Bab 4
*hujan campur ribut*"kenapa hari ni nampak macam tak ceria je,huh " Kata Ayli sambil duduk termenung menghadap tingkap biliknya. "Kakngah cepat panggil kakak,angkat baju hujan!" Teriak ibunya. Sejurus mendengar teriakan itu maka Ayli cepat mengetuk pintu biliknya seperti yang diarahkan oleh ibunya dengan segera,siapa je yang tak takut kene baling dengan bakul dari ibunya kan? Sedang mangangkat jemuran diluar,Ayli terlihat kereta BMW kereta kegemaran ibunya, tetapi dia berhenti di depan rumah kami. Keluar seorang wanita sambil membuka payung. "Assalamualaikum,mak ada?" Tanya wanita tersebut. Ayli pun jawab. "Ada,masuklah hujan ni." "Ehh tak pe-tak pe saya nak cepat ni,bagi ni kat mak ye. Terima kasih." Ujar wanita itu. Tetapi muka langsung tidak kelihatan akibat payung yang menghalangnya itu.
"Ehhhh mother in law ke?" Tanya jiran Ayli yang sering menanyakan tentang Ayli dan kakaknya tentang bila nak kahwin? Disebabkan itu kakak Ayli amat membencikannya."Mama, tadi ada sorang makcik ni datang naik kereta BMW lepastu dia bagi ni kat Ayli suh bagi kat mama." Ujar Ayli. "Gulai lemak ayam lah! Kegemaran kamu ni Ayli,*cepat-cepat capai telefon bimbitnya.*" ujar ibunya. Sejurus selepas ibunya mencapai telefon tersebut dia terus beredar dari situ, Ayli hanya berdiri kehairanan *mengapa mak cik tu bagi lauk kegemaran Ayli, tak kisahlah dengan lauk tu tapi ni siap tulis (khas untuk anak Puan Ros yang nombor 2) mana tak pelikkan?* "Untunglah orang tu" ujar kakak Ayli yang lalu pergi selepas meletakkan kain jemuran di dalam bilik pakaian. Ayli langsung tidak mempedulikannya, terlalu banyak soalan yang bertubi-tubi keluar dari fikirannya itu.*kenapa,mengapa dan lain-lain lagi.*
"Mama kakngah ada kelas pagi ni dalam pukul 9 macam tu,kakngah balik pukul 1 tengahhari ye!" Ujar Ayli yang baru sahaja nak menyuap makanan ke mulutnya yang diberi oleh seorang wanita yang tidak kenali itu."okay." Jawab ibunya sepatah. *ringtone phone nya berbunyi*" Hello dan Assalamualaikum" jawab Ayli. "Weh Ayli cepatlah keluar aku kat depan pintu rumah kau ni,tak payah kau drive harini ye aku hantar." Ujar lelaki yang berada di talian. "Serious lah." Jawab Ayli sepatah." Mama kakngah gi U ngan Harazz ye." Ujar Ayli sambil menyalam ibunya." Kirim salam kat Harazz dan jaga diri hati-hati tau." Ujar ibunya. Ayli terus melangkah keluar dan masuk ke dalam kereta Audi milik Harazz. Pada ketika itu jiran sebelah rumah Ayli tidak berkelip sedikit pun melihat Ayli memasuki kerata mewah tersebut.
Sampai di U Ayli pun keluar dari perut Audi tersebut." Terima Kasih Razz, I appreciate it " ujar Ayli kepada Harazz. " Tak de hal lah haaa nanti kau balik aku ambik tau kul brape balik?" Jawab Harazz." Pukul 1, eh....boleh kau teman aku gi beli barang kat mall jap." Ujar Ayli. Ayli pun menutup kereta tersebut dan Audi itu berlalu pergi meninggalkan U tersebut. Haa lupa nak bagitahu Harazz ni sahabat baik lelaki yang boleh gi ngan perangai gila-gila si Ayli ni,sebab dia cuti pada hari tersebut boleh lah dia ambil si Ayli tu. Ayli ingin melangkah masuk ke pintu masuk lobi U tetapi ramai pelajar di situ memandangnya seakan-akan dia buat salah yang besar.
Mereka bukan sahaja pandang bah kan sedang berkata-kata. "Weh sampai hati kau,kahwin tak ajak pon kami orang." Ujar salah seorang pelajar di situ. "HAH?!" terkejut peruk Ayli dibuatnya. *apa-apa je lah* (ujar hati Ayli yang dalam kehairanan) Sampai sahaja di hadapan pintu kuliah Dengan lafaz bismillahirahman...... Ayli pon melangkah masuk dengan kaki kanannya. Semua manusia dalam bilik kuliah pandang Ayli dengan pelbagai pandangan ada yang marah ada yang muka macam cemburu ade yang terkejut macam nampak hantu ada yang angkat tangan teruja- teruja dan Ayli makin hairan dan tertanya-tanya kenapa? Apa yang terjadi?
