BAB 1

141 19 7
                                    


Demon's sweetheart

Muhammad Afeef Marshall berjalan dengan penuh keyakinan masuk ke dalam sebuah restoran mewah. Wajah setiausahanya, Miss Jia dikerling sekilas. "So, where is my Grace?"

"She's waiting at the table, boss."

"How's the preparation going? Flowers? Musician? Cakes and the diamond ring? All ready."

"Don't worry, boss. We had done it already. This way, boss." tunjuk setiausahanya ke arah kanan.

Afeef Marshall mengatur cepat langkahnya. Dalam kebekuan wajahnya itu, sebenarnya tumbuh juga perasaan gemuruh dalam hatinya. Hari ini dia akan melamar Hannah Grace, girlfriend tercintanya. Dan dia harap semoga perancangan yang sudah dia tetapkan akan berjalan lancar.

Afeef tersenyum bahagia sebaik sahaja wajah gadis kacukan mat saleh itu memenuhi kornea matanya. Terasa berbunga-bunga hatinya melihat Grace memakai dress merah yang dipilih khas olehnya. Dress seksi paras paha dan ketat itu benar-benar menampakkan lengkok tubuh dan aurat si pemakai. Tapi Afeef Marshall tak kesah. Lagi dia suka adalah.

Dia melabuhkan punggung di atas kerusi yang berhadapan dengan Grace. Senyuman masih kekal mekar dari tadi hingga kini.

"Babe... you know what date is it today?" soal Grace penuh manja dengan kepalanya yang sengaja dilentokkan supaya kelihatan cun. Em tak sedar diri.

"My baby boo... of course. It's our anniversary today! And I ada sesuatu nak bagitahu you. I harap you suka."

Kening Grace terjongket sedikit. Wajah Afeef Marshall yang tampan itu dipandang dengan penuh tanda tanya.

"Let me guess. A present right?" Afeef Marshall tersenyum dengan tekaan Grace itu. Hampir tepat. Tapi hadiah kali ini lebih besar.

"It's something more than that baby." dia terus bangun dari duduknya lalu bergerak ke sisi Grace.

Sempat dia mengerling para pekerja restoran itu yang sudah sedia untuk memainkan muzik dan membantu lelaki itu untuk membuatkan suasana lamaran itu lebih romantis.

* * *

"Dina, Ena, Asma... a-aku rasa pening la sekarang," adu Humaira tiba-tiba.

Teman-temannya yang mendengar terus kalut. Dina sudah gelabah tak tentu pasal mengalahkan Humaira. Dah macam dia pula yang tengah sakit sekarang ni.

"Weh Dina, hang tarik nafas lepas tu hembusss... Tarikkk, hembuss..." bersungguh-sungguh Asma dan Syahraina menenangkan Wardina yang mudah gelabah itu.

"Macam ni... aku nak pergi tandas kejap." punggung diangkat lalu dia mula mencecet berjalan mahu ke tandas.

Tangannya itu tidak lepas dari memegang dahinya yang terasa pening itu. Sudah la dia tak bawa ubat hari ni. Boleh pula sakit dia datang waktu ni?

"Will you marry me?"

Tiba-tiba langkahnya terhenti apabila tubuhnya terlanggar ketiak seseorang dan serentak itu irama muzik dan kelopak bunga mawar mula jatuh mengenai kepalanya dan lelaki itu.

Humaira pelik. Sejak bila ada yang nak melamar dia ni? Ke ni cuma halusinasi dia kesan pening kepalanya?

Dia menjawab dengan lantang,

"Yes."

Terkejut beruk Afeef Marshall ketika itu. Cincin yang ada hendak dihulurkan kepada Grace itu tiba-tiba dirampas oleh seorang gadis bertudung turqoise lalu disarungkan di jari manisnya.

Muhammad Afeef Marshall pening. Sejak bila dia melamar perempuan ni? Yang dia lamar kat belakang perempuan tu ha, Hannah Grace.

"Babe, you..." Grace terkelu. Matanya yang sedia bundar makin membundar memandang Afeef Marshall.

"Baby... It's a misunderstan-"

Tiba-tiba pula gadis yang perasan dirinya dilamar itu pengsan. Habis la ramai yang salah faham ingatkan gadis itu pengsan kerana terlalu gembira kerana dilamar oleh jejaka kacak itu.

"Oh my god, Marshall prince melamar perempuan tu la weh. Ala sweetnya siap pengsan lagi."

Mereka dikerumuni oleh ramai orang dan ada juga dikalangan mereka merupakan wartawan. Semuanya bertepuk tangan dan ketawa melihat telatah 'girlfriend' Afeef Marshall yang terlalu gembira sehingga pengsan.

"Marshall," panggil seseorang secara tiba-tiba.

Afeef Marshall yang mengenali suara itu terus berpaling memandang mamanya, Puan Sri Afra. Puan Sri Afra tersenyum melihat gadis bertudung labuh itu yang masih tidak sedarkan diri dalam dakapan Afeef Marshall.

'Haih, kang kalau aku lempar budak sekolah menengah ni ke lantai tak ke orang cakap aku ni jahat? Ish, mama mesti dah salah faham ni! Grace... mana dia?' bisik hati kecilnya memandang sekeliling. Kelibat Grace langsung tiada.

"Marshall, bring her to our hospital now." arah Puan Sri Afra. Nadanya tampak lembut namun Afeef Marshall tahu itu satu bentuk arahan daripada ibunya.

Dia mendukung gadis itu di lengan sasanya tanpa rela. Menyesal betul dia buat macam tu tadi.

TBC

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

"Rancangan yang kukuh, tidak akan bisa menembus dinding takdir."

[Ibn Athoillah As-Sakandari ‎رحمه الله تعالى]

Demon's SweetheartWhere stories live. Discover now