-18-

240 25 2
                                    

Kang Hee Jun P.O.V

Aku masih lagi teringat dengan apa yang telah lelaki yang bernama seungcheol tersebut memberitahu kepada aku.

Flashback

"Kau nak bagitau apa dekat aku?" soal aku lalu duduk bersebelahan dengannya di salah sebuah kerusi yang berada di situ.

"Actually kau pernah kawan dengan kitorang semua" kata seungcheol. Mata aku terus membuntang.

Aku menekup mulut aku dan menangis serta meroyan macam orang gila dekat situ. Okay tipu je.

"Aku tak percaya lah. Aku mana ada kawan" kata aku dengan tak percayanya.

"Sumpah aku tak tipu. Aku cakap benda betul" kata seungcheol lagi sambil mengangkat tangan kanannya.

"Tipu lah" kata aku masih lagi tidak percaya. Seungcheol mengeluh.

"Pandang muka aku" kata seungcheol lagi dan  membuatkan muka aku terus berpaling kearahnya.

Aku melihat wajahnya.

"Kau tengok muka aku macam pernah nampak kan" kata seungcheol. Aku memandangnya dengan tiada perasaan.

"Kau cuba ingat balik dan teliti muka aku betul-betul" sambung seungcheol lagi. Aku memandang mukanya lalu menggeleng.

"Tak serious aku tak ingat muka kau" kata aku lagi.

Seungcheol mengeluh tak tahu nak buat apa dah.

Tiba-tiba lelaki yang berada di depan aku ini tampak seperti ada idea yang berada di otaknya itu.

"Oh ya, lupa pula ada lagi satu perkara. Lelaki yang kau langgar tadi tu ialah mingyu. Kau pernah bercinta dengan dia tapi dia hanya berpura-pura cintakan kau dan dia curang di belakang kau" kata seungcheol dengan panjang lebarnya.

Kim mingyu !!!

Aku terkejut kerana nama itu seperti pernah aku dengar dan muka dia sangat familiar bagi aku.

Tiba-tiba, fikiran aku terimbas tentang kisah silam aku dimana diri aku dengan 13 orang lelaki.

Salah seorang daripada mereka pernah menjadi pasangan dalam hidup aku.

Ya, tak lain dan tak bukan, lelaki tersebut ialah kim mingyu. Fikiran aku terimbas lagi tentang perpisahan antara aku dan lelaki itu.

Di sebuah taman, dimana dia hina aku, dia tolak aku sehingga aku jatuh, dia kata aku macam aku ni perempuan tiada harga diri dan yang paling menyakitkan lagi dia hanya berpura pura cintakan aku selama ini.

Sekarang aku dah ingat semuanya !!

Tiba-tiba kepala aku berasa sakit yang teramat sangat dan menyebabkan diri aku hampir tumbang nasiblah seungcheol sempat menahan badan aku dari jatuh.

"Heejun? Kau okay tak? soal seungcheol.

Aku hanya mengangguk.

End of flashback

"Heejun? Heejun? Woi Kang heejun" panggil nara separa menjerit dan membuatkan diri aku kembali ke alam realiti.

"Ha apa dia?" soal aku dengan blur.

"Kau mengelamun apa?" soal nara dengan bengang.

"Takda apa lah" jawab aku.

"Ni ada benda yang aku nak bagitahu ini" kata nara serius.

"Haa apa dia?" soal aku.

"Sebenarnya kita tak jadi duduk dekat united kingdom ni selama beberapa minggu sebab sign contract kita dengan Queen Holding itu dibatalkan jadi kita cuma perlu buat pembentangan dengan owner syarikat Luxury Park Holding itu sahaja itupun kita perlu jalankan esok pagi" kata nara dengan panjang lebarnya.

{C} Lost [김민규]Where stories live. Discover now