Chapter 22

10.2K 357 3
                                    

Sofea masuk ke dalam biliknya dengan langkah yang perlahan,dia melihat keadaan sekeliling,Haqiem tiada di bilik mereka.Sofea hanya mengangkat bahu dan masuk ke dalam bilik mandi.Setelah selesai mandi,dia pun pergi ke bilik orang tuanya.

"Ma,abang Haqiem mana?", soal Sofea yang sedang berdiri di muka pintu itu.

"Dia keluar katanya jumpa kawan kejap", jawab Ku Salwa.

"Ohh ok", kata Sofea dan menutup semula pintu bilik itu dan naik ke tingkat atas.Dia masuk ke dalam bilik dan menjatuhkan dirinya di atas katil.Dia mengambil telefonnya dan mendail nombor Haqiem.

"This is the voicemail..",

Sofea mematikan panggilan itu dan menelefon lagi nombor Haqiem semula sehingga 30 kali tapi tetap sama.Hanya suara operator telefon itu yang keluar.

"Huarghh,stresnya!!", teriak Sofea di dalam bilik itu.

"Haritu dia kata,kalau nak keluar aku pandai-pandailah jalan sendiri kan? Jadi mari kita jalan,lagipun dah lama tak buat hal ni", kata Sofea sambil tersenyum sinis.

Dia menukar bajunya kepada baju berhoodie yang over size sehingga hanya menampakkan separuh dari mukanya dan memakai seluar skinny jeans.Dia turun ke tingkat bawah dan menemui Ku Salwa yang sedang menonton TV di ruang tamu.

"Mama,Sofea nak keluar kejap", ujar Sofea sambil tersenyum.

"Nak pergi mana? Dah petang dah ni,tak lama lagi malam.Lama tak kamu keluar tu?", soal Ku Salwa risau.

"Boleh lah Ma.Kejap je ni", pujuk Sofea.

"Yelah-yelah", akur Ku Salwa.Sofea melompat gembira dan mencium pipi Ku Salwa sebelum berlari keluar rumah.

♡♡♡♡♡

"Haih,mana nak pergi lagi ni? Dah puas aku cari dorang,takkan semua dah insaf kot", bebel Sofea sendirian.Dia berjalan masuk ke salah sebuah lorong dan duduk di atas tong di situ.Sedang Sofea termenung,dia ditegur oleh seseorang.

"Girl,ni tempat kami.Kalau kau tak nak kena baik kau blah", arah perempuan itu.

"Ye ke? Tak ada pun nama korang kat sini..", ujar Sofea,sengaja.

"Aku bagi kau peluang untuk lari sekarang", kata seorang lagi.

"Kalau aku tak nak?", soal Sofea,sengaja dia mahu menaikkan amarah gadis-gadis di hadapannya ini.

☆☆☆☆☆

Haqiem melangkah masuk ke dalam rumah dengan langkah yang malas.Hampir terjatuh jantungnya apabila Ku Salwa tiba-tiba menegurnya.

"Haqiem,kamu ada terjumpa dengan Sofea?", soal Ku Salwa,risau.

"Kenapa ma?", soal Haqiem,hairan.

"Tadi dia kata dia nak keluar kejap,tapi dah malam ni.Dia tak balik-balik lagi", jawab Ku Salwa.

"Apa?", Haqiem terkejut.

"Macam mana ni Haqiem? Mama cuba telefon dia tapi telefon dia mati", kata Ku Salwa lagi.

"Haqiem pergi cari dia sekarang", ujar Haqiem dan berlari keluar dari rumah itu.

☆☆☆☆


"Kau ni kan..", marah perempuan itu sambil menunjuk ke arah Sofea.

"Kalau kau tak nak pergi,boleh tapi bersiap sedia lah untuk dipukul", Mereka ada 4 orang ke semuanya.Jika mahu,mudah saja untuk Sofea mengalahkan mereka.

"Okey", kata Sofea sambil tersenyum mengejek.

Mereka berjalan ke arah Sofea dan...


☆☆☆☆☆

Haqiem menghidupkan telefonnya.Dia terkejut apabila melihat terdapat 30 panggilan terlepas daripada Sofea.Haqiem bertambah risau.Dia memarahi dirinya apabila mengenang semula apa yang telah dia lakukan kepada Sofea.

☆☆☆☆☆

Mereka berjalan ke arah Sofea dan mula membelasahnya.Sofea hanya membiarkan sahaja dan tidak melawan.Takkan dia je asyik pukul orang jadi kali ini biarlah orang yang pukul dia.

"Lain kali jangan cari pasal", Mereka berjalan meninggalkan Sofea disitu.Sofea cuba untuk berdiri dan memegang kepalanya yang sakit.Dia hanya ketawa sinis sebelum dia jatuh pengsan ke bumi.

