LAMA Adam merenung tubuh gadis yang sedang membelakanginya itu. Menelan air liur tatkala, melihat keayuan gadis berambut ikal dan berbaju kurung kapas bertanahkan warna putih dan bercorak bunga ros itu membancuh air minuman.
“Eh, bos.. Bos nak minum apa? Boleh saya bancuh sekali,” ujar Adda tersenyum dengan mug ditangan. Dia yang ingin kembali ke kubikel terkejut dengan kehadiran majikannya itu.
“Tak apa, aku boleh buat sendiri. Sila ketepi sedikit!” Adam menjawab dengan angkuh. Dia tidak mahu standard nya jatuh sekarang. Biar dahulu…
Adda hanya mampu tersenyum kambing. Dia hanya mahu berbudi tapi nampak gayanya telah tersilap orang. Adda terus memberikan lelaki itu laluan. Terpejam seketika mata Adda saat menghidu bau haruman tubuh sasa tersebut.
“Ehem!” Adam sengaja berdehem. Bukannya dia tak tahu bahawa Adda juga telah mula tertarik padanya. “Hah!” Adda yang terkejut dan malu dengan kelakuannya itu, kelam-kabut berjalan keluar dari pantri.
“Comel juga Adda ni ya?” soal Adam pula tersenyum sendirian sambil membuka tin milo.
“Eh kau kejap!” panggil seseorang yang nampak akan ulah pasangan itu tadi. Rasa cemburu mulai terbit biarpun dia tahu gadis itu hanya melayan sebagai majikan. Adda tersenyum pada Ivy Loh lalu menyoal apa yang boleh dia tolong.
“Aku nampak apa yang berlaku tadi. Dan aku cuma nak pesan, kau hati-hatilah dengan CEO kita tu. Dia tu buaya! And for your information im his lover so take note ya..” ujar Ivy sambil berpeluk tubuh dan merenung tubuh yang dia rasa too kampung itu dengan cara yang penuh dengan ejekan.
Senyuman Adda menghilang setelah menerima pernyataan umpama amaran itu. Dia datang ke situ hanya untuk menjalani latihan praktikal dan tiada niat pun mahu bercinta apatah lagi mahu merampas!
“Thank you.. Jangan risau okay saya ke sini atas tujuan praktikal je. Lagipun saya muda lagi lah kak..” ujar Adda sengaja menekan perkataan kak. Roman Ivy pula yang berubah kini. Dia menghantar perjalanan Adda ke kubikelnya dengan satu jelingan menyampah. Ivy juga menapak ke arah yang sama.
“Excuse me.. I juga muda lagi ok!” ujarnya agak kuat ketika melalui kubikel Adda Susanti. Beberapa mata yang memandang menunduk apabila Ivy mengerling marah. Adam nampak apa yang berlaku lalu dengan selamba dia mendekati kubikel Adda.
“Adda masuk sekejap ada kerja aku nak bagi kau selesaikan,” ujar Adam lalu mengerling Ivy Loh. Dan gadis peranakan itu pula tertunduk dan terus ke meja kerjanya. Adda mengangguk bingkas bangun sambil mencapai buku notanya.
“Nampak gayanya kau ada pencabar” ujar Rina dari mejanya. “Huh, Rina, Rina ini Ivy lah! Takpe ada cabaranlah best!” sahut Ivy berasa geram dengan sindiran tersebut.
“Adam.. I will make sure that one day you will knee to me..” ujar Ivy tersenyum pada cermin bedak kompeknya. Lipstik disapu lagi biar bibirnya itu dapat mengalahkan bibir Angelina Jolie takpun Kilafairy!
Manakala Adda pula, masih lagi ternanti-nanti apa tugasan tersebut. Adam pula sengaja mahu melengahkan masa gadis itu keluar. Dia tidak mahu Ivy tahu tujuannya memanggil itu, sekadar lakonan bagi menyelamatkan gadis yang sedang berdiri di hadapannya itu.
“Erm.. Bos kata ada tugasan untuk saya? Apa ia ya?” soal Adda yang perlu juga tahu. Dia tak mahu membazirkan masanya dalam kamar mewah tersebut, sedangkan sedangkan atas mejanya masih ada lagi beberapa buah fail yang perlu dia selesaikan dengan secepat mungkin dan notanya lagi.
“Oh, hah tugasan ya. Lupa pula aku. Herm.. Kau nampak tak kabinet tu? Berselerakkan? Aku mahu kau kemaskan mengikut abjad serta tarikh boleh?” Adam memerintah sambil mengerlingkan matanya ke arah kabinet di sebelah kirinya itu.