Tirai mataku terbuka,memaparkan pemandangan yang serba putih.Buat seketika aku berkhayal memerhatikan siling diatas.Ini pastinya bukan kamarku.Bunyi mesin yang berdetip menganggu konsetrasi aku.Beberapa saat aku mendiamkan diri,cuba mengingati kejadian kelmarin.Bola mataku bergerak-gerak tanpa hala.
Aku masih hidup?
Oh iya.Aku masih hidup.
Aku cuba untuk bangkit dari posisi perbaringanku, namun gagal.Tubuhku masih lemah.Tidak punya tenaga mahupun keupayaan untuk bergerak.Hanya jari dan bola mataku saja yang mampu digerakkan.
" Awak dah sedar? "
Satu suara kecil kedengaran disisi kiriku.Tanpa berfikir aku menoleh.Seorang wanita separuh abad sedang duduk diatas sofa,tidak jauh dari katilku.Dia memakai pakaian putih seperti seorang doktor,aku sendiri tidak berapa pasti pada tekaanku.Tidak lama kemudian,dia berdiri,berjalan menghampiriku.
Bagai disambar petir,aku seperti meronta mahu beredar dari situ.Namun dia yang seakan memahami trauma yang kuhadapi segera menjauhkan dirinya dariku.Perlahan-lahan dia menanggalkan kot putih yang tersarung pada tubuh sebelum disidai pada sofa.
" Jangan risau.Saya bukan orang jahat.."
Pujuknya sambil menghampiri katilku,mengusap rambutku dengan tangannya.Tidak semena-mena mataku membulat.Kepalaku didonggakkan menghadap wanita itu,membiarkan seribu satu pertanyaan bermain dikotak fikiranku.Dia tersenyum,tanpa henti menenangkanku dengan sentuhan kasih pada kepalaku.
Senyuman itu.
Aku seperti pernah melihatnya sebelum ini, tapi dimana?
" S-siapa kau.." Soalku berani,menyebabkan elusannya terhenti.
" Awak lupa?" Dia memegang pergelangan tanganku. " Saya doktor kamu.Doktor Lee."
Doktor?Doktor Lee?
Apa penyakitku sehingga aku dijaga oleh doktor peribadi yang langsung aku tidak kenali? Sejak bila pula aku berkenalan dengan perempuan ini?Aku membiarkan soalan-soalan itu tergantung dan cuba mengingat kembali manusia bernama 'Doktor Lee' itu.Kini,kepalaku pula terasa sakit dan berdenyut.Aneh,kenapa aku tidak ingat apa-apa?
"Kamu tak perlu memaksa diri untuk ingat, SeungYeon."
SeungYeon?
Siapa SeungYeon?
Aku mendiamkan diri.Baru aku sedar selama aku menghuni disini tidak ada seorang pun yang memanggil aku dengan nama melainkan nombor kamarku,07.Sejak itu kesemua attenden disini memanggilku dengan nombor 07.Lebih aneh kerana aku sendiri tidak mengetahui namaku yang sebenar.Aku tidak pasti kenapa,tapi semua ini menyerabutkan fikiranku.
" Siapa SeungYeon?" Soalku sambil memandang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Doktor Lee itu.
Dia angkat kening,sedikit hairan dengan soalanku. "Nama awak SeungYeon. Na SeungYeon."
" Eo? " Kali ini giliranku pula yang beriak aneh.Aku mengenggam tangan dengan erat,mataku tepat memandang siling.Kenapa aku tidak ingat apa-apa?
" K..kenapa saya tak boleh ingat masa lalu saya?atau saya memang berada disini sejak dilahirkan lagi? " Suaraku bergetar,sedikit sebak dengan hidupku.Aku menoleh ke arah Doktor Lee,dia tetap tersenyum sebelum perlahan-lahan tangannya naik menyentuh dahiku.
" Awak sakit , SeungYeon.."
![](https://img.wattpad.com/cover/162162800-288-k145461.jpg)
YOU ARE READING
[H]Empty Promises │Lee Jeno
Fiksi PenggemarTernyata kau hanya bual kosong. Aku setia menunggu, Kau yang tiada. Dimana kau tika ini? copyright ©️ @ten-minutes 2018