❄
Disglair
❄Esakkan Claria beransur berkurangan. Puteri itu masih lagi berada dalam rangkulan tunangnya. Rambut perang Puteri masih lagi dibelai lembut. Kepalanya masih lagi terasakan dagu Zayne. Wajahnya pula disembamkan pada dada lelaki itu jelas kedengaran degupan jantungya. Bunyi itu sedikit banyak menenangkannya.
"Jauhi dia..."
Claria tersentak tiba-tiba. Siapa yang bersuara? Segera dakapan Zayne dileraikan. Matanya meliar mencari suara tersebut.
"Claria?" Zayne bersuara apabila dapati tunangnya berkelakuan pelik. "Cari apa?" Dia mengikuti Puteri itu. Sambil itu matanya perhatikan keadaan sekeliling. Kawasan taman itu sungguh sunyi. Hanya kedengaran gugusan-guguasan salju jatuh dari langit. Hari ini agak lebat saljunya. Malah sejuknya semakin menjadi. Setiap kali nafas dikeluarkan pasti diiringi oleh kepulan wap panas.
"Entah..." jawabnya ringkas. Pencariannya masih diteruskan.
Zayne hanya mengerutkan keningnya. Dia hairan...dan nalurinya mengatakan ia bukan sesuatu yang enak. Entah kenapa matanya merenung tajam pada laluan masuk ke taman pagar sesat tersebut. Kemungkinan ia ada kaitan dengan 'penyakit' Clarion yang asyik diperkatakan oleh rombongan para bunian yang hadir hari ini. Malah sejak dari tadi, dirinya dirasakan seseorang...tidak...sesuatu memerhatikannya.
"Siapa?"
Claria bersuara lagi. Kali ini Zayne dilanda takut tiba-tiba. Matanya ternampak sesuatu keluar dari taman pagar sesat! Sesuatu lembaga hitam melayang laju ke arah mereka. Lebih tepat lagi ia menuju ke arah Claria! Tangan lembaga itu diangkat tinggi, mendedahkan kuku-kukunya yang panjang lagi tajam. Ia cuba mencederakan Claria!
"CLARIA!"
Jerit Zayne kuat lalu dia melompat ke arah Claria, langsung kedua-duanya jatuh ke tanah salju. Lembaga itu melepasi mereka. Ia gagal mengenai sasarannya.
"Zayne!" Suara Claria takut. Tangannya segera memaut pada lengan Zayne. "Zayne, makhluk apa tu!?" Zayne hanya mampu menggelengkan kepalanya. Perlahan-lahan dia berundur ke belakang membawa Claria ke tempat yang selamat. Sudahlah dia tidak membawa senjatanya.
"Jauhi dia..."
Sungguh Claria tidak percaya saat mendengar suara itu. Ia berasal dari makhluk tersebut. Apa yang makhluk itu mahukan pada dia?
"Jauhi dia...jauhi dia...jauhi dia..."
Kata-kata itu diulangi berkali-kali. Saat itu ia menghampiri pada pasangan tersebut. Wajah mereka ketakutan setelah melihat wajah lembaga tersebut. Wajahnya hitam. Matanya merah tanpa anak mata. Taring menghiasi mulutnya. Ia mengilai perlahan. Bunyi tersebut tidak dapat digambarkan melainkan ia terlalu seram. Air liurnya meleleh jatuh ke tanah salju.
"Jauhi dia...jauhi dia...jauhi dia..."
Ia bersuara lagi pada pasangan tersebut ataupun lebih tepat lagi pada Puteri Disglair. Namun Puteri itu langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi. Apa yang ia harapkan tidak seperti apa yang dijangkakan. Puteri itu masih lagi memaut pada lengan tunangnya.
"AKU KATA JAUHI DIAAAAA!!!!!"
Ngauman kuatnya berjaya kembalikan pasangan itu ke alam fana. Segera Zayne menarik Claria untuk membawanya jauh dari makhluk itu. Sebaik saja larian itu dimulakan dengaran lembaga itu menjerit kemarahan. "Claria! Cepat!" Zayne mempercepatkan lariannya. Genggaman tangannya juga kuat mengkuncikan gengaman Claria.
"BERIKAN DIA PADA AKUUU!!!!!"
Seraya itu terasa gegaran kuat pada tanah. Kejadian itu menyebabkan pasangan itu jatuh tersungkur. Lihat saja itu lembaga itu mula melayang perlahan pada mereka. Ia mula mengilai lagi. Namun ia untuk sementara saja. Hatinya bertambah marah saat nampak Zayne telah pun berdiri. Amarahnya bertambah marak apabila nampak tangannya memegang tangan pujaan hatinya. Serta merta ia melepaskan satu jeritan yang sangat kuat. Seraya itu ia menghayunkan tangannya. Datangannya hamparan angin yang panas mencampakkan Zayne jauh daripada pujaan hatinya.
"ZAYNE!!!"
Zayne tercampak jauh. Tanpa sebab yang tidak diketahui lelaki itu pengsan tidak sedarkan.
Puteri itu menjerit. Langkahnya laju untuk menghampiri tunangnya. Malang sekali Puteri itu jatuh tersengkur tiba-tiba. Cubanya bangun namun tidak berjaya. Seolah-olah ada tekanan kuat yang menghempapnya. Lembaga itu melintasinya. Hati Claria bertambah takut apabila dapati makhluk itu melayang perlahan menghampiri Zayne.
"ZAYNE!"
Lembaga itu mengangkat tangannya tinggi. Kukunya semakin memanjang. Hayat manusia itu akan dihabisi. "ZAYNE! BANGUN!"
Syukurlah kerana jeritan Claria, Zayne berjaya bangunkan dirinya. Itu pun dalam keadaan terpisat-pisat lagi. Lembaga itu semakin hampir. Zayne bertungkus-lumus untuk berdiri. Penangan tadi terasa terlalu kuat baginya.
Kuku tajam milik lembaga itu dihayunkan tinggi...
Darah tersimbah di tanah bersalju...
❄
YOU ARE READING
Disglair : Sumpahan Kerajaan Beku
Fantezie"Akan seribu tahun dia bersendirian. Akan seribu tahun dia berkelana. Akan seribu tahun dia dibenci. Akan seribu tahun dia dilupai. Semuanya akan berkekalan selagi tidak akan ada sesiapa menyeru namanya... kerana... akan seribu tahun dia bersendiria...