BAB 5

1.8K 29 0
                                    

BUNYI suara ketawa di ruang tamu buat Saif yang sedang menonton TV di ruang menonton terteleng-teleng ke arah itu. Suara lelaki dan perempuan. Dia kenal sangat suara-suara itu. Reza dengan Zara.

Amboi, sakan betul bergelak ketawa! Mengganggu ketenteraman awam betullah, getus Saif dalam hati.

Bila suara ketawa itu semakin kuat, Saif bangun dan menapak ke ruang tamu. Darah dah naik ni! Sampai di situ, dia tengok Reza dengan Zara bergelak tawa macam orang kena sampuk. Huh!

"Hoi, boleh diam tak? Aku nak tengok TV."

Sergahannya buat mereka berpaling ke arahnya serentak. Reza masih lagi ketawa dan Zara menyeringai macam kerang busuk. Eii, cabut gigi tu kang! getus Saif, sebal.

"Aik, kita orang borak sini. Tak kacau kau pun," caras Reza dengan ketawa yang masih bersisa.

Dia ketawa sebab Zara bercerita tentang pengalaman pertamanya tengok cerita seram di panggung wayang. Dia menjerit sampai terpeluk orang sebelah. Laki orang pula tu! Nasib baik tak kena ganyang.

"Kalau nak borak pun boleh tak jangan ketawa macam orang bela saka? Aku nak tengok TV pun tak senang." Saif kecil-kecilkan matanya merenung Reza dan Zara silih berganti.

"Erm, Abang Saif pun joinlah kita orang borak. Kan dah lama kita tak jumpa. Banyak benda Zara nak cerita ni tau. TV tu bila-bila pun boleh tengok, kan Abang Reza?" kata Zara dengan girangnya.

Pandangan garang Saif cuma dibalas dengan senyuman. Dia tahu Saif memang suka tunjuk garang, tapi sebenarnya dia baik orangnya. Saif pernah selamatkannya daripada serangan sekumpulan tebuan kira-kira 10 tahun lalu. Ketika itu dia berusia 13 tahun dan Saif berusia 15 tahun. Peristiwa itu tidak pernah luput daripada ingatannya. Saif peluk dia rapat-rapat, mahu melindunginya daripada disengat lebah.

"Kau simpan ajelah cerita kau tu. Aku tak berminat nak dengar," getus Saif.

Macamlah cerita hikayat 1001 malam. Cerita bodoh saja kut. Si Reza pun satu hal juga. Suka sangat melayan minah kepoh tu! getus Saif sambil mengayun langkah meninggalkan mereka berdua di situ.

"Eii, perangai Abang Saif tu memang tak pernah berubah, kan? Masih tak reti nak bergaul dengan orang. Asyik marah-marah aje," omel Zara sebaik sahaja Saif hilang daripada pandangan. Bibirnya muncung sedepa.

Sejak dia datang, Saif tak pernah cakap baik-baik dengannya. Asyik tayang muka ketat saja. Macam tertelan belacan besar penumbuk. Huh!

"Dia memang macam tu, Zara. Kalau Zara nak tahu, dia tak tahu buat benda lain selain daripada kerja. Dulu sibuk belajar, sekarang sibuk kerja pulak. Sebab tulah tak reti bergaul dengan orang. Dia cuma reti bergaul dengan buku, dengan kerja aje. Kalau dia buat dua benda tu, dia tengok TV aje," balas Reza sambil mencicip Milo di dalam muk.

Zara bukan orang pertama yang kompelin tentang perangai poyo Saif. Dah ramai sangat yang kompelin. Dia pernah juga cuba kenen-kenenkan Saif dengan beberapa orang kawan perempuannya. Tapi, Saif tolak mentah-mentah.

Pendek kata, Saif tak pernah ada pengalaman bercinta. Sebab itu, hatinya keras macam simen. Lebih-lebih lagi dengan perempuan.

"Bukan tak reti bergaul aje. Nak senyum pun tak reti..." tokok Zara membuatkan ketawa mereka bersatu lagi.

Reza beria-ia mengangguk. Setuju dengan kata-kata Zara.

"Tapi, dialah abang yang paling baik dalam dunia ni tau," kata Reza dan kata-katanya buat Zara angguk perlahan.

ZARA sedikit teragak-agak mahu mendekati Saif yang kelihatan ralit menonton TV. Khusyuk sungguh! Langsung tak toleh kiri dan kanan. Cerita Hindustan saja kut.

KALAU BETUL SAYANGTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang