Zirah P.O.V
Selepas 5minit pulang dari rumah Oya, akhirnya aku pulang ke rumah.
"Assalammualaikummm!!! Emak, Zirah dah balik.” kataku sambil mengetuk pintu. Beberapa saat kemudian, emak pon membuka pintu. Selepas itu, aku terus ke bilik untuk mandi dan menunaikan solat.
Aku termenung seketika. Memikirkan kejadian pagi tadi. Betol kata Tuan yang mangsa dibunuh. Tapi ada sesuatu yang pelik. Lagi-lagi pada bahagian pasu yang pecah itu. Keadaan selepas pasu itu digunakan untuk dijadikan alat memukul mangsa. Kenapa macam ada yang tak kene ehh? Arhhhh!!!!! Serabut aku dibuatnya. Dahlah Tak payah fikir. Pandai-pandailah Tuan dan yang lain selesaikan. Yang aku masuk campur kenapa?
Waktu malam sudah menjelma. Aku pon turun untuk makan malam. Tiba-tiba aku ternampak Kakak ku.
"Eh kak, sejak bila akak balik?” tanyaku sambil aku melihat kakakku yang sudah berada di meja makan.
"Baru je sampai. Sbb tadi singgah di tempat pengebumian kawan sekerja akak. Dah sesudah itu, akak pon balik.” kata kakakku, Zafirah. Tangannya sibuk menceduk lauk makanan.
"Rakan akak yang mana meninggal tu?” tanyaku sesudah aku habis menceduk makanan.
"Dato Aziz. Sedih jugak bila dengar berita tu. Ramai juga kawan akak menangis. Yelah. Dahlah arwah seorang yang baik dengan kami. Nak buat macam mana. Dah ajalnya sudah sampai.”
Aku yang tengah syok makan tadi terus tersedak. Biar betik?! Adakah ini satu kebetulan?!!
"Ya Allah, Zirah !! Lain kali jgn gelojoh sangat makan. Lepastu bercakap lagi. Kan dah tersedak!” kata emakku dengan suara yang lantang.
"Hehehehe. Sorry mak.”
Lepastu aku terus berdiam diri. Banyak persoalan yang berada di dalam fikiranku . 'Aku mesti tanya Kakak aku nie'
Selepas makan malam........
"Ermmm... Akak.... boleh Zirah nak tanya sesuatu?"
Tanyaku sambil mengopek buah rambutan di ruang tamu."Nak Tanya apa? Mcm serius je?” Tanya kakakku dengan hairannya.
"Mcm mana akak boleh kenal Dato Aziz? ”
"Mestilah akak kenal sbb dia kan Boss besar barangan Kosmetik yang 'Golden Nice' tu. Akak kenal dia pon sbb dialah pencetus inspirasi akak untuk barangan Kosmetik nie. Dia banyak Bantu akak dlm bidang Kosmetik nie. Dia juga lah yang membuatkan akak mencipta barangan Kosmetik ' Beauty Light' nie.” tekun aku mendengar setiap tutur kata kakak aku itu.
Sekarang aku baru tahu yang Dato Aziz nie sebenarnya pengurus barangan kosmetik Golden Nice. Tiba-tiba aku teringat gambar yang aku tangkap masa petang tadi.
Aku pon mengeluarkan phone aku. "Akak , kenal tak orang yang berada di sebelah Dato Aziz dlm gambar nie?” tanyaku sambil menunjukkan gambar tersebut.
Kakak aku melihat dengan penuh teliti. "Ouhh, nie tunang Dato Aziz. Ada jugak kadang-kadang tu dia dtg office. Tapi dia baik org nya. Ada satu Hari tu dia belanja akak dan rakan office yang lain air coffee. Cuma Ada jugak tu akak kesian jugak.”
"Akak kesian kenapa?” makin tekun aku mendengar sampai aku tak sedar buah rambutan tu dh habis dimkan oleh aku.
" Ada satu Hari tu akak balik lambat sbb banyak kerje. Lepastu masa kat parking lot akak ada terdengar orang bertengkar. Rupa-rupanya tu Dato Aziz dengan tunangnya. Yang akak paling pelik bila Dato Aziz tu cakap dia akan ceraikan perempuan tu kalau perempuan tu buat hal lagi. Tapi akak tak pastilah betol ke tak sbb akak tengok dari jarak jauh je . Jadi Samar Samar sikit apa yang diaorang tengah bualkan. Kesimpulannya, akak bersangka baik jelah sbb kebetolan Masa tu akak penat jadi Zirah tahu jelah kalau akak penat semua benda apa yang akak dengar tak betol.”
YOU ARE READING
Penyiasat Misteri
Mystery / ThrillerSeumur hidup dia, tidak pernah dia terfikir untuk menjadi penyiasat.. lebih-lebih lagi nak selesaikan sesuatu masalah. Tetapi, terdapat sesuatu yang berlaku yang menyebabkan dia terjebak dalam bidang penyiasat. Mampukah dia terus bertahan dan dapat...