OY 25

3.3K 171 35
                                        

Syakila P. O. V

Sudah seminggu selepas kejadian aku menampar Khai. Dan sejak beberapa hari ni, aku tak nampak pun kelibat Khai di dalam kelas ataupun fakulti.

'Takkan dah dapat orang baru, terus lupa belajar.' aku mendengkil marah. Marah atau cemburu?

Dalam diam aku masih risau kan Khai. Walaupun selepas penghinaan Khai pada aku tempoh hari. Mustahil aku boleh lupakan dia begitu saja. Aku bukan dia yang senang-senang boleh tukar dan permainkan hati orang.

Sebab aku sememangnya cintakan dia.

-saya tunggu syg kat parking. Mcm biasa-

Aku mengeluh membaca pesanan daripada whatsapp tersebut. Berharap yang menghantar adalah Khai, tapi ternyata tidak.

Ini lagi satu masalah. Hisyam.

Mentang-mentang dah dapat 'lesen' dari ibu untuk ambil aku dari universiti, tiap hari pula dia datang jemput. Dah macam tak ada kelas gaya nya. Lepas je aku rapat semula dengan family aku, dia pun datang macam cendawan. Menepek je dekat rumah tu.

Aku yakin sangat dia nak ambil hati aku balik. Hell no! Memang tak lah aku nak terima dia semula. Yang aku nak sekarang ni cuma Khai!

-yelah. Aku Otw.-

Aku membalas pendek sebelum melangkah ke tempat yang parking yang biasa Hisyam tunggu.

Dari jauh aku nampak Hisyam yang berdiri bersandar pada kereta myvi putih miliknya. Bila aku semakin dekat, senyuman dia juga semakin melebar.

"Mari saya bawakan beg sayang." Dia cuba mencapai beg yang tersangkut dibahu, namun cepat-cepat aku mengelak.

"Tak payah, aku belum cacat lagi." Sindir aku. Dia tergelak.

'Ingat handsome lah gelak macam tu?' aku berdengkil.

"Macam mana kelas?" Soal Hisyam, konon prihatin.

"Okay." Malas nak beramah mesra.

"Presentation okay?"  Dia masih mencuba.

"Kita cerita dalam kereta boleh tak? Panas ni."

"Hah, okay okay. Masuklah." Cepat-cepat dia membukakan pintu bahagian penumpang di sebelah pemandu. Malas nak bertekak, aku ikut kan sahaja.

"Ada nak pergi mana-mana ke lepas ni?" Tanya Hisyam sebaik duduk di bahagian pemandu.

"Takde." aku membalas sambil mata ralit menghadap telefon.

"Kita pergi tengok wayang nak?"

"Malas."

"Main bowling?"

"Malas."

"Jalan-jalan? Shopping?"

"Aku penat lah, aku nak balik. Rehat!" Akhirnya aku melepaskan rasa geram aku. Annoying betul orang gila talak ni.

Dia nampak terkejut sebelum akhirnya mengangguk perlahan. Tak sangka lah tu.

Bzzt!

Telefon aku bergetar menandakan ada notification. Notification daripada aplikasi whatsapp. Aku buka.

Terbuntang mata aku memandang penama yang baru menghantar pesanan.

-Meet me, dekat tasik. Tempat biasa. Sekarang!-
                                                        -Khai-

Only you, my love! (GxG) {COMPLETED}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang