Part 1: Kampung

633 24 2
                                    

Pagi itu suasana yang nyaman bertukar riuh apabila Encik Roy Razak berhasrat untuk pulang ke kampung bersama keluarga secara tiba-tiba.

"Eiiii, abang dah gila ke?" Isterinya mencebik.

"Ala daddy akak tak nak la." Rintih anak perempuannya, Strawberry sambil berlari masuk ke dalam bilik.

"Kalau ayah yang nak, Abang ON je hihi." Vanilla tersenyum tanda setuju dengan keputusan ayahnya.

Dengan hati yang berat Roy Razak tetap mengemas pakaiannya dan memaksa ahli keluarga yang lain turut serta untuk pulang ke kampung hari ini.Dia ketawa kecil melihat gelagat isterinya yang masih membebel walaupun ligat memasukkan bekalan alat solek sehingga memenuhi bagasi.

Semuanya berjalan lancar.Setiap seorang daripada mereka turut membawa perasaan masing-masing.Ada yang gembira, ada yang sedih dan yang paling menyampah ialah isterinya sejak dari mula lagi.

Tanggungjawab untuk menjaga rumah agam mereka selama dua minggu telah diberikan kepada bibik Rossy, orang yang mereka percayai.Sebenarnya mereka tidak perlu risau kerana setiap tahun Encik Roy Razak menghabiskan jutaan ringgit untuk pembaharuan sistem keselamatan rumah mereka.Dengan berbekalkan lebih seratus biji cctv dikeliling rumah, penggera anti bencana, cermin kalis peluru dan cuaca, benang renjatan elektrik lutsinar, pondok pengawal bersenjata, bilik kebal dan lain-lain menyebabkan tiada siapa yang berani memecah masuk mahupun menghampiri perkarangan rumah 'selamat' mereka.

Jiran-jiran mereka menggelar keluarga Encik Roy Razak sebagai 'keluarga anti soSIAL' sementara mereka turut berlumba lumba meninggikan tembok rumah masing-masing.Bak kata pepatah,'paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.'Jadi disebabkan hal itu la Encik Roy Razak ingin pulang ke kampung untuk merehatkan minda.Sudah lama dia tidak merasa masakan ibunya dan mendengar gelak tawa orang-orang kampung disitu.

Perjalanan mereka agak jauh dan paling ayahnya tidak suka apabila terpaksa melalui jalan Karak.Encik Roy Razak ni amatla percaya dengan benda-benda mistik ini, pantang bercerita tentang hantu pasti malam itu isterinya terpaksa berjaga sehingga subuh kerana menemaninya supaya dapat tidur lena.Bila dah tidur tiba-tiba terjaga menung sorang-sorang dan menangis, perangai serupa budak marah isterinya.Tapi itula perangai manja yang membuatkan hati Honeydew terpikat sejak dari bangku sekolah.

Disebabkan perasaan takut, Encik Roy Razak memecut laju vellfire miliknya sepanjang perjalanan sehingga tiba di kampung pada waktu petang.

***********************************
All the single ladies
All the single ladies
All the single ladies
All the single ladies
All the single ladies
All the single ladies
All the single ladies
Now put your hands up~

Sambil menyanyi terpekik pekik didapur dan begelek sakan ialah neneknya.Apabila dengar khabar bahawa anak lelaki kesayangannya ingin pulang terus dia memasak bermacam hidangan seperti tiada hari esok.

Oh, oh, oh
Oh, oh, oh, oh, oh, oh
Oh, oh, oh
Oh, oh, oh
Oh, oh, oh, oh, oh, oh
Oh, oh, oh

Nyanyian terhenti sejurus mendengar enjin vellfire keluarga anaknya memasuki perkarangan rumah.Dengan ikan masih berguling guling di dalam minyak panas neneknya endahkan dan terus berlari menyambut mereka di depan pintu almaklumlah jarak dapur dengan ruang tamu sangat jauh jadi makan masa jugaklah untuk neneknya sampai ke pintu.

Rumah neneknya sangat besar dengan senibina yang paling moden dalam kampung, terima kasih pada anaknya yang amat prihatin dalam melakukan tanggungjawab terhadap ibu bapa.

*********************************

Malam itu mereka makan besar.Hampir sahaja neneknya ingin membuat kenduri doa selamat kerana makanan yang terlalu banyak sebelum sempat dihalang oleh anaknya.

"Mak, kenapa masak banyak-banyak ni?"

"Kamu kan dah lama tak rasa masakan mak, haaa tambah la lagi." Sambil emaknya menuang semangkuk gulai kedalam pinggan anaknya.

"Banjir mak!" Menjerit anaknya apabila kuah gulai ikan menitik nitik dari pinggannya ke meja dan lantai rumah.

**********************************
Sepanjang malam mereka berbual.Menonton berita.Berbual lagi.Dan berbual.

Di dalam bilik, Strawberry sudah lama masuk ke alam mimpi penat barangkali.Di katilnya penuh dengan bantal dan teddy bear seperti yang dimintanya sebelum pulang ke kampung.Neneknya membeli teddy bear gergasi khas untuknya.

Anak lelaki Encik Roy Razak pula sedang berendam di dalam tab mandi.Disebabkan wajahnya yang tampan bak model di kaca TV, dia selalu membuang masa di dalam bilik air untuk membersihkan diri.Produk-produk penjagaan rupa parasnya melebihi emak dan kakaknya sendiri.Ramai juga peminatnya di sekolah sehingga para jejaka turut terpikat dengan kehenseman Vanilla.

************************************
TV terpasang di ruang tamu sambil menayangkan siaran berita lewat malam sementara semua penghuni rumah telah tidur.Suara pembaca berita sangat jelas disebabkan keadaan rumah sangat sunyi sambil matanya merenung tajam penghuni-penghuni rumah yang terlentang di hadapan televisyen.

hihi.


LELAKIWhere stories live. Discover now