BAM!
“Kus semangat! Adda kau dah kenapa? Tak reti bukak slow ke dah?” sindir Rya sambil mengesat bibirnya yang terkena percikan ais krim Malaysia, kerana terpicit akibat terkejut mendengar bunyi hentaman tersebut.
“Rya, apalah nasib aku rini jumpa mamat selenga tuh!” bentak Adda menghenyakkan punggungnya atas sofa berdekatan Rya. Terangkat Rya kerana tubuhnya yang kurus itu.
“Mamat selenga mana pulak ni? Cer citer kat aku apa dah jadi? Nah! makan dulu bagi sejuk..” ujar Rya sambil mengigit plastik ais krimnya ketika bercakap. Ais krim perisa Mocha dihulurkan.
Laju tangan Adda mengambilnya dan terus gigit pada hujungnya sehingga keluar air. Setelah disedut sehingga separuh, baru sejuk sedikit perutnya yang kepenatan berlari ke sana sini.
“Sejuk dah?”
“Nasib aku pada hari ini ada malang dan ada baik. Aku citer yang baik dulu ok. Aku dah tolong selamatkan sorang pak cik ni, beg nya diragut. Kau tahukan aku macamana kalau nampak perkara sebegitu. And kau nak tahu tak apa dia bagi?”
“Apa dia?”
“Pak cik yang aku tolong ni orang korporat sebenarnya.”
“Bukan keparat?”
“Kau nak dengar tak ni?”
“Hihihi ok ok..”
“Dia bagi aku jadi intern kat syarikat tempat dia bekerja. Tak silap aku nama syarikat tu Jeff Holding. Pastu kan dia bagi aku wang pula. Tapi tula, sebelum aku tolong dia.. Aku bertemu dulu dengan satu mamat ni. Nak dijadikan cerita, aku pi satu cafè ni dahaga kot. Entahlah tak pasti salah siapa, aku dah minta maaf. Tapi, mamat ni punyalah berlagak.. Macam-macam dia kata aku kau tau! Psiko pun ada juga aku tengok.. Paling aku berangin dia kata aku sial!”
“Hah sial?! kuang ajaq… Kuang ajaq!” Rya terus mencelah sambil menjegilkan mata yang sememang galak. Tergayut-gayut plastik aiskrim dimulutnya ketika dia sedang bercakap.
“Kan.. Mana aku tak naik angin. Aku pun apa lagilah kan.. Duit tu aku ganti baju dia lah.. Bukan nak berterima kasih? Hentam aku lagi adalah! Tobat wei tobat!”
“Tak sangka ya, rupa-rupanya ada lagi ya manusia seteruk itu. Tapikan kacak tak? Sado? For sure anak load! Kalau takkan lah kemeja pun walla harganya..”
ujar Rya kini telah pun bersila lalu menghadap Adda. Adda hampir tersedak dan sedikit lagi mahu tersembur.
“Kalau kacak dan sado tapi perangai macam hampeh buat apa wei? Buek habih boreh jo..” Adda menyahut sambil memicit baki aiskrim sehingga ke atas. Rya yang masih dok mengigit plastik kini menariknya keluar dari mulut sambil terangguk-angguk.
“Betul jugak tu. Eh, lupa pula aku nak sampaikan sesuatu. Kenalkan Ery budak masscom? Dia kirim salam dan ini” ujar Rya seraya menarik sampul biru dari bawah pahanya.
“Kau duduk atas surat aku?”
“Hihi”
“Pelik pula aku, kenapa sampai kirim surat bagai?” Adda melontar soalan sambil jemarinya laju mengoyak sampul. Rya makin panjang tengkoknya ingin melihat isi dalamnya.
Uhuk Uhuk!
“Old school lah..” ujar mereka serentak tatkala lipatan telah terbuka berterbangan hablur-hablur kecil serbuk bedak talkum.
“Takpe wei ini baru dikatakan rare!” sampuk Rya kembali. Rya juga tahu personaliti si pengirim. Siapa yang tidak kenal dengan budak Nerd paling pandai itu. Seringkali menerima Anugerah Dekan. “Dia tulis apa wei? Ceritalah kat aku .. Aku pun nak tau jugakk.”
![](https://img.wattpad.com/cover/163231786-288-k314780.jpg)