Prolog

199 21 2
                                    

"Ice Americano one please," pinta seorang gadis yang ayu bertudung labuh di hadapan kaunter kafe.

Pekerja itu tersenyum. "Terima kasih. Have a good day cik."

Humaira membalas senyuman pekerja wanita itu lalu dia mengangguk perlahan. Langkahnya kini diatur keluar dari kafe itu. Tiba-tiba sahaja nada dering telefonnya berbunyi menandakan ada pemanggil di talian. Melihat sahaja nama yang terpampang di skrin telefonnya, dia tersenyum lebar.

Syahraina.

Telefon dia tekapkan di telinga. "Assalamualaikum, Ena. Kenapa kau call tiba-tiba ni? Ke kau nak cancel perjumpaan kita hari ni?"

"Waalaikumussalam. Nur Humaira Salena binti Muhammad Uwais. Kau sedar tak kitorang dah lama tunggu kau? Dah 1 jam weh! Cepat sikit. Kitorang tunggu ni."

Ternganga mulut Humaira dibuatnya. Jam tangan dikerlingnya sekilas. Dia menepuk dahinya lembut.

"Bukan nak jumpa pukul 7 petang ke? Ke aku silap dengar tadi? Biar betul!"

"Tak. Pukul 6 la ngek. Kau ni baik cepat."

Tanpa berlengah lagi, Humaira memanjangkan langkahnya menuju ke arah parking kereta dan kereta Porsche miliknya terus meluncur laju di jalan raya.

Alamak dah lewat!

* * *

Langkahnya diatur begitu laju sekali ke tempat kawan-kawannya yang sudah sedia menunggu. Dia memanjangkan tengkuk untuk melihat keberadaan Syahraina dan teman-temannya yang lain. Nampak sahaja mereka melambaikan tangan ke arahnya, dia terus bergerak ke meja tersebut.

"Ha cepat pun kau datang. Layan suami ke tadi?" usik Syahraina sebaik sahaja Humaira duduk di atas kerusi berhadapan dengannya.

"Kau ni kan suka usik aku pasal.kahwin. Stop it okay? I have no interest in such thing."

"Piragh. Cakap macam tu tapi jangan ingat kami tak tahu yang kau berkenan dengan Woo Bin, mamat korea hensem tu," celah Wardina pula.

Tergeleng-geleng kepala Humaira. "No, it's just... he's quite cute. Itu jer yang aku fikir okay? Not more than that."

Wardina, Syahraina dan Asma tergelak besar. Siap tepuk-tepuk lagi meja makan tu ha.

"Haha. Ke emm ada buah hati lain senyap-senyap ni? Manatahu tup tup kau dah kahwin senyap-senyap atau lepas ni ke..."

"Ha, mulut kau Asma aku cilok kang. Takdenya macam tu. Muda lagi kot aku."

"Jap, umur 27 tu muda eh? Aku rasa dah jadi anak dara tua dah kau ni!"

"Ceit, korang ni sengaja nak sakat suruh aku kahwin awal la tu." bibir Humaira dicebikkan.

"Ha'ah. Memang pun. Kau ni sampai bila nak membujang? Sampai ke tua?" soal Asma.

Pertanyaan itu hanya dibalas dengan kedua-dua bahunya yang diangkat selamba. Bibir tercebik sedikit.

"Aku doakan kau berjodoh dengan mamat handsome kat belakang kau tu ha," usik Wardina pula. Bibirnya dijuihkan ke arah belakang Humaira.

"Muhammad Afeef Marshall, 29 tahun. World bussinessman."

Humaira memandang ke belakangnya. Mulutnya hampir terlongo apabila melihat wajah lelaki itu.

My dream guy!

TBC

Demon's SweetheartWhere stories live. Discover now