Kriinnngggg
Loceng rehat berbunyi.Talita tersenyum sendiri sambil menguis-nguis makanan di dalam pinggannya dengan garfu. Perbualan mereka malam semalam sangat membahagiakan hatinya.
Rakan-rakannya yang selalu makan bersamanya memandangnya hairan. Fairuz berdehem kuat. Talita tersentak. Dia memandang Fairuz, cemas.
"You kenapa? Tersedak ke?" soal Talita risau.
"You tu yang kenapa! Gila ke? Senyum sorang-sorang," serang Fairuz. Talita terpinga-pinga. 'Huh? Aku senyum sorang-sorang ke tadi? Aduii! Kalau dia orang dapat tahu macam mana?' gumam Talita dalam hati. Belum sempat dia hendak membalas, Emma terlebih dahulu memintas. Fuh, penyelamat keadaan! Tukar topik!
"Entah! Dah lah semalam I kena tunggu you lama gila! You buat apa lama sangat? Ada orang kacau you kat kelas ke? Ke you dating?" marah Emma. Marah benar gamaknya. Erk, topik ni lebih memeritkan! 'Ya, memang ada orang kacau aku!' jerit Talita dalam hati.
"Tulah pasal! Aku call kau berkali-kali pun tak angkat! Kau lupa ke...aku suruh on whatsapp!" ujar Razali
pula, geram. 'Maafkan aku Zali! Aku trauma sangat pasal petang semalam!" luah hati Talita. Dia diam. Dia hanya mampu menerangkan di dalam hati sahaja. Wajah Talita bertukar murung. Dia trauma kembali. Bagaimana kalau dia dibuli sekali lagi! Dia resah kembali. Dia meletakkan garfu dan menolak tepi pinggannya. Dia menyedut air sirap dengan rakusnya. Dia rasa kehausan. Terasa bahang di mukanya. Kepalanya berpinar-pinar. Mereka pelik dengan kelakuan Talita yang berubah
serta-merta itu.
"Err Talita you okay?" soal Anne, risau. Dia hanya mengambil keputusan untuk tidak masuk campur sedari tadi. Tetapi kali ini tidak! Talita memicit dahinya. Terasa bumi berputar-putar. Dia terus rebah. Kedengaran suara-suara memanggil namanya. Badannya rebah ke belakang. Belum sempat belakang badannya mencium lantai, seseorang terus memaut bahunya. Kebetulan Hakimi berjalan disitu sambil memerhati Talita disamping
rakan-rakannya. Tetapi melihat Talita mula rebah terus dia berlari anak dan memaut bahu Talita.Talita tersedar daripada lenanya. Sakit kepalanya datang kembali. Sakit kepala mula menguasai diri. Terasa berdenyut kepalanya.
Dia memicit-micit kepalanya. Kemudian dia terasa seperti seseorang menepis tangannya dan memicitkan kepalanya. Dia tergamam sebaik sahaja tersedar, dia melihat dia sudah berada di bilik rehat. Dia turut tergamam apabila menyedari Hakimi turut ada disitu bersama Razali dan Emma. Anne, Elly dan Fairuz pula sudah masuk ke kelas mereka. Di dalam bilik rehat ini Emma sedang mengurut kepalanya yang berdenyut manakala Hakimi duduk di hujung katil dan Razali hanya memandangnya dengan perasaan bersalah. Talita menutup mukanya dengan kedua belah tapak tangan. Dia malu. Kedengaran Emma melepaskan nafasnya dengan perlahan.
"Talita, I minta maaf! I tak sepatutnya marah you teruk sangat tadi! You ada masalah ke? You boleh share dengan I," ujarnya sambil mengusap lengan Talita. Emma sedang cuba memujuk hati Talita. Talita hanya menggeleng laju sambil mukanya masih ditutup dengan telapak tangan. Emma memandang Razali yang tidak jauh dari situ. Mereka jadi serba salah kerana Talita tidak berkata apa-apa selain menggeleng dan mengangguk.
Hakimi meminta izin untuk duduk disisi Talita. Emma membenarkannya.
