"Masuk dalam masjid sekarang!" arah pakcik itu. "T--tapi saya--" Jungkook ragu-ragu. "Masuk atau kamu takkan tengok lagi tempat ni." pakcik itu berkata tegas.Tanpa bantahan,dia masuk ke dalam masjid.
"Yah! mana Jungkook? bukan dia masuk sini ke?" kata seorang Army kecewa. "Entah-entah ada kat dalam sana?" kata seorang lagi Army. "Mungkin! Jom masuk!" katanya.Namun,seseorang menghalangnya.
"Nak masuk sini kena beradab.Pakaian tu bagi elok sikit nak masuk sini." kata pakcik itu. "Kami nak Jungkook! dia masuk sini kan?" Army itu bertanya bengang. "Tak.Kau yang rabun kot.Dah keluar daripada tempat ni." arah pakcik itu dengan wajah bengisnya.
"Kami nak Jungkook!" Army itu tetap berkeras. "Berambus sebelum aku panggil pihak berkuasa! berambus!" jerkah pakcik itu.Mereka mula menarik muka. "Tak guna punya orang tua! pikir dia bagus sangat?" herdik seorang Army. "Ya aku tua daripada kau tapi akhlak aku masih muda dan baik daripada kau." pakcik itu tersenyum sinis.Mereka sempat menjeling pakcik itu sebelum beredar.
Sakit hati bila tak dapat jumpa future husband eyek jap nak muntah.
Pakcik itu mengeluh sebelum masuk ke dalam masjid.
"Jungkook.Keluar." arahnya ringkas. "Semua dah pergi ke pakcik?" soal Jungkook dengan,
bertelekung.
Pakcik itu ternganga. "Kamu dah kenapa pakai ni?" soal pakcik itu. "Saya takut diorang cam saya la.Saja pakai ni.Salah ke? lawa apa ni.Pink lagi.Seokjin hyung mesti suka." dia sempat berposing dengan telekung pink tu.Kau pikir tu baju Gucci ke apa? telekung tu adoi. "Buang tu.Dah macam maknyah aku tengok.Haih." pakcik itu mengurut-urut dadanya.Terkejut punya pasal.
"Alahh pakcik! lawa ni! takkan nak buang?" Jungkook mencebik.Sayang sangat. "Buang aku kata--"
"ARGH!!" seorang wanita menjerit. "Oh Kim Saenah (nama Senah di-Korea-kan be like) maaf ya dia ni memang pelik sikit hehe." kata pakcik itu.Kim Saenah berlari tak cukup tanah.Terkejut melihat lelaki dalam telekung pink.
"Ha sudah! buang." tegas pakcik itu. "Ya saya buang.Tapi! jangan bagi orang lain pakai! saya dah book!" dia tersengih. "Suka hati kau la." pakcik itu menjawab penat.Penat melayan telatah pelik si Jungkook dengan Kim Saenah.Tak pasal-pasal Saenah tu bagitau orang lain mampus.Viral masjid ni sebab ada 'lelaki telekung pink'.
"Jungkook." pakcik itu memanggilnya.Jungkook hanya menoleh ke arah pakcik itu sambil melipat telekung pinknya. "Kenapa pakcik? ada apa-apa ke? kalau pakcik nak saya keluar,saya boleh keluar sekarang." kata Jungkook menunduk.Dia lupa,tempat ini bukan dia punya.
Namun,soalan Jungkook dibalas dengan pelukan pakcik itu dengan tangisan.
"Pakcik.Kenapa ni? pakcik okay?" soal Jungkook. "Maafkan pakcik Jungkook.Pakcik salah anggap pada kamu.Maafkan pakcik." pakcik itu menangis teresak-esak.Dia sedar,dia salah.Dia tak patut hina Jungkook.Dia tak patut tengking Jungkook.
"Tak pakcik.Saya memang jahat.Saya bukan agama macam pakcik.Saya hina pakcik!"
"Tak Jungkook.Seseorang itu baik tak kira agama atau bangsa.Namun,agama yang paling baik ialah Islam." pakcik itu tersenyum.Jungkook menangis terharu.
"J--jadi...adakah saya akan dapat pengampunan daripada Tuhan?" air matanya mengalir.Soalan yang dikeluarkan membuatkan kedua-duanya sebak.Soalan yang sentiasa membuatkan Jungkook berputus asa mencari kebenaran.
"Kamu akan dapat pengampunan-NYA.Belum terlambat.InsyaAllah." pakcik itu meleraikan pelukan dan menepuk bahu Jungkook. "S--saya nak." Jungkook tertunduk.
"Jangan risau.Pakcik akan tolong kamu dengan izin-NYA." kata pakcik itu. "B--betul ni pakcik?!" Jungkook mula gembira dan memeluk pakcik itu lagi. Gembiranya tak terkata. yang sebenar ?
Hadahu Deen Assalam
"Inilah Islam , agama perdamaian"-----
Saera menghentakkan kakinya.Geram! rancangan 100% rosak.Saera mengeluarkan telefon dan mendail nombor xxx.
"Kenapa Sae--"
"Aku berhenti.Orang bodoh je buat kerja ni.Aku tak mampu nak halang dia kalau dia asyik dekat dengan 'benda baru' tu."
"Saera,kau jangan merepek."
"Biarlah dia berubah Xxx. Biar dia cari ketenangan sebenar. Kau tak payahlah halang dia kalau itu yang dia nak."
"Kau pengkhianat."
"Kau pon tak kurang. Tch,dahlah aku nak tukar nombor. Jangan cari aku lepasni."
"Habuan kau pon tak akan cari kau."
"Habuan daripada benda bodoh? aku taknak.Simpan la ya.Bye.Aku taknak cakap banyak."
"Sae--"
Panggilan dimatikan.Saera terus mencampakkan telefon ke lantai.Pecah.Puas hatinya.
"Aku minta maaf,Jungkook."
[TBC]
[Minta maaf kalau chapter ni hambar dan tak sedih sangat.Aku tak pandai buat scene sedih but #siscuba]
[Vomments]
![](https://img.wattpad.com/cover/161411000-288-k735326.jpg)
YOU ARE READING
Penghijrahan Seorang Jungkook ✔
Short StoryKejadian yang berlaku di masjid itu membuat JEON JUNGKOOK menjadi orang baru.Personalitinya berubah 360 darjah. UMMI HAURA pula merupakan seorang siswazah universiti di Malaysia dan datang ke Korea untuk melawat rakannya yang bakal menjadi siswazah...