9:30 pagi,
Bighit ent,
Seoul,Korea.Seawal pagi ini Bts sudah diarah pergi berjumpa manager.Katanya untuk comeback seterusnya.Mengeluh tu adalah juga tapi kerja kan hurm.
"Okay,tema comeback kita kalini macam ni pula..." manager mula menerangkan pada mereka.Semuanya fokus kecuali Jungkook.Dia asyik terdengar alunan suara yang dikatakan azan itu.Tenang.Dia nak dengar lagi.Nak sangat.
'Aku ni dah gila ke agaknya? hish seram pulak.'
dia menggelengkan kepalanya laju.
"Ya Jungkook kamu tak setuju ke dengan comeback kalini?" manager menegur.Perasan yang dia asyik geleng agaknya. "Eh tak tak! setuju erm tadi terfikir sesuatu hehe.Teruskan teruskan." dia memberi senyuman arnabnya itu. "Okay..." manager hanya mengangguk perlahan sebelum meneruskan perbincangan.
Selama itu jugalah,Jungkook asyik termenung.Dia nak dengar lagi azan tu.Merdunya lain macam !
"Okay perbincangan tamat.Minggu depan datang balik tau.Kita nak mula berlatih dah." ujar manager.Mereka semua mengangguk dan melemparkan senyuman manis bersulam pahit.Baru beberapa bulan lalu comeback,dah nak comeback lagi? aduhai.Namun,sebagai idol yang berprestij lagi berwibawa mereka ikutkan sahaja. "Okay bersurai." serentak itu,mereka pon berjalan keluar dari bilik latihan.
"Weh Kook.Kau okay tak ni? aku perasan daripada konsert semalam kau asyik letih.Termenung. Okay tak?" tegur Yoongi.Risau juga dengan rakannya seorang ini.Kot kot ada simptom hidup tak lama. "Aku okay hyung tak payah risau." Jungkook memberi senyuman kelat.
"Weh jom lepak cafe dekat bangunan sebelah.Dengar cita ada flavour baru." ajak Hoseok.Haus agaknya dia lepas memberi macam-macam cadangan untuk comeback tadi.Lagi-lagi pasal tarian.Hurm diam je member lain.Dia sorang cakap.Dahlah tak dihidangkan air.Mengutuk jugalah mereka dalam hati.
"Kau lanja boleh lah !" kata Jin lalu tersenyum senget. "Yelah ! hyung belanja lah ! orang kata kalau ada orang belanja,benda yang kita makan atau minum tu jadi lebih sedap haa." pandai masuk line jugak si Taehyung ni.Taehyung menjongketkan keningnya.
"Suka hati ja nak kikis duit orang.Ingatkan perempuan ja gold digger rupanya lelaki pon sama." balas Hoseok pedas.Mereka dua memberi pandangan tak puas hati.Agak sentap sebenarnya. "Ha yelah yelah aku belanja.Dah jom." Hoseok mendahului mereka akibat terlalu haus.Jungkook hanya mengikut mereka dengan lemah longlai.
-----
"Eh janganlah tarik rambut aku pendek ! penat aku pomade !" marah Taehyung pada Jimin.Jimin hanya ketawa mengekek. "Eh jauh betul kedai dia.Kau biar betul Hoseok?" soal Yoongi.Terasa macam banyak tenaga yang dah digunakan.
"Kita jalan tak sampai 20 langkah kau dah merungut? dasar pemalas." omel Seokjin di sebelah.Yoongi melihatnya tajam.Mereka semua ketawa cuma Jungkook.Dia rasa tidak bersemangat.Entah kenapa.
"Eh weh weh ! sapa perempuan tu ? apa dia buat depan bangunan kita ?" Namjoon menghentikan langkah mereka. "Dia sesat ke ? tengok peta macam tak pernah tengok peta pon." tambah Jimin. "Heh nilah masa hero nak masuk line.Dah tepi-tepi." Taehyung mula mengambil langkah.Acah hero Korea pulak hak alah.Mujurlah orang tak banyak lalu waktu-waktu macam ni mau tak,kena kejarlah jawabnya.
"Aku tampar jugak budak ni japgi." Jin melihatnya semacam.
