Zirah P.O.V
Apalah nasib aku harinie. harinie aku dah buat macam macam masalah. walaupun aku tak suka sangat apa yang mamat a.k.a mulut puaka tu kata kat aku,tapi benar jugak apa yang dia kata. Aku nie asyik menyusahkan orang. Disebabkan itu, aku kene hukuman ambil gambar setiap sudut bilik mangsa.
Dahlah aku sorang. Tidak berteman . Seram sejuk aku dibuatnya. Ialahkan, tingkat atas Villa itu sunyi sahaja. bacalah doa banyak banyak Zirah .
Aku pon memulakan tangkapan gambar di dalam bilik air mangsa dahulu. Aku pon tak tahu berapa banyak nak ambil gambar. Yang aku tahu kena semua sudut diambil gambar.
Aku tak tahu mengapa, tapi aku rasa aku patut ambil gambar pasu yang dah pecah itu termasuk beranda.
Semasa aku menjalankan tugas aku, aku merasakan Ada seseorang memerhatikanku dari belakang. Aku sempat melihat kawasan luar bilik mangsa terlebih dahulu. Tak ade sesiapa. Mungkin firasat aku saja kot.
Aku pon sambung balik kerja aku. Tapi aku tak tahulah kenape jantung aku berdegup kencang. Seolah olah macam bencana akan tiba. Cepat cepat aku ambil gambar.
Tiba - tiba aku seperti kaku seketika. Sbb aku terdengar bunyi tapak kaki berada di belakangku.
Ya, Allah! Lindungilah hambumu ini. Bunyi derapan tapak kaki itu semakin dekat lalu menyentuh bahuku.
Belum sempat aku pukul orang itu, dia bersuara,
"Zirah?” Rupa rupanya org itu ialah Tuan!Tuan Effendi P.O.V
Sudah hampir setengah jam aku dan yang lain lain meninggalkan Zirah untuk mengambil gambar bilik mangsa.
"Apa yang lama sangat budak tu tangkap gambar? Dahlah penghuni rumah nie dah tunggu. Sekarang nie kena tunggu dia pulak.” bebel Naim.
"Sabarlah Naim.” kata inspektor
"Ha! Effendi. Kau pergi tengok si Zirah tu. Bawak dia turun. Kita nak buat keterangan depan diaorang nie."
Terkejut beruk aku dibuatnya. "Apahal aku pulak inspektor? Suruhlah yang lain” kataku dengan tidak puas hatinya.
"Yang lain malas nak naik, kau sorang je boleh harap. Kau nie sekali je aku bagi kau arahan. Bukannya banyak kali. Dah cepat pergi naik atas.”
Aku dengan hati yang tak rela ikut sahaja arahan Inspektor itu.
Semasa aku hendak menuju ke bilik mangsa yang berada di tingkat 2 itu, terdapat satu lembaga yang memerhatikan bilik mangsa.
' eh, kenapa dia bawak pasu bunga tu?! Bukan ke dalam bilik tu ada Zirah ?’
Hati aku dah mula rasa tak tenteram. Aku cepat cepat menuju ke lembaga itu tetapi malangnya lembaga itu sudah nampak aku dan terus melarikan diri.
Aku tanpa buang masa terus menuju ke bilik mangsa.
Apabila tiba sahaja, aku lihat badan Zirah sudah terkaku. Mungkin dia sedar yang ada orang memerhatikan dia dari tadi.Aku pon menyentuh bahunya. Nasib baik dia tak sempat memukul aku dengan kameranya. Kalau tak pengsan aku dibuatnya.
"Zirah,kau dah kenapa? Dah ambik gambar ke belum?” dia mengangguk tanda dia sudah mengambil gambar. Aku tanpa membuang masa membawa Zirah pergi dari bilik itu.
Aku sebenarnya perasan, yang lembaga tadi memerhatikan kami dengan wajah yang penuh kegeraman.
Persoalan tiba-tiba datang di benak fikiran aku. Adakah dia pembunuh Dato Aziz? Kenapa dia mengintip Zirah secara diam-diam?!
Aku mesti cepat merungkai misteri ini. Sebelum lebih teruk jadinya!
Kami pon tiba di ruang tamu di mana semua orang berkumpul. Zirah yang tadi kelihatan gugup sudah kelihatan sedia kala.
YOU ARE READING
Penyiasat Misteri
Mystery / ThrillerSeumur hidup dia, tidak pernah dia terfikir untuk menjadi penyiasat.. lebih-lebih lagi nak selesaikan sesuatu masalah. Tetapi, terdapat sesuatu yang berlaku yang menyebabkan dia terjebak dalam bidang penyiasat. Mampukah dia terus bertahan dan dapat...