Bab 3
"Hui masak ape tu weh,sodapnya bau." Ujar Esya di pagi itu."Masak mi goreng je,kak tolong jerang dan buat air kopi." Jawab Ayli. "Mama,ayah,makcik,pakcik,Nazmi dan adik jom sarapan! Ayli masak mi goreng" Teriak Esya. Selesai makan Ayli melulu pergi ke biliknya apa lagi bukak phone lah. Sedang Ayli asyik melihat telefon pintarnya,ayah Ayli memanggilnya untuk pergi bersiar-siar di bandar ibu kota."Mama boleh tak nak gi bangi,kakngah nak beli tudung *muka senyum*" Ujar Ayli." Tanya lah ayah" Jawab si ibu.Ayli pun mengalih pandangan ke wajah ayahnya, baru sahaja ingin membuka mulut lalu ayah Ayli mengangguk tanda setuju. Hati Ayli berasa gembira akan jawapan yang tidak disangka itu. Akhirnya tercapai hajat Ayli untuk menjejakkan kakinya ke butik Tudung yang selama ini hanya dilihat di dalam telefon sahaja. Sedang membelek tudung yang diingininya, dia telah menemui tudung yang menarik pandangan mata. Selepas mencapai hanger tersebut, seseorang lelaki berlalu pergi dari pandangan mata Ayli di balik penyangkut-penyangkut tudung itu. Hatinya kuat mengatakan itu ialah buah hatinya! Namun dia endahkan kerana dia sudah tidak percayakan kata hatinya lagi.
"Mommy pilih je mana yang berkenan,nanti adik bayar lah...khas for my mommy " kedengaran suara lelaki yang dikenali oleh Ayli. Ayli ingin melihat tetapi dia tetap melawan bahawa perasaannya salah. "Terima Kasih datang lagi!" Ujar pekerja butik trsebut, Ayli menolak pintu dan ingin melangkah keluar dari butik, kemudian pada masa yang sama seorang lelaki juga telah menarik pintu itu lalu Ayli hampir jatuh ke dadanya,nasib baik adik Ayli Nazmi menahan kakaknya itu dari jatuh. "Maafkan saya, saya yang salah." Ayli dengan pantas mengaku salahnya."it's okay,akak saya rasa saya tertinggal plastik tudung mak saya." Ujar lelaki tersebut. Ayli kaku! Itu suara ,suara,suara buah hatinya! Memang sebijik suaranya Ayli langsung tidak mengangkat kepalanya atas rasa malu,kemudian dengan lajunya dia mengangkat untuk melihat wajah lelaki tersebut MEMANG DIA! Lutut Ayli lemah,jantungnya berdegup laju dan dia terasa pening. "Awok dah kenapa Ayli,tetiba je namapak resah semacam." Ujar ayah Ayli hairan dengan kelakuan Si Ayli itu."kakngan rasa pening,jom balik." Ujar Ayli dengan gagapnya.
"Ada siapa-siapa nak gi tandas ke?" Soal Ayah Ayli kerana mereka berhenti di stesen minyak. " Kakak! Ayli jom teman aku." Ujar Si Esya. Sedang berjalanan menuju ke tandas Ayli terlihat ibu kepada buah hatinya."Mesti dia ada kat sini kan,ishhh malunya.Aku kene cepat sebelum terserempak lagi."bisik hatinya.Dengan laju dia menarik lengan kakaknya supaya berjalan dengan lebih laju. Asyik berjalan dengan laju, Ayli tersepak batu dan ada seorang lelaki menarik beg galah Ayli supaya Ayli tidak jatuh tersadung. Esya yang berdiri di situ hanya mampu gelak sahaja. "Lain kali jalan tu tengok bawah,bukannya jalan laju-laju walaupun dah tak tahan." Ujar lelaki tersebut. Ayli tersentak."Maafkan saya encik,maafkan saya.*dia meminta maaf sambil menundukkan kepala*" Ayli tidak sanggup berpaling akibat malu. Sejurus lelaki itu pergi Ayli dengan pantas meneruskan langkahnya dengan mukanya yang merah padam, dia tinggalkan sahaja kakaknya yang dari hanya tertawakannya.
"Haaaaa....tu lah jalan laju lagi, nasib baik ada hamba Allah yang tarik beg kau, kalau aku lah biar je kau jatuh tersadung kat situ *gelak besar*." Mereka pun beredar dari stesen minyak tersebut."banyaknya kejadian yang berlaku hari ni *keluh hati Ayli*"
Don't Forget To Vote!
YOU ARE READING
Layakkah Aku Menjadi Makmumnya?
FantasyLayakkah Aku Menjadi Makmumnya? Aku hanya seorang manusia biasa yang sering melakukan dosa dan kesalahan.Layakkah aku mencari pasangan hidup? Aku hanya membuka hati kepada dia sahaja.Aku takut untuk memberitahu mereka bahawa aku minat kepada seora...