BAB 1 - AIMAN

7 0 0
                                    

"Baiklah,esok cikgu tahu semua dah siap kerja."

"Baik.."Jawab murid dengan muka penuh ketakutan ketika disoal guru garang itu.

Loceng berbunyi menandakan tamatnya waktu persekolahan.Riuh sekolah dengan jeritan murid murid yang gembira kerana kelas telah habis.

Ada juga kesedihan terpancar di wajah murid yang terpaksa tinggal di sekolah kerana kelas tambahan.

"Arif.. siapa murid tu?" Tanya cikgu Nasuha kepada cikgu Arif setelah melihat seorang murid yang hanya berjalan berseorangan dengan wajah yang agak sedih.

"Oh,nama dia Aiman.Dia ni pendiam sikit.Ibubapanya baru meninggal.Mungkin dia masih shock."

Aiman berjalan melewati guru itu sambil tersenyum hormat.

"Walau macammanapun dia ni baik,suka senyum kat orang."Sambung Cikgu Arif.

***

Aku berehat sebentar disebuah taman permainan.Rumahku agak jauh dan aku hanya berjalan kaki.

Kini aku tinggal dengan bapa saudaraku yang rumahnya memang berdekatan dengan rumah lamaku.

Sedang aku duduk melayan karenah kanak-kanak bermain,bahuku disentuh.Aku tersentak.Perlahan-perlahan aku memandang belakang.

SAHABAT »LENGKAP«Where stories live. Discover now