BAB 2

210 23 7
                                    


Demon's Sweetheart

"Ya di sini kami ingin mengulas lebih lanjut berkenaan isu lamaran seorang jejaka handsome, pengusaha Syarikat JK Holding yang baru malam tadi melamar seorang gadis cantik bertudung labuh sebagai isterinya. Ya dan di sini kami ada tiga orang gadis yang jelita merupakan kawan kepada calon isteri Tuan Afeef Marshall. Ya, kalian ada apa-apa pesanan mahupun ucapan yang ingin disampaikan?" sungguh rancak wartawan itu membuat liputan. Mikrofonnya dihulurkan kepada tiga orang gadis itu.

"Hiks... weh semua penduduk kampung... mak, ayah... jiran kita dah nak kahwin! Hiks... mak ayah gi pesan kat mak ayah Humaira. Cakap kat depa anak diorang dilamar jejaka kacak dan kaya pula tu! Terharu cek!" Dina menjerit sedikit lantang dengan tangannya diangkat ke udara. Nak cakap betapa bersungguhnya dia tu memang dahsyat.

"Humaira... alhamdulillah. Rezeki kau begitu murah kali ni. Jangan lupa la jemput kami pergi kenduri kahwin nanti. Terharunya... nak kahwin dah kawan aku ni."

"Encik Afeef Marshall, tuan kan baik, tolong lah jaga kawan saya tu dengan baik. Layan dia macam permaisuri. Ha, jangan lupa makan minum dia."

Setelah habis bercakap, mereka bertiga sama-sama berpelukan dan mengalirlah air mata kegembiraan.

* * *

"So, her name is Nur Humaira Salena binti Muhammad Uwais. She's 27 and she is an accountant at Suria Company."

"Suria? Impressive. Let her replace the new job as an accountant in our company."

"Pardon, boss?"

"Let her work at my place. Make sure her desk is right in front of me and make sure she quit the job at Suria Company."

Terkedu Miss Jia sebentar. Haih, macam-macam sungguh la perangai boss dia yang satu ni. Ada-ada saja permintaan luar biasa yang dia nak.

"Alright, boss. I'll take my leave first." Jia terus mengundurkan diri dan berlalu dari situ meninggalkan Humaira dan Afeef berduaan.

"Aduh, like seriously? Aku ingat dia ni budak sekolah menengah. Rupanya umur dah besar panjang." omel Afeef seorang diri.

Tok Tok

Bunyi ketukan pintu itu membuatkan Afeef tertoleh sebentar. Kelihatan mamanya melangkah masuk lalu melabuhkan punggung di sebelah anaknya.

"I want you to marry her."

Afeef terkelu. Hatinya retak bak kaca yang dihempaskan ke batu apabila ibunya membuat permintaan yang terlalu sukar untuk dia tunaikan.

"Mama... Grace? Macam mana dengan dia? Mama tahu Marshall hanya sayangkan Grace but still you do this to me? How could you? Mama kejam," nada suaranya sedikit sebak.

Hancur luluh angannya mahu mengahwini gadis tercintanya. Wajah awet muda milik Puan Sri Afra ditenung lama. Ada kesayuan dalam pandangannya itu.

Puan Sri Afra mencapai sebelah tangan anaknya itu lalu diusap lembut, "Dah tiba masanya untuk kamu tunaikan permintaan mama. Mama tak tahu bila mama akan pergi menghadap ilahi tapi kalau boleh mama nak tengok kamu kahwin dengan Humaira. Bukan Grace,"

Puan Sri Afra memandang Humaira yang masih tidak sedarkan diri, "Humaira gadis yang istimewa. Pertama kali mama nampak dia, mama tahu she's the perfect one. Tolong Marshall, satu kali ni jer. Mama tak minta banyak."

Afeef menggeleng perlahan, "Mama... benda ni melibatkan soal hidup Marshall. Sejauh mana mama mahu yang terbaik, ia tetap hidup Marshall. Marshall dah besar dan tahu mana satu baik dan mana satu buruk. Tolong jangan paksa Marshall, mama."

Puan Sri Afra tertunduk. "Mama tahu mama tak layak untuk atur masa depan kamu. Cuma, sungguh ini permintaan mama yang terakhir. Kalau kamu betul-betul tak tahan dengan Humaira, hidup dengan dia 1 tahun. Bila tarikh tu dah tamat kamu boleh ceraikan dia. Tolong mama Marshall. Tunaikan hajat mama yang terakhir," rayu puan Sri Afra lagi. Ada cecair jernih yang turun mengalir ke pipi.

Afeef tidak sanggup melihat kedua-dua wanita yang dia cintai terluka. Siapa yang patut dia pilih?

Grace atau Humaira?

TBC

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

❝Kalau nak hidup bahagia, banyakkanlah redha dengan takdir Allah Subhanahu wa Taala.❞

[Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri Bin Haji Mohd Romli]

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 11, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Demon's SweetheartWhere stories live. Discover now