PROLOG
BIBIR dikebam dengan begitu rapat, jemari pula menggenggam hujung bantal sekuat yang mungkin dalam menahan kesakitan tatkala air ketuban telah pecah.
Dirinya tidak seperti pasangan yang lain, masuk dengan ditemani pasangan. Tetapi dia hanya sendirian. Dan lelaki itu pula hanya bersilang kaki menatap skrin telefon dibangku menunggu.
“I said push .. You push ok” arah doktor tersebut. Tiada kata yang mampu dia luahkan lagi. Hanya lelehan airmata sebagai penemannya kini.
‘Kesakitan yang aku alami ini, tidak sesakit jiwa ini..’
“Push!!”
Ergh.. Ergh.. Ergh!
“Push Kyla Push!”
“Kyla awak kena teran.. Jika tak anak awak akan mati kelemasan!” celah jururawat pula. Kyla tetap tidak mahu meneran.
‘Apa guna aku lahirkan anak ini jika tiada berbapa.. Biar dia mati saja dalam perut ku..’ tekadnya dalam hati. Sampai hati kau Adam!
“Kyla please push!”
“Doktor!” laung jururawat yang sedang melihat paparan skrin. Tiada sebarang pergerakan lagi. Suasana semakin cemas dengan pendarahan yang banyak.
“Kita tiada cara lain..” ujar doktor muda tersebut lalu dia terus mengarahkan para pembantu, supaya bersiap-sedia untuk melakukan pembedahan. Jika tidak dilakukan pasti akan membahayakan nyawa Kyla sendiri.
Kyla yang sememangnya telah pengsan terus dibawa ke bilik pembedahan. Tanpa mereka semua sedari, airmata Kyla meleleh lagi dengan sendiri.
Pintu terbuka luas, streatcher yang membawa Kyla lalu di hadapan Adam. Namun, matanya tetap tertumpu pada skrin telefon. Sesekali dia merungut kenapa lambat!
Namanya dipanggil seseorang dari arah belakang. Adam yang sedang berdiri di kaunter dan berwajah cemberut terus memusingkan badan. Doktor yang dalam pakaian serba biru itu menanggalkan face mask sambil melangkah ke arah Adam.
“Maafkan saya, saya telah cuba sedaya-upaya untuk menyelamatkan anak Encik, namun ternyata si kecil itu, lebih disayangi oleh Allah. Hanya isteri Encik Adam yang selamat”
‘Wife? Huh!’
“Encik Adam!”
“Hah, ya. Tak mengapalah saya redha atas kehendaknya. Masih boleh mencuba lagi…”
“Sekali lagi saya memohon maaf, rahim isteri Encik terpaksa kami buang kerana dia mengalami ketumbuhan”
DUA BULAN BERLALU,
“APALAH nak jadi dengan keluarga kita bang.. Lepas satu, satu musibah yang menimpa pada anak-anak kita. Baru saja kita kehilangan Rina, kini Kyla pula jadi begini. Ya Allah!”
“Sabarlah yang.. Apa yang telah terjadi pada kita, dugaan buat kita. Percayalah ada hikmah disebalik semua ini. Biar Allah sahaja yang membalasnya..”
“Sampai hati Adam buat Kyla begini. Dia tak kasihan ke lihat anak kita jadi begitu? Dasar lelaki pengecut!” bentak Puan Aisya benar-benar marah.
“Yang, anak kita pun bersalah juga. Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Kita dah bagi ajaran agama secukupnya pada Kyla. Tapi dia.. Dia sendiri yang cari bahana.”
“Tapi dia tetap anak kita bang.. Kita harus nikahkan mereka bang. Walau apa pun terjadi.. Adam harus bertanggungjawab! Anak kita bukan permainan bang suka dimainkan, tidak suka dicampak merata-rata!”