Bab 1

16 7 3
                                    

"Apa? Kau nak pindah? Tapi dimana? Mengapa nak pindah?" soal Mimie bertubi-tubi.
"Wow! Have a lot of question. Nak aku jawab yang mana satu ni," gurau Talita sambil tersengih-sengih sehingga menampakkan barisan giginya yang putih dan teratur.
"Eee... Kau bergurau pula," rakannya yang dua orang itu hanya menjegilkan mata.
"Oh! Okay,okay. Chill lah. I explain to you girls," Talita cuba menenangkan keadaan.
"Actually my dad ada satu banglo dekat sana. Dulu my dad tinggal dekat situ waktu dia bujang lagi. Memang banglo tu dah lama, tapi
kadang-kadang papa ada juga singgah dekat situ," sambung Talita.
"Tapi macam mana kau dekat sana nanti. Ada kawan ke? Tambahan pula kita nak ambil SPM. Tak ke nanti terjejas dekat keputusan kau," soal Zara risau.
"Pasal kawan.. no hal lah. Senang je nak dapat kawan. Macam kita
mula-mula kenal dulu. Ingat tak?" Mereka tergelak mengenangkan masa mula-mula mereka kenal dahulu.

♥♥♥♥
HARI KEDUA PERSEKOLAHAN SEWAKTU TINGKATAN EMPAT....

Kriinnngggg...
Loceng menandakan waktu rehat bermula. Semua pelajar tingkatan 4 dan 5 menuju ke kantin untuk mengisi perut yang lapar.

Walaupun sudah dua hari persekolahan, Talita masih tidak mempunyai seorang kawan pun kerana dia seorang yang pemalu ketika itu.

Sewaktu Talita menuju ke kantin, lengannya ditarik kasar oleh seorang yang tinggi lampai dan berbadan sasa. Talita ketakutan. Dia tidak dapat mengeluarkan walau sekelumit suara pun. Suaranya seperti ditahan-tahan. Dia ditarik ke belakang bangunan sekolah. Kejadian itu sempat diperhatikan oleh tiga orang murid perempuan.

Talita dikerumuni oleh sekumpulan lelaki atau lebih dikenali sebagai sekumpulan pembuli lelaki. Talita diugut memberi semua wang yang dia ada. Tetapi Talita tetap berdegil untuk tidak memberikannya. Namun seorang lelaki daripada kumpulan pembuli itu mula hilang sabar dan mengugutnya dengan cara yang lebih kasar.
"Kalau kau degil juga, tak nak bagi duit. Dekat sini juga aku cium dan raba kau,"
'Member-member' lelaki itu
menepuk-nepuk belakang badannya itu tanda menyokong perbuatan ketuanya. Talita mula resah dan ketakutan. Dia kaku. Lelaki tersebut mula mendekatkan mukanya ke wajah Talita. Talita ketakutan dan hanya mampu menutup matanya. Namun pada masa yang sama dia gagahi juga untuk menjerit.
"TOLO..NG!!!" jerit Talita dengan suara tersekat-sekat. Suaranya seperti tersekat di celah kerongkong. Suara halus seperti itu mustahil untuk didengari sesiapa tambahan pula tiada sesiapa pun disitu. Semua masih senang menikmati waktu rehat mereka.
"HAHAHA...Tak akan ada orang dengar pun suara lunak kau tu,"
"Tulah pasal HAHAHA!! Deyy!" sahut seorang antara pembuli-pembuli itu sambil membuat gaya 'deyy' yang viral itu.

Tak akan ada orang dengar pun suara lunak kau tu," "Tulah pasal HAHAHA!! Deyy!" sahut seorang antara pembuli-pembuli itu sambil membuat gaya 'deyy' yang viral itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mereka ketawa terbahak-bahak. Setitis demi setitis air mata Talita mengalir. Kemudian dikesatnya sebelum pembuli-pembuli itu tersedar akan perbuatannya. Secara tidak langsung suara tegas seseorang menyebabkan keadaan menjadi tegang...

"Siapa kata tak ada orang dengar...Haaa!" laung seorang perempuan. Kemudian muncul lagi dua orang murid perempuan. Mereka bertiga berdiri tegak sambil kedua-dua lengan disilangkan ke dalam.
Talita dan pembuli-pembuli itu berpaling ke arah suara itu.
"Hoii! Kau orang siapa haaa? Tak payah menyibuk urusan kita orang lah.., "

Cinta Satu DekadWhere stories live. Discover now