Stalk IG Si Periang Hati

268 15 7
                                    

                              Bab 1

                           Sejurus selepas menunaikan solat subuh  Si Kakngah iaitu 'Ayli' gadis periang  yang comel dan berkulit putih itu turun ke dapur untuk mengacau ibunya di dapur pada pagi-pagi hari lagi."Kakngah panggil kakak,ayah dan Nazmi turun sarapan sekarang,sampai bila nak membuta je kerjanya." Ujar si ibu tersebut."Okay mama!" Tanpa keruhan dia terus berlari menaiki tangga dan mengejut semua orang yang masih membuta walaupun matahari sudah terpacak di atas kepala.Sesudah memanggil ayah dan adiknya itu dia terus berjalan menuju ke pintu yang berada paling hujung di rumah itu, kemudian dia dengan berhati-hati mengetuk pintu tersebut.'knok-knok' pintu di ketuk olehnya "kakak adik ni..."tanpa dia menghabis kan kata-katanya kakaknya terus menyahut, "hurmm masuk je lah." Lalu pintu dibuka,"ehh! Kakak,kakak nak pergi mana pagi-pagi ni bersiap?" Ujar si Ayli.Ni kakak sulung Ayli namanya Esya dan umurnya baru 23 tahun,kakanya berusia setahun lebih tua sahaja dari Ayli.Ayli juga amat takut dengan kakaknya kerana kegarangan kakaknya itu."Oh kakak nak keluar ngan kawan-kawan gi tengok wayang kat MBO." Ujar kakaknya itu."Makan tak dulu kat rumah?" Tanya Si Ayli."makan..." jawab sepatah Si Kakak.Sesudah siap makan Ayli pun menaiki tangga dan menuju ke biliknya yang bersebelahan dengan bilik kakaknya itu, sejurus selepas menutup pintu dia terus menuju ke meja belajar dan membuka laptopnya  itu untuk memulakan misinya iaitu menjadi seorang stalker. Bukannya stalker orang sesuka hati tapi stalk si buah hatinya iaitu insta famous yang berada dalam Instagram itu."Sape lah yang gelak macam perempuan *birah* tu?" Soal dalam hati Si Eisya yang ingin menuju ke tangga.Apabila dia menoleh kepalanya ke arah bilik Si Ayli yang pintunya tidak tertutup dengan betul,baru lah dia perasan bahawa ketawa itu datangnya dari bilik si Ayli adiknya itu."Woi Ayli bakpe glenya ngat tu?!" Jerkah si Kakak yang berada di pintu biliknya.Sejurus terdengar jerkahan itu Ayli terus menoleh kepalanya ke belakang,"Eh kakak,saya ingat kakak dah keluar.*gelak manja*"Ujar si Ayli."Aku nak keluar dah tadi tapi dengo ko gelak macam ape tu yang aku singgah jap,kenapa? Aku dah dapat adik ipar ke?" *gelak jahat*. Perli si kakak.Ayli pun tidak layan kata-kata yang dikeluarkan oleh mulut si kakak, lalu si Ayli menyambung menatap wajah si buah hati.

                    Tiba-tiba laptop Ayli berbunyi tanda mesej masuk,lalu Ayli bangun dari katil yang dari tadi asyik membaca novel,dia terus duduk dan buka laptop nya itu.Rupa-rupanya si buah hati membuat live Instagram. Dia pun menjerit keriangan walaupun mulutnya ditutup oleh bantal busuknya sendiri."Allhamdulilah dia buat live jugak akhirnya,ahhhh!"ujar dalam hatinya itu.Selepas itu dia terus membuka live tersebut,asyik melihat live tersebut dia pun ingin comment juga di situ seperti followers-followers yang lain juga dengan harapan si buah hati baca dan menyapa.Dengan pantas jari Ayli menaip *Assalamualaikum* walaupun berkali-kali dia menaip si buah hati tetap tidak memandang dan tidak menyapa.Kemudian ada seorang wanita memberi salam di comment tersebut tetapi dalam tulisan bahasa arab lalu dengan pantasnya si buah hati tersebut menjawab *waalaikumusalam ya ukhti* jawab si buah hati Ayli. Muka putih Si Ayli menjadi merah dan dia menjerit sekali lagi dengan menutup mulutnya dengan bantal.Dia tahu jika dia menjerit dengan kuat si Ayah akan naik berang. Ayli terus menekan simbol 'X' tanda keluar,darahnya menggelegak tunggu hendak meletup sahaja."Nak buat macam mana aku ni siapa kan?perempuan tu pandai cakap bahasa arab mungkin juga perempuan tu cantik lagi dari aku kan? Tak pernah- pernah dia jawab salam aku,tapi aku tetap tak mengalah,sanggupnya awak!!!!!" Ujar si Ayli dengan marah sekali. Selepas dari itu Ayli tidak akan melihat live si buah hati kerana hatinya akan sakit bila melihat comment manusia yang menyapa si buah hatinya itu,padahal jejaka itu bukannya si buah hati betulnya lagi. Walaupun Si Ayli dah berputus asa dengan live itu tetapi dia tetap tidak berputus asa dengan menjadi stalker si buah hati tersebut dia juga tetap akan like gambar-gambar yang di hantar oleh jejaka tersebut baginya ia hanya harapan angan-angan,dia tahu bahawa angan-angan itu sama sekali tidak akan menjadi reality.

               Asyik Si Ayli menonton drama koreanya itu, ibunya memanggil. "Kakngah!!!" Jerit Si ibu. Ayli dengan pantas pause drama itu lalu menuju kepada ibunya "ye ma, kenapa?"soal Si Ayli."ye ma, ye ma, banyak lah ye kau tu kucing kau ni berak kat dapur aku!" Jerkah si ibu."Ishhh mama ni terkejut kakngah, Alah Leo je berak,kakngah tengah syok tengok So Jong Ki berlakon ni"*buat muka sedih* rungut si Ayli." Aku tak kira kau basuh sekarang umur dah 22 tahun perangai malas macam umur 15 tahun!nak sangat jaga kucing,jaga lah betul-betul" marah si ibu lagi. Selesai membersihkan Ayli dengan pantas berlari ke ruang rehat untuk menyambung menonton dramanya itu,malangnya ditukar oleh si Ayah."dah solat magrib ke belum?" Soal si ayah. Dengan pantasnya Ayli beredar dan menuju ke biliknya untuk menunaikan solat. Sejurus selepas itu dia memandang lagi ke laptopnya dengan harapan si buah hati membalas  comment yang dia telah menaip di keseluruh gambar yang di hantar oleh jejaka tersebut, malangnya sudah bertahun dia menunggu tetap tiada apa-apa balasan dari si buah hati tetapi Si Ayli tetap tidak kisah kerana dia bukan lah seseorang yang jejaka itu kenal walaupun sudah 8 tahun dia mengikuti ig si buah hatinya itu tetap tidak berputus asa. Dia sudah berjanji kepada hati bahawa dia akan ikut sahaja si buah hatinya itu sehingga umurnya mencecah 23 tahun, jika tiada apa- apa perubahan itu bermakna mereka tiada jodoh.Ayli juga berhasrat agar dia dapat berjumpa dengan si buah hatinya itu jika diberi peluang.

Don't Forget To Vote!

Layakkah Aku Menjadi Makmumnya?Where stories live. Discover now