~BWP - 02~

25 3 0
                                    

~Di Makmal Mr.Park & Mrs.Park~

"Tolonglah.. Bagi saya ketujuh-tujuh cecair itu.. Saya memerlukannya untuk uji kaji saya.. Tujuh cecair tu ialah bahan yang terakhir saya perlukan.. Ia sepatutnya menjadi milik saya bukan milik kamu berdua!.." kata seorang lelaki yang berpakaian serba hitam.

"Saya tidak boleh bagi cecair ini.. Kami berdua yang mencipta tujuh cecair ini.. Jadi kami berhak untuk tidak memberikan tujuh cecair itu kepada encik.. Saya harap Mr.Kim faham dan pulang.." kata Mr.Park kepada lelaki yang dipanggil sebagai Mr.Kim itu.

"Kamu berdua pasti akan menyesal kerana tidak memberikan cecair itu kepada saya.. Saya juga akan pastikan anak kamu menderita atas kesalahan kamu.." kata Mr.Kim lalu keluar dari bilik makmal Mr.Park & Mrs.Park.

Kata-kata lelaki itu membuatkan Mrs.Park risau akan keselamatan anak-anaknya yang kini terancam akibat mereka berdua.

^^^^

Youngri, Xinyoung dan Minyoung berjalan menuju ke arah bilik makmal omma dan appa mereka.

Tiba-tiba mereka ternampak seorang lelaki yang tidak dikenali dengan pakaian hitam daripada atas hingga bawah.

Mereka bertiga berhenti apabila lelaki itu berhenti di hadapan mereka.

"Annyeonghaseyo~.." ucap mereka bertiga serentak lalu menundukkan badan mereka sebanyak 90 darjah tanda hormat mereka terhadap orang yang lebih tua.

Lelaki itu hanya memandang mereka dengan pandangan pelik.

Pelik dengan sifat fizikal mereka yang berlainan dengan kanak-kanak yang lain.

"Peliknya diorang bertiga ni.. Budak yeoja ni rambut coklat tu normallah tapi yang peliknya mata dia berwarna kelabu cerah.." detik hati Mr.Kim sambil memandang ke arah Youngri.

Mr.Kim mengalihkan pandangannya ke arah Xinyoung dan Minyoung pula.

"Budak lelaki berdua ni pulak yang sorang rambut warna merah, mata dia pulak merah keorenan.. Yang sorang lagi rambut dan mata dia dua-dua warna biru.." Mr.Kim sambung bermonolog seorang diri.

"Ahjeossi??.." panggil Minyoung sambil melambai tangannya di hadapan muka Mr.Kim.

Mr.Kim tersedar dari lamunannya dan memandang mereka bertiga.

"Ishh!.. Ke tepilah!.." kata Mr.Kim, oleh kerana ruangan laluan itu agak sempit dia terus menolak Xinyoung dan Minyoung ke tepi lalu beredar dari situ.

Youngri sempat menahan Xinyoung daripada terjatuh manakala belakang Minyoung telah berlaga dengan dinding makmal.

"Tak guna betul ahjeossi tu.." bengang Xinyoung sambil tangannya mengepal penumbuk.

Oleh kerana dek kemarahan yang membara terhadap lelaki itu, Xinyoung telah menyebabkan kuasanya menyelubungi diri.

Youngri yang tadinya memegang Xinyoung terus melepaskan pegangannya.

Ini kerana tangannya sudah hampir terbakar disebabkan Xinyoung.

"Aduhh.. Sakitnya tangan noona~.." adu Youngri sambil menunjukkan tangannya yang sudah merah akibat terkena api daripada kuasa Xinyoung.

"Sini tangan noona.." kata Minyoung lalu memegang tapak tangan Youngri.

Perlahan-lahan panas di tangan Youngri hilang apabila Minyoung memegang tangannya.

"Gomawo Min~.." ucap Youngri kepada adiknya itu.

"Nae~.." balas Minyoung.

Dia terus beralih kepada Xinyoung, dia memegang di bahagian leher Xinyoung.

Minyoung terus mengumpulkan kuasanya pada bahagian tangan.

Dengan cara itu dia dapat meredakan kemarahan hyungnya.

Oleh kerana tindak balas antara ais dan api, terhasillah satu wap yang terbentuk sebagai asap daripada tindak balas antara mereka berdua.

Ianya telah menyebabkan pancuran air yang sudah tersedia dan disetkan secara automatik terus mencurahkan air ke atas mereka berdua.

Mujurlah Youngri tidak berdiri begitu dekat dengan mereka berdua, jadi dia tidaklah basah seperti Xinyoung dan Minyoung.

Mereka berdua telah basah kuyup disebabkan oleh pancuran air automatik itu.

^^Another Side^^

"Aku perlu tangkap mereka bertiga.. Untuk lengkapkan uji kaji aku.." kata seseorang sambil tersenyum sinis setelah melihat apa yang berlaku di antara mereka bertiga lalu beredar dari situ..



~TBC~

Sorry kalau chapter ni merapu dan bosan.. Hope korang suka.. Jangan lupa vote dan comment selepas baca.. Enjoy your reading.. 😊

BORN WITH POWERWhere stories live. Discover now