"Ayli kau kahwin tak ajak kitaorang ye?!" Ujar salah seorang kawan Ayli dalam bilik kuliah ni. Dengan pantas Ayli menuju ke kawan-kawannya dengan penuh rasa gelisah." Korang apa yang berlaku ni? Kenapa semua orang kata aku kahwin tak ajak? Aku kahwin pon tak lagi." Ujar Ayli." Eh, Eh ,Eh kau ni Ayli, semua block kat block kita ni semua tahu yang kau dah kahwin,kita orang pon terkejut sebab kau tak ajak kitaorang!" Ujar Aisyah. "Weh, aku tak kahwin lagi lah, dari mana korang dapat berita yang tak sohih ni?" Ujar Ayli dengan nada sedikit sedih." Serious lah kau tak kahwin lagi, dah tu siapa jejaka kaya yang hantar kau tadi dan hari tu?"Ujar Soleh yang dari tadi asyik mendengar perbualan mereka. "Tadi yang hantar aku tu, kawan baik aku dari sekolah rendah sampai sekarang,dia je yang paling setia berkawan dengan aku lagi pon lagi 2 minggu dia nak kahwin lepas kelas ni aku gi teman dia nak beli barang kahwin dia. Ha yang hari tu pulak ada sorang pak cik ni tolong hantarkan aku dia kawan mak aku lagi pon masa tu kereta aku rosak alang-alang dia hantarkan. " panjang menjela penerangan Ayli kepada mereka."Ooooooo" semuanya serentak membunyikan perkataan itu.
"Yeay, kelas dah habis jom!" Ujar Wawa rakan sekuliah Ayli. Langkah sahaja kaki kanan Ayli dan kawan-kawannya ke pintu keluar bilik kuliah, ada sekumpulan lelaki datang menghadap mereka. " Ehh kau kan yang nama Ayli tu?" Ujar salah seorang lelaki tersebut. "Ye saya, saya Ayli, kenapa ya?" Ujar Ayli. Aisyah dah Wawa menyiku Ayli kerana mereka ingat para jejaka itu minat akan Ayli. " HAHAHAHA *Sekumpulan lelaki itu gelak.* "tak sangka ye muka lawa,tudung labuh sampai kaki acah alim wal hal buat jugak bende macam tu, tu yang sampai kahwin awal ,dah lah kahwin senyap-senyap sebab apa sebab MALU!"Ujar seorang lelaki salah seorang dari kumpulan itu dan mereka semua tertawakan Ayli sekali lagi. Ayli tersenyap dan menahan rasa marah yang membuak dia hanya menundukkan kepala." Lepas ni boleh lah kita call je si Ayli ni kalau nak mintak something dari dia, wuuuu tak syabarnya." Ujar seorang lelaki lagi. " Kuang Ajar punya mulut kau ni dasar mulut macam sampah!" Ujar Wawa. "Eh korang ni tak ada agama ke sampai cakap macam tu, kau nak mintak apa? Eh kenapa lah aku lupa nak record tadi senang sikit aku pergi hantar kat balai polis biar jadi kes gangguan seksual!" Ujar Aisyah dengan marah sekali. "SUDAH,CUKUP!" Jerkah Ayli dengan marahnya. " terima kasih sebab cakap macam tu, dan saya nak cakap WOW sebab kamu semua dah tunjukkan perangai sebenar korang, dan sebenarnya kamu semua yang murah sebab mintak macam tu je kat seorang perempuan. Hahaha*gelak Ayli dengan sinisnya* seram kalau buat kamu semua ni sebagai calon suami huh seram betul sebab apa sebab dah berusik." Perli Ayli dengan pedasnya lalu dia, Wawa dan Aisyah beredar dari situ dengan perasaan yang lega walaupun Wawa dan Aisya terasa agak terkejut dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Ayli. Sekumpulan lelaki tersebut kaku dan terkejut dengan perlian Ayli.
" Harraz, lepas ni kau tak payah lah hantar aku, tak manis orang pandang lagi pon tak lama lagi kau nak kahwin dah nanti aku ni jadi perampas pulakkan?" Ujar Ayli . "Ehh kau ni kenapa,ok tak?" Uajar Harraz terkejut. "Ha ni nak pergi tak mall ?" Ujar Harraz lagi. "Tak payah hantar aku rumah teruslah ye." Ujar Ayli dalam nada sedih. *Kenapa perkara macam ni selalu sangat berlaku kat aku? Apa salah ku?* luah hati Ayli. Sejurus sampai ke rumah dia naik ke atas tanpa mengeluarkan satu patah perkataan dan terus duduk di kaki katilnya. Dengan secara tidak sengaja air matanya keluar tanpa henti, akibat tuduhan yang menyakitkannya.DON'T FORGET TO VOTE!
YOU ARE READING
Layakkah Aku Menjadi Makmumnya?
FantasyLayakkah Aku Menjadi Makmumnya? Aku hanya seorang manusia biasa yang sering melakukan dosa dan kesalahan.Layakkah aku mencari pasangan hidup? Aku hanya membuka hati kepada dia sahaja.Aku takut untuk memberitahu mereka bahawa aku minat kepada seora...