BAB 11 - KISAH ZACK (2)

2 0 0
                                    

"Zack tak pernah bagitahu aku perkara ni..bukankah kita dah janji jangan berahsia.."

Aku agak kesal kerana Zack tak pernah menceritakan tentang penyakitnya.

"Mungkin dia taknak aku risau."Aku berfikir positif.Walaupun aku kawan dia,bukan semua benda boleh diberitahukan.

Makcik itu menyambung ceritanya setelah sekian lama terhenti akibat tangisan terus terusan.

"Dia pindah sini sebab hospital tempatnya mencadangkan jumpa pakar di hospital sini."

"Makcik dan jiran menyiasat perkara ini selepas mereka datang sini.Sebab itulah kami tahu.Ibunya tidak sanggup beritahu.Anak anaknya juga entah ke mana sekarang ni."

Aku tak mampu mendengar lagi.Aku ingin melawat dia sekarang.

"Terima Kasih makcik,maaf ganggu makcik."Ucapku sambil menangis.

"Sama sama nak..Makcik taksangka ada yang mampu kawan dengan Zack.Makcik bangga dengan kamu nak.."Balas makcik itu sambil menangis juga.

Aku mulai berlari.Sedih dan kesal.Wajah cerianya disekolah ternyata hanya bohongan semata mata.Sakit tenat yang dihadapinya pun mampu ditutup dengan senyuman cerianya.

SAHABAT »LENGKAP«Where stories live. Discover now