-20-

230 27 1
                                    

Tok tok tok !!!

"Siapa tu?" soal vernon kepada kawan-kawan dia yang lain.

Mereka semua hanya menjongketkan bahu tanda tidak tahu.

Orang tengah sibuk membawang mesti ada je benda yang nak kacau.

"Biar aku yang bukak" kata aku mewakili mereka yang untuk membuka pintu rumah kami.

Aku terus pergi ke arah pintu utama dan membukanya.

Tidak sempat untuk aku melihat siapa gerangan orang yang membuka pintu rumah orang tanpa memberi salam ini, terus sahaja aku kena tampar.

Pang !!

Orang yang tampar aku itu adalah chou tzuyu. Eh tiba-tiba saja minah ni.

Kawan-kawan aku yang lain terus datang ke arah aku apabila ternampak aku tiba-tiba kena tampar.

Aku melihat tzuyu dengan wajah yang penuh dengan kemarahan. Okay baru sekarang aku tau kenapa kawan-kawan aku tak suka tzuyu. Kenapa?

"Yah, kau pahal tzuyu hah? Datang tak bagi salam terus tampar je muka mingyu" marah wonwoo.

Wonwoo ingin menampar tzuyu kembali tetapi aku dengan pantasnya menghalang perbuatan wonwoo itu.

"Takpa korang, biar aku sahaja yang selesaikan masalah ini" kata aku.

Mereka hanya mengangguk dan memberi kami ruang untuk berduaan sebentar.

"Tzuyu awak dah kenapa? Tiba-tiba sahaja tampar saya. Dah kenapa?" soal aku tak puas hati.

"Sepatutnya I yang kena tanya you, you itu kenapa? You berubah tau tak. You bukan mingyu I yang I kenal" marah tzuyu.

"Saya buat apa?" soal aku yang terpinga-pinga.

"You buat apa? You tak tau ke? Perempuan mana yang hasut you hah? You dah macam tak cintakan I" kata tzuyu marah.

"Yes. Memang aku dah tak cintakan kau" kata aku

"What?!?!" kata tzuyu hampir menjerit.

"Untuk pengetahuan kau ya chou tzuyu. Aku sudah ada orang baru. Jadi lepas ini, kau jangan cari aku lagi. Sampai sini sahajalah hubungan kita chou tzuyu. Kita putus !!" kata aku.

Aku terus membahasakan diri aku dengan dia kau dan aku.

Aku masuk ke dalam rumah dan menutup pintu rumah tersebut tetapi dihalang oleh tangan tzuyu.

"Siapa perempuan itu?" soal tzuyu dengan kemarahan yang membuak-buak tetapi dikawal supaya tenang agar tidak meletus.

Aku tersenyum sinis.

"Kau tak payah tau siapa perempuan tu. Sampai masanya kau akan tau juga" kata aku dengan sinisnya lalu terus menutup pintu rumah tersebut dengan kuat.

Chou Tzuyu P.O.V

Mingyu terus menutup pintu rumah mereka dengan kuat sampaikan bahu aku pun boleh terhinjut macam kena renjatan elektrik.

Aku masih marah dengan perbuatan mingyu terhadap aku dan nekad untuk cari siapa perempuan itu.

Tunggu lah kau mingyu. Aku akan cari juga siapa perempuan yang berani hasut kau itu. Dan aku akan pastikan perempuan itu tidak akan mendapat kebahagian sebab sudah rampas hak aku. Just wait and see !!

Kim Min Gyu P.O.V

Aku menutup pintu rumah tersebut dengan kuat dan kembali duduk bersama kawan-kawan aku.

"Perempuan tu dah balik ke?" soal wonwoo.

Aku mengangguk. Pipi aku merah akibat tamparan yang tzuyu berikan kepada aku.

"Kau okay tak? Nak ais?" soal jeonghan yang nampak pipi aku kemerahan.

"Aku tak tau apa masalah perempuan tu sampai tiba-tiba je tampar kau. Bukan dia selalu tergedik-gedik dengan kau ke?" soal dokyeom.

"Aku dah putus dengan dia" jawab aku.

Kawan-kawan aku semua terkejut mengalahkan beruk peliharaan jiran aku.

1

2

3

"HOORAYYY WUUHUU AKHIRNYA MINGYU AKU DAH SINGLE EWAH" jerit wonwoo lalu menari poco-poco diikuti dengan yang lain.

Aku tergelak melihat gelagat mereka semua apabila mendapat tau yang aku sudah putus dengan tzuyu.

"Tapi aku suka seorang perempuan ni" kata aku kembali.

"Ala" kata mereka semua lalu terus sedih dengan berita yang mengatakan aku dah suka orang lain. Wonwoo pula nak nangis.

"Siapa perempuan tu?" soal seungkwan.

"Kang Heejun" jawab aku ringkas.

"MWO?!?!" kata mereka hampir menjerit sebab terkejut.

"Tapi kalau dia tak terima kau sebab apa yang kau dah buat dekat dia macam mana?" soal jun.

"Entahla aku pun tak tau" kata aku dengan sedihnya.

"Itulah kau buat lagi orang macam tu dulu ha tengok sekarang apa dah jadi" kata jeonghan.

Karma dah berbalik ke mingyu guys !!

Aku hanya mampu terdiam apabila jeonghan mengatakan sebegitu rupa

Apa yang patut aku buat?

To be continued

{C} Lost [김민규]Where stories live. Discover now