❄
Disglair
❄Darah membasahi tanah bersalju. Perlahan-lahan ia bersatu dengan salju. Bagi yang terlambat ia dibiarkan bertakung begitu saja. Masa terhenti. Ia seolah-olah sedemikian. Hal ini kerana matanya tidak percaya apa yang dilihat. Malah ngauman lembaga hitam itu langsung tidak menembusnya. Matanya tidak beranjak memerhatikan tompokan darah berasalkan salji.
Perlahan-lahan matanya melirik ke punca darah tersebut.
Beberapa jari yang telah putus daripada tangan berendam di dalam darah. Ia akibat hayunan yang tajam. Dilibas pedang oleh seseorang. Ngauman lembaga hitam itu akhirnya masuk ke dalam minda Claria.
Ya, itu bukan darah Zayne, sebaliknya milik makhluk itu. Jarinya yang disertakan kuku tajamnya putus akibat perbuatan seorang bunian.
Claria tidak kenal siapa bunian ini. Wajahnya iras-iras Farlan. Namun tidak seperti Farlan di mana wajahnya sentiasa lembut, bunian tersebut mempamerkan wajah yang sangat bengis. Tangannya masih menggengam erat hulu pedangnya di mana masih lagi ditujukan kearah lembaga hitam tersebut.
"Cepat! Selamatkan diri!"
Suara bunian itu kasar.
"Mari Claria!" Suara Zayne dibelakangnya. Disebabkan itu Claria terkejut. Entah bila Zayne berdiri dibelakangnya. Lengan Puteri itu dipaut. Serta-merta larian dimulakan. Sebaik saja larian mereka dimulakan lembaga hitam itu kembali melepaskan jeritan luar biasanya. Ia masuk menerjah ke dalam minda masing-masing.
❄
"Zayne...tolong berhenti...aku tak larat..."
Setelah berkali-kali dirayu barulah Zayne hentikan langkahnya. Claria terus saja melutut di lantai untuk melepaskan kepenatannya. Kakinya masih lagi menggigil kerana larian tadi. Dadanya pula masih lagi berombak. Fikirannya tidak sudah-sudah memikirkan lembaga hitam tersebut.
"Claria..." Suara tunangnya halus. Walaupun halus suara tersebut bergema pada lorong kaki lima mereka berada sekarang. Perasaan seram sejuk mula menular pada pasangan tersebut. Lantas si puteri memaut lengan tunangnya.
Sunyi.
Keadaan terlalu sunyi.
Mana pengawal yang bertugas? Dayang-dayang istana juga tiada. Kesemuanya lesap? Namun angkara siapa? Lembaga hitam itukah? Tetapi mengapa? Tidak mahu memikirkan lagi, Zayne mulakan langkahnya. Claria dipimpin mengikutnya.
"Perlu kita pergi ke sana?" Suara Claria ketakutan. Zayne kekal mendiamkan. Jujur kata Claria sejak dari kecil dia didik untuk menjadi puteri yang sejati. Segala adab serta tata tertib telah dia kuasai. Begitu juga dengan kembarnya Clarion. Zayne juga tidak terkecuali. Semua itu merupakan perkara harus untuk golongan bangsawan lebih-lebih lagi untuk golongan diraja. Menarik lagi, Putera Mahkota Disglair itu telah dilimpahi ilmu perang yang cukup mantap. Zayne juga tidak ada kurangnya. Kedua-dua mereka sama handal.
Dua tahun lepas Putera Clarion mengetuai angkatan tentera seramai lima puluh orang.....
...untuk berdepan dengan seratus kumpulan penyamun. Zayne turut hadir untuk mengetuai barisan hadapan.
Ajaibnya pasukan tentera mereka menang. Kumpulan penyamun berjaya ditumpaskan tanpa terkorbannya satu pun tentera Disglair. Sejak kejadian itu nama Putera Clarion tersemai megah diseluruh Ghais Lavanark. Pemuda itu dikurniakan kebijaksaan luar biasa ketika di medan perang. Banyak kerajaan yang lain khuatir andai Putera Clarion ingin memulakan peperangan.
![](https://img.wattpad.com/cover/163786022-288-k858171.jpg)
YOU ARE READING
Disglair : Sumpahan Kerajaan Beku
Fantasy"Akan seribu tahun dia bersendirian. Akan seribu tahun dia berkelana. Akan seribu tahun dia dibenci. Akan seribu tahun dia dilupai. Semuanya akan berkekalan selagi tidak akan ada sesiapa menyeru namanya... kerana... akan seribu tahun dia bersendiria...