Khai P. O. V
Aku menyentuh dada. Sakit dan perit. Dua keping kad yang masih di dalam pegangan, aku pandang lagi.
"Eh, tak jadi dating ke?" Mendengar suara Lia, terus sahaja aku mendongak.
"Bila masa aku kata aku nak keluar dengan dia?" Aku menapak menjauhi pintu dan menuju ke arah meja study.
"Habis tu, pakai macam ni? Bukan nak keluar ke?" Tanya Lia.
"Memanglah, tapi bukan dengan Sya. Aku ada hal lain." Balas aku. Kunci dan helmet motor aku capai.
Sampul Kad yang tertulis nama aku, aku tampal pada papan dihadapan meja. Sekali lagi, hati aku dirundung suatu perasaan. Tulisan tangan tersebut aku usap perlahan.
"Oi, surat apa tu?" Suara Lia yang berdiri di sebelah menyentakkan aku. Dia turut sama memandang ke arah sampul yang baru aku sentuh.
"Nah! Sya bagi. Dia jemput datang majlis." Aku menyerahkan sampul seperti yang dipinta oleh Syakila tadi.
"Majlis apa? Birthday? Untungkan jadi anak orang kaya, birthday pun nak buat kad jemputan bagai." Sambil membebel, tanggannya tetap menyambut huluran aku.
Aku tersenyum nipis.
"Fulamak!? Tunang? Weh, kau tak bagitau aku pun kau dah jumpa parents Sya. Siap dah set tunang lagi. Sampai hati kau kan." Lia menjerit teruja sebaik mengeluarkan isi sampul itu.
'Kalau lah apa yang kau cakap tu boleh jadi kenyataan, akulah manusia paling gembira sekarang ni Lia.' Aku berbisik di dalam hati. Hati aku dirundung sebak.
"Macam mana aku nak bagitau, kalau aku sendiri pun baru tau Sya nak bertunang." Mata aku mula berkaca.
Lia pandang aku bersama kerutan didahi. "Maksud?"
Aku tersenyum pilu. Kad jemputan pada papan aku pandang.
"Kalau ni majlis aku, takkan aku pun dapat kad jemputan kan?" Aku kekal memandang papan sehinggalah...
Bam!!!
Pintu ditolak kuat dari luar. Serentak kami berdua berpaling.
"Sayang!?" Panggil Lia
"Elly!?" Tegur aku pula. Elly kelihatan tercungap-cungap, mungkin kerana dia berlari untuk datang ke bilik aku.
"Khai! Sya nak bertunang dengan Hisyam." Jerit Elly dihadapan pintu. Aku tertunduk.
"Hah!?" Teriak Lia, dan barulah dia membuka kad jemputan tersebut.
"Aku dah tau, tadi Sya datang bagi kad jemputan." Ucap aku berat. Aku terduduk di atas katil. Terasa sudah tidak mampu untuk berdiri, lemah.
"Apa semua ni Khai? Bukan kau dengan Sya..."
"Kami dah lama putus." Aku menunduk memandang lantai. Sumpah sakit!
"Macam mana boleh?"
"Aku yang putuskan." Suara aku seakan berbisik. Terasa perit pada kerongkong akibat menahan sebak yang semakin menyerang.
Lia mengurut dahi, tidak percaya. Elly sudah masuk ke dalam bilik dan berdiri disisi buah hati nya, Lia. Belakang tubuh Lia digosok lembut.
"Aku tak faham lah. Selama ni kau yang jaga dia, sayang dia, cintakan dia... Then dengan senang kau break. Apalah guna effort yang kau buat untuk dia selama ni?" Lia masih menggeleng.
"Aku terpaksa Lia..." bisik aku lemah bersama setitis airmata yang mula mengalir.
*****
Aku melihat satu persatu gambar pada galeri telefon. Gambar-gambar aku dan dia yang pernah tersenyum ceria, bersama. Aku ikut tersenyum apabila tiba pada gambar Syakila yang tersenyum manis. Aku masih ingat bila gambar ini aku tangkap.

ANDA SEDANG MEMBACA
Only you, my love! (GxG) {COMPLETED}
Romantik"Aku tak main-main Sya! Sungguh aku cintakan kau. Dari awal aku jumpa kau, aku dah mula sayangkan kau, cintakan kau." - Khai- Khairun Rafiqi, kerana cinta dia sanggup lakukan apa sahaja untuk kekasih hatinya. Apa sahaja, biarpun hatinya sendiri yan...