Bab 7

4 4 1
                                    

Talita mengeluh kecil. 'Hakimi! Where are you?' desis Talita dalam hati. Dia tidak nampak pun Hakimi dari pagi sehinggalah sekarang. Rakan-rakannya semua sudah pulang. Tinggal dia seorang sahaja. Lagipun dia sudah meminta izin pada mamanya supaya pulang lewat.

Dia memerhati sekeliling. 'Aduh! Mana dia ni? Panas lah! Cepatlah muncul!' gumam hatinya. Hahaha siapa suruh kau tunggu dekat tengah panas macam tu! Tunggu lah dekat laluan penjalan kaki tu, ni tak! Kau tunggu dekat tepi kereta cikgu tu kenapa?

Kemudian dia ternampak kelibat seseorang yang ditunggu-tunggu. Dia berlari ke arah lelaki itu.
"Hakimi!" panggil Talita. Kemudian dia memandang teman di sebelahnya.

"Talita! Aw..awak tak balik lagi?" soal Hakimi gagap. Dia takut. Takut untuk menghadapi kebenaran. Talita menggeleng.
"Ermm...I need to talk to you now!" pinta Talita, tegas.
"Err okay!"
"Bro, sorry aku tak boleh keluar dengan kau hari ni! Next time ye," pinta Hakimi. Lalu Hakimi mengejar langkah Talita yang sudah jauh meninggalkannya.

"Kita nak pergi mana ni? Kenapa awak berhenti dekat kereta saya?" soal Hakimi pelik. Dia berdebar-debar
sekarang ni!

"Kita bincang dekat Port Minum lah," cadang Talita. Hakimi hanya mengangguk perlahan. Dia menekan punat butang kereta. Mereka berdua memboloskan diri ke dalam perut kereta.

Pelanggan disitu tidak berapa ramai. Hanya ada dua orang sahaja. Jadi tidak akan ada yang memerhatikan mereka. Lagipula mereka mengambil tempat yang tersorok sikit! Talita sengaja memilih tempat yang lebih privasi. Mereka duduk ditepi kolam air pancut. Makanan yang dipesan tiba juga. Talita mula menyuakan nasi butter chicken ke dalam mulutnya dengan berselera.

Hakimi hanya memandang Talita yang berselera sungguh makan. Talita mengeluh perlahan. Selagi dia tidak beritahu keputusannya, selagi itulah dia serba salah. Semalam dia nekad dengan keputusannya. Tetapi sekarang dia sudah berubah fikiran!

Talita menggenggam tangan Hakimi lalu mengusap-usap belakang telapak tangan Hakimi dengan ibu jarinya.
"Awak, makanlah! Don't worry...the answer is infront of you!" ujar Talita tenang.

Hakimi mengangkat keningnya, tidak mengerti. Lalu Talita menghalakan tumpuannya pada pergelangan tangannya. Hakimi turut sama memandang pergelangan tangan Talita.
Dia terkejut bukan kepalang.

"Talita! You accept it! Ya, Allah! Aku bersyukur padamu Ya, Allah!" pohon Hakimi lalu mengaminkannya.
Talita tergelak. 'Hahah overnya!' getus hatinya.

"Barulah sweet couple kalau dua-dua pakai!" ujar Hakimi.
"Eee too over lah awak ni!" Talita bahagia kerana dapat meluahkannya.

Hakimi mengangkat tanggan Talita lalu memberikan kucupan mesra pada jari-jemari Talita. Talita ketawa bahagia.
"I love you so much, Hakimi,"
Talita mengeyitkan matanya.


"Kerja kau dah settle ke belum?" soal satu suara, kasar.
"Beres bos! Kerja simple je," jawab satu suara lain pula. Gayanya macam orang suruhan.
"Ceh! Berlagak pula kau eh!... Tak ada orang nampak kan?"
Orang suruhannya hanya tersenyum bangga.
"Good! Next time, boleh aku harapkan kau lagi!"


Pagi itu Hakimi terbangun lewat kerana dia tidur lambat semalam. Sibuk sangat call girlfriend sampai dah malam buta pun tak sedar.
"Mum! Mi pergi dulu eh? Dah lambat ni!" jerit Hakimi dari arah tangga. Dia mencari kelibat mum nya tetapi tidak kelihatan.

"Mum, mum...mum!" laung Hakimi tetapi masih tidak berjawab. Hakimi menjongketkan bahunya. 'Mum keluar kot?' bisik hati Hakimi. Dia melangkah keluar lalu menyarungkan kasut sekolahnya.

"Arghhh! Kenapa tayar pancit ni?! Ya Allah, aku dah lambat tho! Ish nak naik apa ni?" Mata Hakimi melilau-lilau mencari sesuatu supaya dia boleh ke sekolah. 'Haa, Basikal!,' getus Hakimi dalam hati.

