Chapter 20

10.1K 348 0
                                    

Sofea menunggu Haqiem untuk balik ke homestay mereka memandangkan Haqiem keluar sekejap untuk ke tandas.Sudah hampir setengah jam Haqiem keluar namun tiada lagi tanda-tanda bahawa dia akan pulang.

"Takkan lah pergi tandas pun lama betul", gumam Sofea sendirian.Sofea berdiri.

"Shamira,aku keluar kejap", laung Sofea dari kaki lima homestay itu.Belum sempat Shamira ingin menghalangnya,dia telah pun hilang dari pandangan mereka.

Sofea berjalan ke tandas lelaki yang bersebelahan dengan tandas wanita.Dia mundar-mandir di hadapan tandas dan akhirnya keluar seorang lelaki tua.

"Hrmm..pakcik,ada orang lagi ke dekat dalam?",s oal Sofea kepada pak cik itu.

"Tak ada dik", jawab pakcik itu.

"Ohh ok.Terima kasih pakcik", ucap Sofea.

"Sama-sama", balas pakcik itu dan berjalan pergi.

Sofea berjalan perlahan sambil melihat sekeliling kalau-kalau ada kelibat Haqiem.Dia berpusing-pusing di sekitar kawasan peranginan itu.Sofea merasa sejuk apabila angin malam itu menyapa kulitnya.Ketika dia lalu di hadapan sebuah pokok besar,dia berhenti dan air matanya mengalir..

"Haqiem!!", jerit Sofea perlahan namun cukup untuk membuat Haqiem menoleh ke arahnya.Haqiem menoleh dan terlihat Sofea sedang menangis sambil melihat ke arahnya.Dia berjalan ke arah Sofea namun Sofea terlebih dahulu berlari meninggalkannya.Haqiem mengusutkan rambutnya.Pasti Sofea sudah salah faham.

♡♡♡♡♡

Sofea duduk di atas sebiji batu besar yang terdapat di kolam itu.Dia berada di tempat sama yang dibawa oleh Haqiem tempoh hari.Dia menangis teresak-esak.Sakit hatinya melihat Haqiem bersama perempuan tadi.Walaupun Haqiem tidak melakukan apa-apa bersama perempuan itu namun hatinya tetap dipagut rasa cemburu.Haqiem mencari Sofea di sekeliling kawasan itu.Dia merasa tidak sedap hati,seakan-akan perkara buruk akan berlaku.Jantungnya berdegup pantas membuatkan dia bertambah tidak keruan.

Sofea yang sedang mengelamun jauh itu terkejut apabila seseorang berdiri di belakangnya.Mungkin orang itu sengaja mahu melihat kolam itu fikirnya.Dia tidak dapat melihat wajah orang tersebut kerana orang itu membelakanginya.Sofea menoleh ke hadapan semula.Tidak lama kemudian,dia terjatuh ke bawah apabila seseorang menolaknya dari belakang.

Sofea meronta-ronta di dalam air itu.Orang itu tersenyum puas dan berjalan pergi.Sofea merasa sesak nafas kerana tidak dapat keluar dari dalam air itu.Maklumlah dia mana pandai berenang.

Haqiem mencari Sofea di sekitar kawasan itu.Dia berjalan lagi dan tiba di tempat sama dia dan Sofea bermain air tadi.Dia melihat keadaan sekeliling dan terkejut apabila melihat seseorang yang hampir tenggelam ke dasar air.Haqiem yang melihat kejadian itu terus berenang ke arah perempuan itu dan mengangkatnya ke atas tanah.Dia berubah cemas apabila mendapati bahawa perempuan itu ialah Sofea.

"Sofea,bangun", kejut Haqiem sambil menepuk perlahan pipi Sofea.Dia berfikir seketika sebelum dia melakukan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut(CPR) terhadap Sofea.

♡♡♡♡♡

Haqiem memapah Sofea lalu pulang ke homestay mereka.Shamira dan Haniff sedang menunggu di kaki lima homestay tersebut.Mereka terkejut akibat melihat Haqiem dan Sofea yang basah lencun.

"Kenapa ni?", soal Shamira.Sofea hanya mengelengkan kepalanya tanda tidak mahu bercakap.Mereka berdua masuk ke dalam bilik.

"Baju wife kena tukar", kata Haqiem lembut.Haqiem pergi ke arah Sofea dan ingin membantu Sofea membuka pakaiannya namun Sofea melepaskan genggaman tangan Haqiem.

She Is Mine And Only MineWhere stories live. Discover now