Imbas Kembali

40 2 0
                                    

Usai solat subuh Zack membaca kitab suci al-Quran.Itulah rutin harian zack.Selesai habis membaca al-Quran,Zack terus mengambil surat-surat yg terletak di atas meja.Surat tersebut merupakan coretan daripada salah seorang insan yang banyak merubah Zack ke arah kebaikan.


Setiap pucuk surat tersebut,mempunyai isi kandungan yang baik hasil tulisan daripada tulisan insan tersebut.Sudah lama Zack tidak menemuinya.Zack teringat akan pada tahun itu,dia akan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Zack merupakan nama popularnya di kalangan kawan-kawan mahupun guru-guru di sekolah.Nama sebenar Zack ialah Muhammad Zaqwan Bin Zaidi.Dia merupakan seorang murid yang dikenali dengan sikap yang ringan tulang untuk membantu guru-gurunya walaupun sikapnya agak nakal.

Zack bersiap-siap untuk ke sekolah dengan menggayakan rambut mengikut fesyen terkini dengan menggunakan 'Pomade Hipster' yang baru dibeli oleh abinya di Pasaraya Tesco pada minggu lepas.Selepas siap mengemas diri,Zack bersarapan dahulu sebelum ke sekolah pada hari pertama persekolahannya untuk tahun ini.

Dia tidak sabar mahu berjumpa dengan rakan-rakannya yang sudah lama tidak berjumpa.Maklumlah,sepanjang cuti persekolahan Zack menghabiskan masa di kampung halamannya bersama Tuk Ma dan Tuk Pa.

Bukan itu sahaja,Zack juga dihantar ke pelbagai kem motivasi jati diri mahupun islamik oleh abi dan umminya.Sepanjang cuti persekolahan tersebut,Zack menghabiskan masanya dengan perkara yang berfaedah dan bukannya dengan berfoya-foya ataupun melepak sana-sini seperti kutu rayau.

Sesampai sudah di sekolah,Zack terus memasuki dewan bagi menghadiri perhimpunan rasmi sekolah.Tiba-tiba Zack terdengar suara yang memanggil namanya.Rupa-rupanya sahabat baiknya iaitu Zul."Eh dah lama kan kita tak berjumpa ?Kau sihat ?" tanye Zul pada Zack."Hmm....memang dah lama kita tak jumpa.Kau mesti rindu aku kan?Hahaha...aku dah agak.Aku sihat alhamdulillah" jawab Zack.

Mereka berdua menghabiskan masa untuk bercerita aktiviti masing-masing ketika cuti persekolahan sebelum perhimpunan berlangsung.Selepas perhimpunan,semua murid dikehendaki memasuki kelas masing-masing bagi pembelajaran dimulakan.

Seperti biasa pada hari pertama persekolahan,setiap guru kelas tingkatan wajib mengadakan pemilihan ketua kelas dan penolong kelas.Bagi kelas 5 Delima,guru kelas tingkatan mereka iaitu Cikgu Mazlee yang merupakan cikgu matapelajaran bagi subjek ekonomi asas terus melantik ketua kelas dan penolong kelas.Adam dilantik sebagai ketua kelas manakala Hana dilantik sebagai penolong kelas.

Surat Cinta Yang Tak BerbalasWhere stories live. Discover now