Haqiem kembali ke rumah dengan rasa risau yang menggunung.Dia duduk di atas sofa dan melepaskan keluhan berat.

"Jadi Haqiem,jumpa tak?", soal Ku Salwa.Nasiblah Ku Azwan tiada di rumah.

"Tak", jawab Haqiem sambil mengelengkan kepalanya.

"Ya Allah,mana kamu ni Sofea.Dah lewat ni", kata Ku Salwa.

"Hrmm mungkin dia pergi jumpa kawan dia.Mama pergi lah tidur,nanti mama jatuh sakit pula sebab terlampau risau", pujuk Haqiem.

"Tapi Sofea macam mana?", soal Ku Salwa lagi.

"Tak apa,nanti Sofea pulanglah tu.Mesti Sofea marah saya pula sebab tak jaga mak dia.Lagipun dah lewat malam ni", ujar Haqiem sambil tersenyum.

"Yelah", akur Ku Salwa lalu naik ke tingkat atas dan masuk ke biliknya.Haqiem mengeluh lalu menyandarkan badannya di kerusi itu.

"Mana kau Sofea..", kata Haqiem.

♡♡♡♡♡

Sofea berjalan masuk ke kawasan rumah mereka.Dia cuba untuk menutup mukanya sehabis mungkin.

Sofea membuka pintu perlahan-lahan namun langkahnya terhenti apabila terlihat Haqiem yang sedang duduk di sofa dan memandangnya.Dia berjalan sambil menundukkan kepalanya untuk mengelakkan Haqiem melihat mukanya yang lebam dan berdarah.

"Pergi mana?", soal Haqiem,dingin.

"Tak payah tahu", kata Sofea.Dia cuba untuk mengawal nada suaranya.

"Tak payah tahu? Mama dah macam apa risaukan kau,kau boleh cakap tak payah tahu.Kau sedar tak kau tu dah menyusahkan orang?", soal Haqiem sambil mengenggam kedua-dua pergelangan tangan Sofea.Sofea menahan sakit kerana Haqiem mengenggam tangannya yang lebam.

"M-menyusahkan? Aku tak pernah suruh kau stay dalam hidup aku.Kau boleh ce--ceraikan aku Haqiem Aiman, kalau kau rasa aku menyusahkan hidup kau sebab perangai aku memang macam ni dari kecil.SUKA MENYUSAHKAN ORANG!!", kata Sofea, sengaja dia menekan perkataan 'menyusahkan' itu.

"Lagipun kau juga cakap kalau aku nak pergi mana-mana,aku pergi je sendiri.Jadi kau sibuk sangat nak tahu yang aku pergi mana buat apa?!", sambungnya.Haqiem yang baru tersedar yang dia sekali lagi telah menyakitkan hati Sofea.

"Wife,a-aku tak sengaja cakap macam tu.Aku tak maksudkan macam tu,aku cuma risaukan kau je", Dia meraih tangan Sofea.Sofea menundukkan lagi mukanya.

"Pandang aku please..", rayu Haqiem.Baru sahaja Sofea ingin menghalang tangan Haqiem daripada membuka hoodie-nya namun Haqiem terlebih dahulu menolak hoodie-nya ke belakang.

"Apa ni?", soal Haqiem,terkejut apabila melihat muka Sofea yang lebam-lebam dan mulutnya yang berdarah.

"Tak ada apa", jawab Sofea.Dia melepaskan genggaman Haqiem dan berlari naik ke tingkat atas.Haqiem pun mengejar Sofea.Baru sahaja Sofea ingin masuk ke dalam bilik mandi,Haqiem menghalang laluannya.

"Apa dah jadi?", soal Haqiem lembut.

"Aiman,tolong tepi sikit.Aku nak bersihkan diri aku ni", ujar Sofea.Haqiem memegang bahu Sofea.

"Aiman sakitlah", adu Sofea.Haqiem melepaskan pegangannya.Dia mengoyakkan baju Sofea.

"Aiman,apa kau buat ni?", soal Sofea,terkejut.

"Dah kau tak nak buka,aku koyakkan jelah", kata Haqiem sambil menunjukkan muka innocent-nya.

"Kejaplah aku buka",Sofea membuka sweatshirt ber-hoodie-nya dan hanya tinggal singlet yang tersarung di tubuhnya.

"Siapa buat semua ni?", soal Haqiem, terkejut apabila melihat badan Sofea yang lebam-lebam.

"Aiman,tolong ke tepi.Aku merayu pada kau,aku tak larat nak cakap banyak-banyak", ujar Sofea sambil mengangkat kedua tangannya seperti orang yang sedang memohon ampun.Haqiem mengangguk dan membiarkan Sofea masuk ke dalam bilik mandi.

She Is Mine And Only MineWhere stories live. Discover now