P.O.V Inspektor Khalid
Aku keluar pergi kedai runcit membeli makanan. Nak tahu kenape?
*Flashback
"Ahhh!!" Terkejut aku dibuatnya. Automatik aku turun ke bawah. Aku nampak salah seorang pembantuku pengsan. Ya, Zirah. Belum sempat aku pergi ke Zirah , Effendi dah angkat budak tu.
Effendi, Effendi. Risau betol kau Kat dia. Aku ingat kau benci dia sbb si dia tu. Macam mana Tak risau. Kau mesti takutkan sbb Tak mahu sejarah berulang lagi.
Aku mengarahkan Farah untuk hubungi doktor. Beberapa minit selepas itu,doktor pon tiba. Dia terus pergi ke bilik dimana Zirah di tempatkan.
"Doktor macam mana dengan dia?" tanyaku kepada Doktor Razali.
"Dia ok. Cuma dia pengsan sbb perut dia kosong. Mesti dia Tak sarapan pagi tadi. Tak apelah. Nanti kalau dia dah bangun suruh dia makan. Lepastu nasihatkan dia, dia wajib sarapan sebelum buat ape ape aktiviti." kata Dr. Razali.
'eh,dia Tak makan ke pagi tadi?' mesti dia terburu-buru sangat sampai Tak sempat nak sarapan. Lepastu kene marah dengan diaorang. Kesiannya. Takpelah.
"Kalau tak ade apa - apa saya balik dulu" pinta Dr Razali.
Aku sekadar mengangguk. Sekarang nie siapa aku nak suruh belikan makanan eh? Nak suruh diaorang, sibuk. Nak suruh mesti ada alasan. Lagi lagi Naim. Tadi bukan main risau. Nie Tak tukar emosi. Apelah nak jadilah budak nie.Aku pon memutuskan pergi ke kedai runcit untuk membeli makanan.
*End Flashback
Lepastu sahaja aku habis membeli. Aku pon pulang. Sampai sahaja di Villa Marie, aku terus menuju ke bilik dimana Zirah ditempatkan. Terdengar aku gelak tawa daripada bilik tersebut. Bila aku tiba sahaja di depan pintu tersebut, rupa-rupanya Zirah Dan kawannya oya sedang berperang bantal. Mereka Tak sedar akan kehadiran aku.
Eishh diaorang nie. Gelak Tak ingat dunia. Tapi bila aku lihat je Zirah ketawa, serta merta aku teringat dengan si dia tu. Haih. Bila difikirkan, Rupa dan gelak mereka sama. Aku harap si dia itu ialah Zirah. Tapi jgn berharap sangat.
"Dah habis ketawa?" Serta merta mereka terus berhenti ketawa. Terkejut beruk diaorang. Terus mereka menyusun semula bantal dengan kemas. Mengelabah benor diaorang nie. Hahahaha.
P.O.V Zirah
"Eh, Inspektor Khalid buat apa kat sini?" Tanyaku sambil mengawal maluku. Macam mana Tak malu, dahlah Inspektor nampak kejadian tadi. Macam budak-budak.
"Saya bawakan awak makananlah. Oya, tak bagitahu dia ke ?"aku kekeliruan. Makanan?
"Haahlah Zirah , kau nak tahu tak kenape kau pengsan?"tanya oya.
"Aku pengsan sebb apa?" tanyaku.
"Kau pengsan sbb perut kau kosong. Sbb tu kau pitam. Kau tak sarapan ke pagi tadi?"tanya oya
Bila Aku fikir fikir semula, aku baru teringat.
"Haahlah oya, aku baru teringat. Aku terus pergi tanpa sarapan pagi. Sbb nak cepat. Yelahkan, dah lambat. Lepastu aku lupa pulak Aku tak sarapan.hehehe.""Eishh kau nie. Lain Kali ingat . Kau nie Tak habis habis lupa. Nasib baik kau pitam je. Kalau ade benda lain yang berlaku macam mana. Aku yang tanggung tau!" Tegur oya dengan nada geramnya.
"Baiklah nenek!" sambil aku buat tanda hormat. Bukannya apa aku malas nak dengar bebelan budak tu.
"Oya, boleh awak keluar sekejap? Saya nak cakap dengan Zirah sekejap boleh?" pinta Inspektor .
"Boleh. Bye Zirah . Aku pon ade kerje nak dibuat." kata oya dan terus keluar .
Inspektor pula masuk dan duduk di kerusi. "Nah Zirah." Sambil menghulurkam bungkusan makanan yang dibeli olehnya tadi." Eh, Inspektor ! Tak payah susah-susah. Saya boleh beli sendiri nanti. Tak pasal-pasal Inspektor yang kena beli" aduh Zirah , Zirah . Tak habis-habis susahkan orng. Kesian Inspektor . Bersalah aku dibuatnya?
YOU ARE READING
Penyiasat Misteri
Mystery / ThrillerSeumur hidup dia, tidak pernah dia terfikir untuk menjadi penyiasat.. lebih-lebih lagi nak selesaikan sesuatu masalah. Tetapi, terdapat sesuatu yang berlaku yang menyebabkan dia terjebak dalam bidang penyiasat. Mampukah dia terus bertahan dan dapat...