Bab 4

124 8 0
                                    

Marlynn menolak pintu pejabatnya dengan kuat. Siap dipulas kunci pada tombol pintu. Badan dihenyak pada kerusi. Sesak yang menekan di dada semakin menyakitkan. Mata dipejam rapat. Namun, air mata mengalir juga dari tubir mata.

"Papa! Tak! Papa tak boleh mati. Lynn belum maafkan papa lagi tau. Lynn masih tak terima papa tinggalkan Lynn. Papa..." bisik Marlynn sambil memegang dadanya. Sakitnya!

Badan disandarkan longlai pada kepala kerusi. Panggilan telefon daripada ibu tirinya, Mariam buatkan Marlynn tergamam. Itulah pertama kalinya, Marlynn mendengar suara Mariam tersedu merayu kepulangannya. Jeda!

"Lynn, bukak pintu ni Lynn," panggil Cordelia cemas di pintu yang berkunci.

"Leave. Me. Alone."

Jerit Marlynn sepatah demi sepatah dengan lantang. Suara Marlynn bergetar dek sedih yang tak terbendung. Dengan perlahan jari Marlynn membuka laci meja paling bawah. Sebuah bingkai gambar lama ditatapnya. Jari runcing Marlynn mengusap wajah Mathew yang tersenyum riang dalam gambar itu.

"No! Open this door please," pujuk Cordelia tegas. Bimbang Marlynn bertindak diluar kawalan. Pintu diketuknya bertalu. Nak dibuka, sudah dikunci dari dalam oleh Marlynn.

"Leave me alone," pinta Marlynn dengan suara serak menangis.

Ketukan pintu yang tadinya bertalu, berhenti. Marlynn mencium lama bingkai gambar. Kemudian ditekapnya bingkai gambar ke dada.

"Tapi Lynn masih sayangkan papa. Lynn rindukan papa sangat sangat," lirih bicara Marlynn. Air mata di pipi dibiarkan mengalir bebas.

Pintu pejabat Marlynn terkuak tiba-tiba. Tergamam Cordelia dan Samuel yang tersembul depan pintu. Sisi Marlynn yang tak pernah dilihat mereka sebelum ini.

"Lynn. Lynn."

Cordelia laju memeluk tubuh lemah Marlynn. Air matanya bergenang di tubir mata. Simpati dengan nasib si adik tiri merangkap kawan baiknya ini. Marlynn memandang Cordelia dengan bibir yang bergetar.

"Papa dah mati Cord. Umi kata papa dah mati."

"Ya. Lynn. Mama baru call bagitahu perkara yang sama," kata Cordelia menahan sebak. Dahi Marlynn dikucupnya penuh kasih.

"Papa mati, Cord. Papa mati," bisik Marlynn lagi. Esakannya semakin mengila. Cordelia tak tahan sebak. Dia turut menangis berjemaah dengan Marlynn. Tersentuh sangat hatinya.

"Shsss..."

Samuel turut simpati dengan apa yang dilalui oleh si pujaan hati. Dia ingin memeluk dan menenangkan Marlynn ketika ini. Tangisan Marlynn buatkan dia tak keruan.

"Lynn. Cord."

"Leave us alone Sam," pinta Cordelia.

"But Cord...."

Samuel mengharap diberi peluang.

Cordelia berpaling memandang pada Samuel. Pandangan mata mengharap kefahaman Samuel diberikan. Dengan keluhan berat Samuel angguk. Perlahan dia berlalu keluar. Sampai di depan pintu, Samuel berpaling.

"Lynn! You can count on me. I'm always for you. Ring me," ucap Samuel.

Tiada reaksi daripada Marlynn yang masih teresak dalam pelukan Cordelia. Bersama keluhan, Samuel meninggalkan bilik Marlynn.

"Kita balik," pujuk Cordelia lembut.

"Lynn tak nak balik sana Cord. Lynn tak nak balik Malaysia. Lynn tak sedia. Mereka tak boleh tanam papa. Tak! Tak! Lynn tak nak balik. Mereka tak boleh tanam papa," kata Marlynn merayu. Itulah permintaan Mariam pada Marlynn. Hajat terakhir Mathew ingin dipenuhi. Selagi Marlynn tak sampai, selagi itulah mereka tak akan kebumikan Mathew.

Tergamam Cordelia. Sungguh dia tak tahu nak cakap apa. Perbezaan agama dan budaya tak mampu difahami. Cuma mamanya, Susan yang mampu faham dan nasihatkan Marlynn apa yang terbaik.

"Kita balik rumah mama. Semua tunggu Lynn kat rumah sekarang ni. Cord tahu Lynn kuat. Kita semua ada dengan Lynn," pujuk Cordelia lagi.

"Cord tolong jangan pujuk Lynn balik Malaysia. Jangan biarkan mama pujuk Lynn balik Malaysia. Lynn tak mampu. Lynn tak nak. Papa tak mati. Papa tak boleh mati. Mereka tak boleh tanam papa. Papa tak jumpa Lynn lagi."

Semakin rancak esakan Marlynn yang tadinya sudah surut.

"Shsss... Cord janji Lynn. Tapi, Lynn juga kena janji. Buang perangai emosional ni. Ini bukan Lynn, adik kesayangan Cord. Adik Cord, seorang yang rasional. Yang kuat. Yang tak akan jatuh dengan cabaran. Dia kental. Dia superhero keluargakan."

"Superhero pun ada perasaanlah Cord. Menangis juga," balas Marlynn. Air matanya dikesat dengan hujung jari. Pucuk hidung juga dikesat sebelum jari meraut rambutnya kebelakang. Wajah sugul Marlynn jelas kelihatan.

Jawapan pendek Marlynn buatkan Cordelia tersenyum. Tidaklah teruk sangat sedih Marlynn sekiranya dia mampu rasional.

OBSES YouWhere stories live. Discover now