-----
"Ish mana Itaewon ni? kecik benor petanya lahai." Haura meletakkan peta itu betul-betul di hadapan mukanya.Mencari di mana Itaewon.
"Ehem ehem! maafkan saya.Cik sesat jalan ke?" tegur Taehyung.Terpelanting peta yang dipegang Haura.Dia segera mengambil peta itu dan menghadap Taehyung dengan perasaan malu.Mujur jugalah dia berkebolehan cakap Korea walaupun gagap.Jadi dia faham apa yang dikata Taehyung. "Err ya ya.Saya nak cari Itaewon." balas Haura sambil tertunduk. "Oh Itaewon.Awak dari mana?" soal Taehyung. "Saya dari perut mak saya pastu lahir kat--" kata-kata Haura dipotong Taehyung.
"Tak maksud saya 'awak dari mana'" Taehyung mengangkat keningnya mengharap Haura akan faham. "Oh erm aduh malunya.S--saya dari Incheon erm lepastu saya naik tren ke Itaewon tapi ni tak nampak macam Itaewon pon." Haura menunjukkan petanya.Taehyung tergelak.
"Awak mesti salah naik tren.Sini kawasan Gangnam bukan Itaewon." jelas Taehyung. "Biar betul?! aishh malunya." Haura menunduk.
"Woi seronok ke mengayat?!" sergah Hoseok. "Kacau line lah korang ni." Taehyung mengeluh. "Rezeki kena share bro.Ni kenapa?" soal Yoongi. "Dia silap naik tren aku rasa.Dia nak pergi Itaewon tapi naik tren pergi Gangnam." jelas Taehyung.Mereka hanya mengangguk.
"Apa nama awak?" nampaknya Jimin dah mula menunjuk belang. "Oh panggil je saya Haura."
"Cola?" sebut Taehyung dengan ragu-ragu.
"Haura." Haura mengulang.
"Cola?"
"Haura."
"Col--"
"Dah bengap tu bengap jelah.Erm Haura tak kenal kitorang ke?" giliran Jin pula ke hadapan. "Saya kenal.Manusia lah kan?" Haura membalas dengan muka sucinya.Terkebil-kebil mata Bts mendengar.Jungkook yang dari tadi berada di belakang mula ke hadapan.Mustahil ada manusia yang tak kenal Bts sekarang.
"Seriuslah Haura tak tahu?" soal Jin sekali lagi.Haura tak menjawab. "Kami Bangtan Boys.Grup yang femes di abad ini.Tak kenal lagi?" tanya Jimin dengan unsur riak. "Oh nilah Bangtan? saya pernah dengar tapi tak kenal sangat sebab sibuk nak graduate." balas Haura dengan senyuman.Mereka menunduk malu.Bukan apa,ingatkan si Haura ni ketinggalan zaman rupanya sibuk nak graduate.
"Sekarang,macam mana saya nak ke Itaewon?" soal Haura memecah kesunyian. "Naik je tren dari stesen Gangnam." jawab Jungkook yang dari tadi menyepi entah hidup entah tak.Semua member terkejut dengan perubahan Jungkook.
"Thanks! oh...awak Jungkook kan? saya kenal awak seorang jelah antara Bts hmm hehe maaf.Saya akan kaji pasal awak semua lepas ni." Haura tersengih.Bts mula tarik muka.Sedih juga dengar pernyataan macam ni.
"Okaylah saya pergi dulu.Gamsamhabnida!" Haura tunduk hormat sebelum berlari pergi. Dari jauh kedengaran,
"Annyeong Cola!"
sah Taehyung.
[TBC]
[Vomments]
[Sorry late update:( busy dengan sekolah hiks]
![](https://img.wattpad.com/cover/161411000-288-k735326.jpg)
YOU ARE READING
Penghijrahan Seorang Jungkook ✔
Historia CortaKejadian yang berlaku di masjid itu membuat JEON JUNGKOOK menjadi orang baru.Personalitinya berubah 360 darjah. UMMI HAURA pula merupakan seorang siswazah universiti di Malaysia dan datang ke Korea untuk melawat rakannya yang bakal menjadi siswazah...