Marlynn yang berkebaya pendek terkedu. Luluh jantung dibuatnya bila lihat kereta antik kesayangannya disodok oleh kereta Holden warna hitam metalik. Ciss!
Cordelia si kakak tiri merangkap BFF-nya terkasima di tempat memandu. Mata tertacap pada wajah menyinga Marlynn. Oh! Mampus.
Marlynn terus berlari-lari anak kembali ke kereta. Tak tahu nak cakap apa. Melainkan hati yang bergumpal rasa marah. Bibir terkumat-kamit memaki hamun pesalah yang baru keluar dari kereta.
"Eeee mamat ni. Dia ingat dengan muka kacak dia tu, aku boleh sejuk. Boleh biarkan je, dia cederakan kekasih hati aku ni. Ikutkan hati, memang aku sula sekor sekor ni. Huh! Nilah yang dikatakan akai letak kat lutut. Arhhhhh bencinya!" Omel Marlynn tak perdulikan renungan tajam padanya.
"Sorry," jawab salah seorang dari mereka yang berambut coklat.
Marlynn mencangkung untuk melihat lampu belakang kereta yang sudah bersepai penutupnya. Tak dihiraukan langsung sapaan orang yang melanggarnya tu.
"Sayang, awak dah cedera ya. Saya akan tuntut bela untuk sayang ya." Sambil jari Marlynn menyapu kemek di tepi kereta. Rasa nak nangis pun ada, nak makan orang pun ada.
"Lynn, biar Cord je yang uruskan. Lynn pergilah masuk cepat. Tadi kata dah lambat. Lynn tu emcee, kang tak jalan majlis sebab emcee dia tak ada," suruh Cordelia tergagap.
Dia berharap sangat Marlynn tak mengamuk kat sini. Kalau fasal kereta antik ni, memang boleh mendatangkan malapetaka besar. Waima tercalar sikit pun boleh berminggu bebelnya. Inikan pula dah terkeluar lampu kat belakang. Masak! Masak!
"Huh! Nasib baiklah Lynn nak cepat. Cord, ambik nombor telefon dan alamat. Lelaki Mat Salleh ni, kalau tak menyusahkan orang, tak senang kot. Lynn baru polish kereta ni semalam. Baru perasan nak jadi Saloma. Semak betullah. Benci!"
Marlynn mengambil barang di tempat duduk belakang kereta dan terus menutup pintu dengan kuat. Tunjuk marah!
Cordelia garu dahi. Sejak balik dari US, Marlynn memang berbulu dengan lelaki. Secara terang-terangan, dia obsess mencari calon teman hidup berbangsa Melayu. Proses saringannya sangatlah unik, calon tersebut perlulah mempunyai ciri-ciri persis hero novel cinta Melayu.
Pening kepala mamanya, Susan. Nasihatlah macam manapun, Marlynn tetap dengan teori obsesnya pada Melayu yang mampu sempurnakan hidupnya. Tapi bila disuruh ke negara yang ramai bangsa Melayu tak mahu pula. Nak cari Melayu di benua kanggaru ni juga. Mana nak jumpa.
"Apa cakap macam tu?"
Cordelia berbisik memarahi Marlynn. Sudahlah tadi, dibuat muka sombong. Langsung tak dijawabnya pertanyaan lelaki itu. Lepas tu dipamerkan pula muka masam. Siap dipakejkan dengan jelingan tajam lagi.
Padahal, dua jejaka persis Pan Asian ni cukup tertib lagi sopan mohon maaf. Rupa pun boleh tahan juga dengan Rayban sebagai pelengkap gaya.
"Lantaklah, bukan dia orang faham pun. Ingat! Jangan berlembut. Kekasih hati Lynn ni, dah cedera parah ni. Nak bawa hospital pun, bukan boleh pergi hospital biasa. Kena pergi hospital pakar. Cord jangan lupa. Ambil kad nama, alamat dan snap gambar mereka. Malam nanti kita jumpa kat rumah," ucap Marlynn yang tergesa berlalu.
Cordelia sekadar layang senyum terpaksa dengan gaya Marlynn yang tergesa. Jadual Marlynn kebelakangan ni padat dengan aktiviti sukarelawaanmya di Fakulti Bahasa, Universiti Wollonggong dan Kedutaan Malaysia.
"Sorry about her." Cordelia bersuara serba-salah.
"Ooo it's okey. My bad. Chong please assist this lovely lady," arah Yazid mudah.
Chong ditinggalkan di situ bagi menguruskan kemalangan kecil tersebut. Mujurlah dia tak laju sangat. Tapi pecah jugalah lampu belakang dan kemek sikit pada badan kereta antik tu.
Yazid berdiri memandang gadis berkebaya merah tergesa, masuk ke dalam bangunan warna kelabu. Tak sempat nak tanya nama. Nak tanya apapun tak sempat. Selepas disembur puas-puas, minah tu, blah macam tu saja. Telefon dikeluarkan dari poket. Pesanan ringkas dititipkan.Yazid : Dapatkan infor perempuan kebaya tadi.
Siap dengan nombor telefon, alamat, skype dan email sekali. Kau ikut dia, hantar kereta kat bengkel mana pun. Aku gerak dulu.
Chong : Errr... Yes, Sir.
Yazid : Aku tunggu kau kat kafe semalam.Yazid pegang dadanya yang berdegup kencang. Sengih senget terukir di bibir. Wow!!!!
"Jelita! Mungkin kita berjodoh."
YOU ARE READING
OBSES You
Storie d'amoreMarlynn Michandri yang obses pada Melayu diburu rasa menyesal bila mendapat berita kematian ayah kandungnya Mathew. Kedatangannya di Malaysia, Marlynn dikejutkan dengan hibah peninggalan Mathew buatnya. Dari situ, dia berkenalan dengan Raja Ahmad Ya...