-3-

298 40 1
                                    

Aku cuba untuk membuka mataku secara perlahan-lahan daripada terlelap lagi. Aku mencari roommate aku iaitu, Jeon Wonwoo.

Aku mula bangun dan keluar dari bilik aku dan mencari kawan-kawan aku yang lain. Aku mula membuka satu persatu bilik yang ada di tingkat ini.

Semasa aku menuruni satu persatu tangga untuk menuju ke bilik di aras bawah, aku nampak semua kawan-kawanku duduk secara berkumpulan di ruang tamu. 

Nasib diorang semua ada dekat ruang tamu ja, kalau keluar pergi keluar macam mana? Kesianlah kat aku yang keseorangan di rumah ini uhuk uhuk.

"Yuuhuu ssup guys" sapa aku apabila aku sudah berada di ruang tamu rumah ini.

Diorang terus memandang ke arah aku dengan tatapan yang sukar ditafsirkan. Apa yang aku dah buat atau ada apa-apa ka kat muka aku yang handsome ini.

"Mingyu-ah sila duduk okay?" kata seungcheol yang kedengaran serius nak matey.

Aku mula rasa tidak sedap hati dan takut. Takut bukan sebab apa. Takut diorang halau aku ja.

Kalau aku berambus nanti, sapa nak kutip aku? Huarghh tak apa lah readers kan ada? *kipas-kipas muka pakai ayam*

Aku terus mengambil tempat duduk bersebelahan dengan wonwoo.

"Korang semua ada something nak bincang ke dengan aku? Bunyi macam serius je" kata aku setelah lama jugak berdiam diri. Serta-merta mereka semua mengangguk. Serentak pulak tu. Wow !

Tiba-tiba mataku tertancap pada skrin laptop yang ada di atas meja di ruang tengah-tengah antara sofa.

Sejak bila ada laptop kat situ? Ke aku yang rabun tak perasan ini?

"Kau tengok video ni betul-betul mingyu" kata seungcheol. Setelah itu, dia membawa keluar pen drive dari poketnya dan mencucuk pen drive tersebut.

Serta-merta satu video keluar dari skrin laptop tersebut. Video itu menunjukkan tentang satu rakaman CCTV. Rakaman itu menunjukkan ada sebuah kereta melanggar seorang perempuan muda.

Jantung aku berdegup kencang secara tiba-tiba kerana aku berasa tidak sedap hati dengan video ini.

Sah !

Memang diorang kenal sangat perempuan yang dilanggar itu. Siapa lagi kalau bukan Kang Hee Jun yang merangkap teman wanita aku.

Tetapi, masih lagi diorang tidak tahu tentang hubungan mereka yang telahpun putus semalam.

Mereka juga amat mengenali kereta yang melanggar heejun itu. Mingyu yang sedang  menonton video tersebut, berasa terkejut dan hanya mampu berdiam diri sahaja. Memang dia dapat agak heejun lah orang yang dia langgar tempoh hari.

Serta-merta video diberhentikan buat sementara waktu.

"Bukan itu nombor plate dan kereta itu milik kau ke mingyu?" soal seungcheol dengan nada yang mengerikan.

Aku hanya mampu berdiam diri dan hanya mampu mengangguk.

"Bukan ke orang yang kau langgar tu girlfriend kau sendiri?" soal pula woozi atau nama sebenarnya lee jihoon.

Serta-merta aku menggeleng kepalaku dengan laju. Mereka berasa pelik apabila melihat aku yang menggeleng sebagai jawapan woozi sebentar tadi.

"Apa pulak bukan girlfriend kau? Kau bukan ke couple dengan dia?" soal Jun yang duduk bertentangan dengan aku.

Sekali lagi aku menggeleng tanda bukan. Dan sekali lagi mereka pelik dengan jawapan aku.

Serta-merta aku berdiri lalu memandang mereka semua.

{C} Lost [김민규]Where stories live. Discover now