dia balik. "
Aku terkejut.
" Alaa kenapa tak kasi abang yang hantar!!" aku dah menghentak kakiku.
" Mana lah syifa tahu. Tanya tu kak nuha."
Bila aku berlari ke luar rumah, aku lihat kereta Kak nuha sudah tiada. Kurang asam punya kakak!
YOU ARE READING
Tiada Wanita Seindah Dirimu (TWSD)
RandomKehidupan seorang pilot tidak jauh daripada kehidupan yang penuh dengan berfoya-foya. Termasuklah Captain Azeez Rahman atau yang kerap dipanggil Captain Az. Tiba satu hari, bila satu satunya orang yang Captain Az sayang, ibunya meninggalkan dia. Dia...