BAB 10 - KISAH ZACK

2 0 0
                                    

"Zack kat hospital?."

Jawapan yang aku cari selama ini telah terungkap.Mulutku terdiam.Badan tidak bergerak.Kaku seketika.

Aku terus menanyakan lagi apa yang terjadi pada Zack.Makcik itu menceritakan sambil mengeluarkan air mata.

Tak kurang aku yang hanya mendengar mengeluarkan air mata jantanku.

"Zack keluarga besar.Dia ada banyak adik beradik.Semua pandai pandai.Dia anak bongsu.Abang dan kakaknya selepas kahwin terus hilang khabar.Bahkan duit yang dulu dikirim tidak lagi dikirim." Cerita makcik itu.

"Bapanya meninggal masa dia kecil lagi.Dia tak dapat merasakan kasih sayang seorang ayah."

Aku menangis terus..

Aku yang baru kehilangan anggota keluargaku pun masih dapat merasakan kasih sayang.Tapi Zack..

"Sekarang dia tinggal seorang dengan mak dia.Masa diorang pindah sini,kami dan jiran banyak menyerahkan duit untuknya menyara hidup.Apatah selepas kami tahu anaknya sakit tenat dan jangka hayatnya tak lama."Sambung makcik itu sambil menangis tersedu sedu.

Aku hanya mendengar ceritanya dan tidak mampu berbicara.Yang kumampu hanya mengeluarkan air mata.

SAHABAT »LENGKAP«Where stories live. Discover now