"Ehem! Awak okay?" tanya Hakimi sambil membongkokkan sedikit badannya ke hadapan. Talita tahu itu suara Hakimi. Hakimi mengusap-usap ubun-ubun Talita. Talita membiarkan sahaja itu berlaku. Dia suka belaian Hakimi. Razali dan Emma tercengang melihat tindak-tanduk mereka. Seorang mengusap dan seorang lagi membenarkan. 'Dia orang berdua ni ada apa-apa ke?' gumam hati
masing-masing. Talita menyedari yang mereka berdua di sekolah dan juga Emma dan Razali masih memerhatikan mereka. Dia terus memegang pergelangan tangan Hakimi, menyuruhnya supaya menghentikan perbuatannya itu. Lagipun mereka berdua bukan ada apa-apa hubungan pun! Talita memandang sepasang mata Hakimi. Dia merenungnya dalam-dalam. Hakimi turut sama merenung sepasang mata milik Talita. Berdegup kencang jantung mereka. Terasa panas bilik rehat itu mereka rasakan.
Talita yang masih menggenggam erat pergelangan tangan Hakimi terus menuturkan sesuatu.
"Saya takut! Macam mana kalau dia orang buli saya lagi! Awak, saya takut!" sayu sekali suaranya. Dia mula menangis teresak-esak. Wajah Emma dan Razali pucat. 'Huh? Buli? Eh tak! Kita orang tak buli kau lah,' jerit hati masing-masing. Mereka mula berfikiran yang bukan-bukan. Tetapi mereka masih mendiamkan diri. Mereka masih setia mendengar. Mana tahu mereka yang salah anggap. Hakimi kasihan melihat Talita yang masih trauma. Pagi tadi dia lihat Talita sudah boleh gembira, sekarang trauma kembali. Hakimi melepaskan genggaman Talita. Kemudian dia mengusap-usap belakang tangan Talita. Apa lagi, tercenganglah manusia dua orang tu! Ni mesti nanti kecoh satu kelas dibuatnya disebabkan mulut becok si Emma tu. Razali pun apa kurangnya, boleh tahan juga dia ni! Nanti bertambah kecoh pula satu sekolah disebabkan mulut rakan berlimanya itu. Hakimi cuba menenangkan hati Talita yang sedang gundah-gulana itu.
"Awak jangan takut! Selagi saya ada, selagi tulah awak akan selamat. Okay?" pujuk Hakimi. Talita tersenyum manis lalu mengangguk perlahan.
"Dah, awak rehat ya! Lagi satu pasal hal semalam...saya dah inform dekat cikgu displin! Nanti mereka berdua akan dikenakan tindakan!"
Kata-kata Hakimi membuatkan senak perut Emma dan Razali. Mereka terpempan. Emma terus meluru mendapatkan Talita. Dia merayu pada Talita supaya tidak melibatkan hal tadi dengan guru displin. Razali turut mengiyakan. Dia mengangguk-angguk kepalanya dengan menayangkan riak wajah simpati. Talita tercengang. Kemudian Talita dan Hakimi ketawa geli hati. Walaupun Hakimi tidak mengetahui hal apa yang dimaksudkan Emma tetapi dia masih faham maksud Emma.
"Bukan kau orang lah! Tak kanlah aku nak suruh Hakimi inform perkara remeh-temeh macam tadi tu dekat cikgu displin! Cannot brainlah! Hahahaha!" nafi Talita dengan ketawa yang masih bersisa. Emma dan Razali mengeluh lega lalu terus menayangkan riak seperti tiada apa yang berlaku.
"Habis tu siapa you maksudkan?" tanya Emma. Terus terdiam Talita. Talita memandang Hakimi. Perlukah dia memberitahu mereka? Hakimi lantas mengangguk. Talita mendengus perlahan.
Dia menerangkan segalanya pada mereka berdua kecuali tentang dia menangis di bahu Hakimi lah! Mereka berdua terkedu. Talita kena buli! 'Omaigod, Talita! If I tahu benda ni akan jadi, I akan teman you sampai kelas!' desis hati Emma. Manakala Razali pula... 'Ya allah, Talita! Kau kena buli sampai macam tu sekali! Dua kali kot! Kalau aku tahu, aku teman je kau semalam! Nak harapkan si Emma ni...ish tak boleh harap! Patutnya aku tak boleh marah kau sangat tadi! Aku minta maaf, aku terlalu emo tadi!' Masing-masing menyedari kesilapan mereka.
"Talita aku minta maaf sangat dekat kau!"
"Talita I'm sorry babe!"
Talita hanya mengangguk lalu menguntum senyuman manis.
YOU ARE READING
Cinta Satu Dekad
RomanceCinta Satu Dekad, adalah sebuah kisah antara Talita Izany dengan Razif Hakimi. Mereka mula menyulam cinta sewaktu di sekolah menengah lagi. Mereka yang pada mulanya hanyalah sekadar berkawan, kemudian terbit rasa sayang dan cinta yang semakin mendal...