Hari demi hari,Zack semakin rapat dengan Hana.Hampir setiap hari,Zack akan menghantar mesej melalui aplikasi 'Whatsapp' kepada selepas habis waktu persekolahan.Itu sahaja cara dan idea Zack untuk merapatkan hubungannya dengan Hana.Baginya,dia mahu mengenali tingkah laku,hati dan diri sebenar Hana.Zack juga sudah jatuh hati pada Hana kerana sikapnya yang baik hati dan juga disenangi oleh semua guru di sekolah.
Hana bukan sahaja baik malah sentiasa memberi semangat kepada Zack ketika dia berasa sedih dan juga gembira.Dia juga sangat dihormati oleh semua rakan-rakannya yang lain.Hana juga seorang pelajar yang cemerlang.Dia mendapat keputusan yang cemerlang begitu juga dengan Zack.
Sejak berkawan rapat dengan Zack,Hana mula tertarik dan suka akannya.Mana tidaknya,Hana selalu belajar bersama Zack ketika waktu rehat di kantin dan juga selepas habis waktu persekolahan.Hari demi hari,persahabatan mereka makin erat dan rapat.
Zul tidak menyenangi akan tingkah laku dan perbuatan Zack.Dia berasa iri hati terhadap Zack kerana rapat dengan Hana.Dia juga berasa iri hati pada Hana,ini kerana Zack sudah tidak meluangkan masa bersama sebagai kawan baik.Zul juga kecewa kerana sudah tiada kawan baik yang selalu bersamanya.
Ketika di dalam kelas,Zul tidak menegur Zack walaupun duduk bersebelahan.Zul mahu melihat reaksi kawan baiknya itu sama ada menegurnya ataupun tidak.Namun,Zack tidak menegur dan bercakap dengan Zul sama sekali.Zack hanya bergaul bersama Hana sahaja di dalam kelas.Zack juga sentiasa bersama Hana setiap hari di sekolah dan juga di luar sekolah.
Bagi Zul,Zack sudah berubah hanya kerana seorang perempuan.Zack juga tidak seperti dulu yang berkepit dua puluh empat jam bersama Zul.Bermain bola sepak,bermain gitar,belajar,makan,berkongsi masalah dan cerita bersama-sama.Namun kini hanya tinggal kenangan.Zul berasa amat terkilan akan sikap kawan baiknya yang kian berubah hari demi hari hanya kerana untuk Hana.
YOU ARE READING
Surat Cinta Yang Tak Berbalas
RomanceMencintai merupakan fitrah bagi setiap manusia.Tetapi bercinta merupakan suatu perjuangan.Jikalau megenggam sekuat mana pun ikatan cinta,namun ia akan terputus jua jikalau sudah tertulis bukan alamatnya.