Dia terus melangkah ke arah basikalnya dan membelek-beleknya. Mana tahu pancit juga ke? 'Ya allah pancit juga! Siapa punya kerja ni! Smart gila penyangak ni! Hehe.. Duh Susah lah macam ni! I have to do something!'

Hakimi mengeluarkan telefon daripada kocek seluarnya dan mendail nombor seorang guru. Hakimi membawa telefon pintarnya ke sekolah atas 'permohonan mum dan dad nya terhadap cikgu displin dan guru besar.'

"Assalamualaikum, cikgu! Ya, saya Hakimi. Saya nak bagitahu cikgu yang saya hadir ke sekolah lambat sikit... Err bangun lewat tu tak boleh nak dinafikanlah. Tapi kalau masa macam ni saya masih boleh pecut! Cuma hari ni masalah sikit...sebab tayar kereta dengan basikal saya pancit! Mak dengan ayah saya pula dah keluar.. Jadi lambat sikit lah gayanya... Ha ye...," Kedengaran perbualan Hakimi dengan guru kesayangannya, Cikgu Ima.

"Assalamualaikum, maaf saya
lambat," pohon Hakimi.
"Waalaikumsalam. Tak apa Hakimi, masuklah! Cikgu Ima dah bagitahu saya tadi," terang Cikgu Mazna.
"Terima kasih, cikgu," ucap Hakimi. Cikgu Mazna hanya mengangguk kecil.


Kriinnngggg...
Loceng menandakan waktu rehat bermula. Semua pelajar tingkatan 4 dan 5 menuju ke kantin untuk mengisi perut yang lapar.

"Weyh, asal kau datang sekolah lambat?" tanya Amzan hairan.
"Huh! Tayar kereta aku buat hal! Aku tak tahu lah orang pedajal ke aku yang pedajal!" terang Hakimi sambil ketawa kerana selorohnya. Amzan tersentak.
"Ke...kenapa kau cakap macam tu?" soal Amzan ragu-ragu. Hakimi angkat kening sebelah.
"Yang kau gagap ni apasal? Sewel? Meh, aku tepuk sikit kepala kau, biar gagap kau tu hilang!" terkekeh-kekeh dia ketawa. Ish, mamat ni ketawa tak ingat dunia!
"Tak tadi a..aku nampak sorang awek cun ni. Perghh cun gila siot! Cause that aku gagap tak tentu pasal. Hehe," terang Amzan, cari alasan. Tiba-tiba muncul idea tu dalam kepala, tibai jelah! Lagipun nampak perempuan cantik depan mata! Terus guna idea tu!

Bertambah kuatlah ketawa Hakimi.
"Woi! Kau gelak pula eh! Mana sifat acah sopan kau tu?" tanya Amzan, geram. 'Melebih lak jantan ni! Eii aku pecahkan gigi kau baru tau, biar aku pula yang gelakkan kau!' marah Amzan dalam hati.
"Sopan? HAHAHA! Weyh lelaki, mana pernah tak sopan! Sekali-sekala sopan tu perlu buang! Sopan tu kena lah juga, tapi bertempatlah! Lagipun buat apa aku nak bersopan dengan kau pula. Aku ni manusia biasa bro! Sekali-sekala tak boleh lah nak serius sangat, mesti kena biul jugak!" terang Hakimi tanpa segan silu. Of course lah, dah dengan member! Nak malu apa tho?

Amzan hanya menjulingkan matanya ke atas. Malas hendak melayan si Hakimi ni, yang
kadang-kadang bukannya matang sangat pun! Pelajar di sekeliling mereka buat tidak endah je. Mereka tahu kalau dah dua orang ni bergabung, memang tak sah kalau tak gelak besar!

"Eh jap! Tadi kau kata pasal awek cun kan? Awek mana, kau terpikat tu? Tengok sikit!" tanya Hakimi sebaik tawanya henti. Senak dah perut dia, ketawa tak habis-habis.

Amzan melilau-lilau mencari perempuan yang disebut tadi. Haa jumpa pun.
"Tu....," ujar Amzan sambil mengherotkan bibirnya ke arah seorang perempuan yang menyuakan nasi kerabunya.

Terkebil-kebil mata Hakimi memandang Talita.
"Serius ah weyhhh! Memei cun, tapi tu awek aku lah! Ei kau ni aku tibai kang!" tanpa segan, dia terus memberitahu hal sebenar.

"Eh, eh! Sejak bila pula kau couple dengan dia siaa! Tak ada angin, tak ada ribut, cop dia girlfriend kau! Ewahhh banyak cantik muka kau!"
Kecil besar kecil besar je Hakimi pandang Amzan.

Cinta Satu DekadWhere stories live. Discover now