~BWP - 01~

58 5 0
                                    

Pada suatu pagi yang indah dan nyaman..

"Noona!!.. Mana baju Min?!" jerit Min dari dalam bilik yang baru sahaja selesai mandi.

"Noona dah letak dekat atas katillah!!.." balas Youngri yang sedang sibuk membuat sarapan untuk mereka bertiga.

Min mengambil baju yang telah disediakan oleh Youngri lalu memakainya.

Xin membantu Youngri menyiapkan sarapan. 

"Apa yang noona nak masak??.." soal Xin lalu mendekati Youngri.

"Nasi goreng kimchi~.. Xin kena tolong noona.. Kalau tak Xin tak boleh makan.." ugut Youngri.

"Nae~..." Xin terpaksa bersetuju untuk menolong Youngri membuat nasi goreng kimchi. 

~20 Minit Kemudian~

Min turun ke bawah dan terus pergi ke dapur.

Xin hidangkan sarapan di atas meja makan manakala Youngri pula mengambil jus oren di dalam peti sejuk.

Mereka bertiga duduk di meja makan dan terus makan sarapan yang ada.

      ^^Skip^^

Mereka bertiga berjalan di kawasan yang jarang orang lalui untuk pergi ke makmal omma dan appa mereka.

Mereka berhenti di lampu isyarat yang menunjukkan merah untuk penjalan kaki.

Ada beberapa buah kereta yang lalu di kawasan itu.

Sebuah kereta dari jauh sedang memecut dengan laju supaya dia tidak perlu berhenti di lampu isyarat tersebut.

Seorang kanak-kanak lelaki terus berlari ke tengah jalan untuk melintas tanpa memandang kiri dan kanan.

Tiba-tiba .... 

(Kedengaran kuat bunyi tayar bergeser dengan jalan)

DEDUSH!!

.................

   ^^Skip^^

"Annyeonghaseyo~..omma~ appa~.." sapa Youngri sambil tersenyum.

Mr.Park dan Mrs.Park membalas senyuman Youngri.

"Omma.. Min nak pergi rehat kejap~" kata Min.

"Nae~.." balas Mrs.Park lalu mengusap kepala Min lembut.

Min berjalan pergi ke bilik rehat yang ada di makmal tersebut.

Min terus memasuki salah satu kapsul yang kosong untuk tidur dan berehat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Min terus memasuki salah satu kapsul yang kosong untuk tidur dan berehat.

.......

"Youngri.. Kenapa Min nampak penat sangat??.." soal Mrs.Park risau.

"Takde papelah omma.. Omma jangan risau.." balas Youngri sambil tersenyum.

Mrs.Park berasa lega mendengar kata-kata Youngri.

Youngri teringat akan peristiwa yang berlaku tadi.

^^FLASHBACK^^

DEDUSH!!

Kereta yang memecut laju itu telah merempuh sebidang tubuh kecil yang dimiliki oleh Xin.

"Xin!!..Hyung!!" jerit Youngri dan Min serentak.

Kereta yang merempuh Xin itu berhenti.

Pemandu itu panik, dia takut jika dia akan di hantar ke balai polis akibat melanggar seorang kanak-kanak.

Pemandu itu terus meninggalkan mereka bertiga dengan harapan tiada sesiapa yang melihat kejadian tersebut.

Jalan tersebut kembali sunyi kerana tiada sebuah kenderaan pun yang lalu mahupun penjalan kaki.

Youngri dan Min berlari ke arah Xin.

"Macam mana ni??" soal Youngri risau.

"Noona.. Gunakan kuasa heal noona yang appa baru beri tu.." arah Min.

"Tapi.. Noona tak pernah guna kuasa tu.. Appa belum ajar lagi.." kata Youngri.

"Min tahu macam mana.. Noona pegang dekat luka yang ada di kepala Xin hyung, lepastu noona pejamkan mata noona dan tumpukan perhatian noona.." arah Min lagi.

"Macam mana kalau tak jadi??.. Noona takut~.." soal Youngri dengan nada yang agak risau.

"Noona.. Buat apa yang Min bagitahu.. Percayakan Min.." pinta Min.

"Nae.." balas Youngri.

Youngri menurut apa yang dikatakan Min tadi.

Youngri percayakan Min kerana Min adalah seorang budak yang pandai dan dia tahu banyak tentang kuasa.

Min melihat ke sekeliling.. Dia ternampak ada sebuah kereta yang agak jauh dan bakal lalu di situ.

Min memegang Youngri dan Xin lalu memejamkan matanya.

Ya.. Akhirnya mereka bertiga berada di kawasan makmal omma dan appa mereka.

Youngri terus memulakan proses menyembuhkan Xin.

Manakala Min pula terduduk di atas tanah akibat kepenatan.

Tadi Min telah menggunakan kuasa tambahannya iaitu 'teleportasi'.

Satu cahaya keluar daripada tangan Youngri dan hanya beberapa saat luka di kepala Xin telah sembuh.

Xin tersedar dari pengsannya.

"Kita kat mana sekarang??.." soal Xin sambil memandang sekeliling dengan pandangan yang masih sedikit kabur.

"Kita ada dekat kawasan makmal omma dengan appa.." kata Youngri.

Xin menganggukkan kepalanya dan terus berdiri.

"Jangan bagitahu omma dengan appa pasal ni.. Ok?.." kata Youngri sambil mengangkat jari kelingking sebagai tanda janji antara mereka bertiga.

"Nae~.." balas Xin dan Min serentak lalu melakukan cara yang sama seperti Youngri.

Mereka bertiga terus masuk ke dalam makmal tersebut.

^^END FLASHBACK^^

"Xin.. Mari sini.. Duduk dekat kerusi ni.." arah Mr.Park kepada Xin.

Xin pergi ke arah appanya dan duduk di atas kerusi yang juga pernah diduduki oleh Youngri dan juga Min.

"Xin dah sedia untuk dapat kuasa baru?.." soal Mr.Park.

"Xin dah sedia appa..Xin tak sabar nak dapat kuasa baru macam noona dengan Min.." kata Xin teruja.

Mr.Park mengambil satu jarum suntikan yang sudah direndam dengan bahan anti-bakteria (author tak tahu..so author hentam saje..😅😂).

Mr.Park menyedut cecair yang berwarna biru kemerahan menggunakan jarum suntikan tadi.

Xin menelan air liurnya apabila melihat jarum suntikan yang dipegang oleh appanya.

"Xin tahan sikit ya.." kata Mr.Park lembut supaya Xin tidak takut.

"Nae.." balas Xin sambil cuba menenangkan dirinya.

Bagi Xin ini akan menjadi kali terakhir dia disuntik.

Xin memejamkan matanya dan akhirnya jarum itu selamat mendarat di tangan Xin lalu cecair itu mengalir ke dalam darahnya.


~TBC~

Ok.. Ni adalah ff author yang kedua.. Sorry kalau bosan and ada typo.. Hope korang suka.. Please support this story.. Comment dan vote sangat dialu-alukan.. Enjoy your reading..😊

BORN WITH POWERWhere stories live. Discover now