BAB 3

139 2 0
                                    

LIZZY yang telah ditutupkan matanya telah dipimpin oleh Adam Rycarl untuk menuju ke meja mereka.  Dari ruang legar, gadis jelita bergaun panjang terbelah dipaha dan belakang yang terdedah, telah menjadi tarikan para pengunjung dalam  hotel terkemuka tersebut.

  Apatah lagi dengan kehadiran CEO terkenal Adam Rycarl.  Banyak mata-mata yang mengambil kesempatan untuk mencuri pandang pada  pasangan itu. Terutamanya kaum hawa ada yang teruja tak kurang juga yang cemburu.

   Dan ini, termasuklah seorang gadis yang baru keluar dari dalam lif.  Matanya masih lagi melekat pada pasangan yang sedang menapak ke arah kolam renang.

 “Tak guna, patutlah kau tak nak jawab panggilan aku..  Rupa-rupanya dengan skandal yang baru..” ujar Sophea sambil merenyukkan tisu.  Wajah cemberutnya tidak lama setelah minda terpikirkan sesuatu.

   Sesuatu yang pasti akan memalukan pasangan tersebut.  “Hei perempuan, kau ingat kau dah cukup bagus dapat bergandingan dengan Adam,hah?  Ini Sophea lah! Top Model…” ujarnya lalu menapak ke destinasi yang telah dia fikirkan.

  “You… Mana you  nak bawa i ni?  Lama dah i  rasa kita berjalan,” ujar Lizzy agak kekok berjalan pabila telapak tangan Adam masih menutupi mata.  Adam tersenyum lalu membisikkan sesuatu ke telinganya. Makin lebar senyuman gadis seksi itu.

   “Bila i kata langkah, langkah ok,” pinta Adam masih lagi memimpin Lizzy dan kini mereka telah pun sampai ke kolam renang.  Tetapi terpaksa menapak lagi sehingga sampai ke tangga utama dan menaikinya.

    Dari jauh,  api lilin meliuk-lentok kala ditiupi angin malam.  Kuntuman bunga-bungaan segar yang terdiri dari pelbagai warna dan haruman kini  kelihatan cukup indah dekorasinya disekeliling meja dan disetiap sudut dalam kanopi putih itu.

   Lampu  Chandeliar pula yang telah digantungkan di bahagian tengah bumbung kanopi,   menambahkan lagi suasana romantis dalam kanopi tersebut.

   Di atas meja pula,  kesemua penutup bekas  aluminium yang telah diisikan dengan makanan,  telah pun dibuka oleh para petugas yang menjaga di dalam kanopi tersebut setelah  melihat akan kehadiran pasangan romantis tersebut.

 “Okay, langkah you..”  pinta Adam pada Lizzy. Perlahan-lahan gadis yang memakai sandal  bertumit tinggi  dalam 5 inci itu, terus melangkah menaiki anak tangga batu yang hanya sebanyak tiga lapis  sebelum sampai ke meja.

 “Okay.. When i count until three you can open your eye...1...2...3...Surprise!”  teriak Adam Rycarl setelah para petugas meninggalkan mereka berdua.   Lizzy terpegun melihat keindahan kanopi dan lidahnya pula kelu untuk berkata-kata.  Kedua-dua belah telapak tangan diangkat lalu menekup mulutnya.

 “Sayang!!”  teriaknya bagaikan tidak percaya dengan apa yang ada di depan matanya kini.  Adam Rycarl telah pun menarik kerusi dan mempersilakan gadis jelita itu duduk.

  Tanpa mereka berdua sedari,  ada seseorang yang sedang memerhatikan ulah mereka dalam keadaan yang cukup marah.  Namun, perasaan itu hanya seketika apabila matanya tertunak pada Lizzy yang sedang meneguk air minuman.  Entah kenapa bibirnya tersenyum senget.

  “Thank you sayang for our lovely candle light dinner…”  ucap Lizzy  sambil mengeratkan lagi pegangan tangan mereka.  Kepalanya mulai berdenyut tanpa sebab, pun begitu Lizzy malas mahu melayan rasa sakit itu.  Keterujaan mengatasi segalanya.

 “A special dinner for a special?”  kata-kata tersebut terpaksa dia hentikan apabila melihat gadis jelita di hadapannya itu terlentok dan tidak sedarkan diri.   Adam Rycarl kelihatan cuak dan keliru apa yang telah berlaku pada Lizzy, sedangkan tadi kekasihnya itu, dalam keadaan stabil dan  elok sahaja.

DIA CEO HATIKUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang